Adik Tak Sedar Diri – 11:54 PM

Adik Tak Sedar Diri

Harap admin appr. Aku nak minta pendapat dari semua. Dah buntu fikir pasal perangai adik aku.

Aku tiada mak ayah. Tinggal dengan adik dan nenek. Kami dari keluarga susah. Tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Masalahnya pada adik aku.

Adik aku lelaki. Dia ni tak sedar diri. Belagak kaya. Bila ada duit dia sebolehnya nak habiskan duit dia. Nenek aku terlalu manja kan dia. Hari tu beli iphone. Kejap beli baju local brand yang 60 70 ringgit tu. Acah-acah hipster. Bila ditegur aku diherdik dikatanya cemburu pada dirinya.

Aku marah adik bazirkan duit dia. Baru di sekolah menengah. Duit yang ada tu bakal digunakan untuk sambung belajar. Tapi tak nak diendahkan. Sedih aku tengok adik aku.

Dengan biadapnya pada aku kakak dia. Bila ditegur melawan. Aku dicarut. Nenek menangkan adik. Atas alasan dia kecil lagi. Nenek biarkan sahaja adik boros belanja duitnya.

Tahun lepas, beli baju raya bukan di kedai biasa tetapi di padini, fos, uniqlo dan seangkatanya dengannya. Nenek biarkan sahaja adik begitu.

Tak tahu kenapa perangai adik mcm ni. Belagak orang kaya, biadap, pemalas. Tolong lah mcm mana aku nak buat dekat adik aku yang tak sedar diri ni.

– K

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *