adik terlanjur ditinggalkan bf dan teruna selama 26 tahun

assalammua'laikum. terima kasih buat admin sekiranya menyiarkan nukilan sy ini.
sy terpanggil untuk menulis di sini selepas membaca post perempuan yg dah berzina tp ditinggalkan bf yg ajak dia kahwin di siam lepastu cakap rasa syg tu dah x ada.buat adik yg dikasihi,dari hati ke hati ikhlas bertanyakan untuk apa adik merayu lelaki tu bertanggungjawab atas perbuatan dia?adakah sbb rasa syg adik pada ex bf adik tersebut atau rasa takut tiada siapa kelak yg boleh menerima adik?

jika benar dia lelaki yg bertanggungjawab, dia tak akan ajak adik buat kemungkaran.lumrahnya seperti itu bertepatan dgn peribahasa melayu, habis madu sepah dibuang.tetapi tidak semua,masih ada lelaki yg bertanggungjawab atas perbuatannya.

jika benar dia bertanggungjawab, dia pasti akan menikahi adik walaubagaimana cara sekalipun.
pesan akak di sini,putuskanlah harapan adik pd lelaki itu,tidak perlu merayu pd org yg dah tak sudi apetah lagi hanya ingin menjadikan adik tempat pemuas nafsunya.maafkanlah dia dgn seikhlas hati dan doakanlah yg terbaik untuk dia juga.

buat adik,benar-benarlah bertaubat kepada Allah.siapa lagi Maha Penerima Taubat melainkan Maha Suci Allah?bukankah Allah dah janjikan syurga buat mereka yg bertaubat,memperbaiki keadaan mereka dan berbuat kebajikan?

tentang siapa yg boleh menerima adik kelak,tidak perlu meraih simpati sang makhluk.siapa dia kelak jodohmu,telah Allah takdirkan di luh mahfuz lagi.buat adik,perbaiki diri ke arah kebaikan,in shaa Allah yg baik-baik saja buat kamu nanti.

bagi yg melontarkan komen sinis seperti 'sudah 26 tahun aku jaga dan aku masih teruna', adakah anda merasa hanya si dara itu layak bagi anda?adakah layak bagi anda itu layak bagi Allah menurut Qada' dan QadarNya?tidak salah malah amat bagus sekali untuk membenci maksiat yg dilakukan si fulan tetapi tidak baik untuk mendokan yg tidak baik juga kepada si fulan.tahukah sesungguhnya apa yg kita doakan itu juga akan balik kepada kita?

dan mungkin menurut saudara yg teruna 26 tahun itu,bila dapat si dara sebagai isteri,maka sudah layak dan terbaik buat saudara?tp tidak mustahil jika Allah ingin menguji bahawa si isteri itu mengabaikan tanggungjawab isteri dan nusyuz sehingga akhirnya mengundang penceraian,adakah itu baik bagi saudara?akhirnya bila saudara menjadi duda dan berkahwin untuk kali kedua,berjodoh pula dgn tiada dara tp baiknya Masha Allah,tidak sekelumit pun mengabaikan tanggungjawab terhadap saudara.bagaimana pula pandangan saudara ketika itu terhadap org yg dah terlanjur tp telah bertaubat?yg nak ditegaskan di sini adalah tidak salah untuk benci maksiat tersebut tetapi jangan lah kita merasa layaknya sesuatu itu menurut kadar kita bukan dgn kadarNya Allah.contohnya, aku teruna maka wajiblah bagi aku dan selayaknya untuk dapat yg dara.mungkin zina yg dilakukan oleh si fulan itu untuk mendekatkan lagi dia kepada Allah.jika benar dia ingin bertaubat,maka ajaklah dia kpd Allah.takot takot dia berputus asa dari rahmat Allah.ye memang benar lelaki yg baik untuk perempuan yg baik dan sebaliknya.tp klu dia dah memperbaiki diri,menjadi solehah,bukankah dia dalam kategori baik juga?dan apa yg sy faham juga maksud ayat di situ,kita adalah cerminan jodoh kita.mungkin kita cakap pumpang tp solat 5 waktu tunggang terbalik bila tinggalkan tak rasa bersalah pon.dan mana taw org yg berzina tu tidak pernah tinggalkan solat atau lepas bertaubat,tidak pernah tinggalkan solat?sedangkan solat itu perkara yg pertama akan dihisab dan tiada keringanan langsung untuk tinggalkan solat melainkan mati.

apa yg nak disampaikan di sini,masing-masing telah tertulis ujian dan bahagian masing-masing.jangan terlalu bangga akan status 'teruna atau dara' sbb takut nanti bila datang ujian tersungkur jua.Nau'zubillah.klu tidak kena pada kita,takot kena juga pada zuriat keturunan.tidak siapa ingin berbuat dosa dan tiada pendosa tahu dia akan berbuat dosa melainkan selepas dia dah berbuat dosa.jadi selepas itu?bertaubatlah.segala yg baik datang dari Allah dan buruk itu datang dari Allah juga atas kelemahan diri sendiri.setiap dari kita adalah pendosa dan sebaik-sebaik pendosa adalah yg bertaubat.

kerana aku jua dulu benci akan 'couple' dan pelik serta mempertikaikan perkataan 'terlanjur' tp bila datangnya ujian,baru diri sendiri tahu di mana hakikat iman dalam hati.hidup ini adalah pentas ujian.jika jatuh tersungkur,bangunlah dan bertaubatlah.Allah Maha Luas RahmatNya.raih kasih yg abadi bukan simpati pd makhluk.sekian,maaf nukilan panjang.terima kasih jika baca dan tegur andai ada salah silap.semoga kita sentiada dalam rahmat Allah.

– kuih keria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

104 Comments

  1. Apa yg confessor cakap ada betulnya.. tp, aq harap confessor doakan jugak yg baik2 utk si teruna 26 tahun tu.. bg aq dgn zaman sekarang ni, dunia tanpa sempadan, bukan senang utk lelaki 26 tahun masih teruna.. aq respect sama lu bro!

  2. Sy setuju dgn kuih keria… kalau lelaki tu baik..dah tentu dia berusaha untuk bertangjwb.. ini ujian buat adik…

    yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah dengan mu. Jadi janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi dipertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga..

    • ‘Cik boleh terlanjur lpas tu bertaubat’ senang je kan, begitu?
      Bukankah Allah telah melaknat gologan yg berzina? Bukankah rejam smpai mati untuk golongan yg berzina?

    • ada ke dia ckp ‘cik boleh terlanjur lepas tu bertaubat?’.ye rejam sampai mati utk yg dah berkahwin dan 100 sebatan utk belum kahwin,rasanya semua org pun taw.cuba phm apa yg nak disampaikan.dia nasihatkan adik tu bertaubat ats kesalahan dia.ada solusi lain ke utk mslh yg dh berleluasa mcm ni kt malaysia?yg emo sgt ni dh kenapa haha.

    • Yes, she has another solution, buat report polis, biar parents dia tau bhwa ank dia telah terlanjur. Dari situ lah dia boleh bertaubat mohon ampun dari parents dia, then Allah S.W.T.

    • Myb dia senasib? Kata2 dia seolah-olah zina satu kesalahan yg kecil, mudah tuk bertaubat tp hakikatnya Allah melaknat golongan ini sekeras-kerasnya. Apetahlagi kesannya kpd bakal suami/isteri kpd gologan yg telah terlaknat

    • datang dah geng tuduh menuduh ni.klu rasa diri tu baik sangat,apa x paham ke hukuman tuduh perempuan mukmin berzina?jgn datangkan tuduhan tanpa saksi.bukan ke tuduh perempuan mukmin berzina juga dimurkai Allah?dah la guna perkataan ‘mungkin’,sila pergi mereput sana.sembang hukum Allah memang kencang tp jgn phm separuh je,phm semua k.apa2 pon sy maafkan tuduhan anda.ni just opinion sy.wassalam ?

    • Ariel Danial sdgkan klau suami tnye psl mse silam pon kita x wjib jwb.. inikan plakk kne g repot polis… Allah dh ttup aib kita plakk g bukak… dosa zina adlh dosa antra pelaku dgn Allah.. bknnye dgn parents.. klau dy nak brtaubat, bertaubatlah dkt Allah… bkn kene mntak maaf dkt parents

    • To Az Zahra moga ad msih brpegang dgn kalam Allah Al-Quran, tidak ad satu pom nas atau dalil yg mengatakan bhwa seorang perempuan tidak wajib menjawab soalan suaminya mengenai kisah silam. Seorang isteri wajib mematuhi arahan suaminya slagi tidak bertentangan dgn ajaran islam.

      Benar, zina adalah ksalahan manusia dgn Allah, ttpi penzina tidak boleh sewenang-wenangnya bertaubat tanpa menerima kesalahan yg setimpal dgn perbuatan yg telah dilaknat oleh Allah. Bukannya rejam sampai mati untuk golongan yg terlaknat? Kalau tidak mengapa Allah nyatakan hukuman rejam untuk penzina di dlm al-Quran?

      Untuk situasi hari ini golongan penzina wajib membuat laporan polis untuk mendpt hukuman yg setimpal malahan bagi mengelakkan lelaki/ prmpuan yg tidak ‘berdosa’ beisterikan gologan yg terlaknat oleh Allah.

      Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dlm kalangan yg terlaknat

    • Allahuakbar. Tak faham ke ape yg cuba disampaikn penulis? Semua org ade peluang bertaubat regardless ape kesalahan dan dosa dia. Cuma di sini die specifickn zina. Sdgkn org yg pnah membunuh 100 manusia pn msk syurga kerana usahanya utk bertaubat. Maka penzina juga ade peluang bertaubat. Baca dgn hati. Bkn nmpak perkataan zina tu je.

  3. Allah Maha Pengampun. Siapa kita utk mghukum?? Moga kita semua kmbali pdNya dlm husnul khatimah.xperlu mgejek sang terlanjur, tp bimbingla dye moga lebih mngenal Sang Murabbi. Sesungguhnya, Allah Maha Penerima taubat.

  4. Betul dan jelas apa yang disampaikan oleh cik confessor. Kadang2 kita rasa dri da ckup smpurna sbb xbuat benda2 buruk dn sering myalahkan,mghina org yg bbuat jhat. Tpi sbenarnya, kita akn tahu dn rsa bgaimana yg mreka rasa bila satu2 prkara yg kita xmahu atau bruk jadi pada diri kita. Setiap ungkapan kita xsmudah dgan pbuatan yg bkal kita buat.

  5. Seni bahasa yang tinggi. Sedap je baca. Cuma saya tak dapat baca penuh. Sakit mata.

    Next time, cuba jaga spacing. Perenggankan ayat. Mana patut besar, besar, mana patut jarak, jarak.

    InsyaAllah lagi mudah dibaca. :D

  6. xdak lelaki teruna yg sanggup terima prempuan xdak dara sbb berzina. xdak. kalau ada sama ada dia dayus, atau dia pon penzina.
    dan apa kata kita buang semua ‘mungkin2 dan jika2’ dlm post hang. ‘nusyuz la, terbaik la’, tu suma cuma speculations hang. aku ada cara nak deal dgn suma tu, jgn risau.
    dia taubat itu dia dgn tuhan, aku cuma xmau kat dia ja. lantak pi kat dia taubat x taubat, aku still xmau. ni decision aku.
    dan kalau memang ditakdirkan aku akan nikah dgn pmpuan zina yg dah taubat bla2 suma tu, aku ada demand2, cth: hantaran 0, kos knduri dia tanggung, suma keputusan dlm family aku yg decide, dia just ikut. dan klau aku nk kwin satu lagi, dia xboleh halang, bunyi pon x boleh.dan bnyak lagi demand aku. macam mana?. bole tara tu?. pmpuan x cun, loser aku sanggup terima, even janda anak 5 mati suami pun aku boleh terima, tapi pmpuan zina xdak maruah bagi free, aku xmau. ni decision aku, – himself

    • Hg xnak tu sukati hg. Xdak sapa paksa. Tp toksah dok kata org lain tu dayus atau penzina. Tu jodoh depa. Bukan depa yg tetapkan. Peace

    • sapa2 yg terasa ja yg akan cakap aku bongkak, sombong. reaksi aku normal. bukan mcm sekarang, org simpati kat orang berzina, x paham tol aku, Aku x maksum, buat dosa sedar x sedar. tapi aku x berzina dan aku jauhi zina. kwn ngan pmpuan pun x. Jgn duk down2 aku, duk kata ‘ko x rase lg, ko ape tawu’, ni nak aku rasa la?. nk aku berzina?. zina tu dosa besar, hkumannya kat dunia dan akhirat.

    • Betul la..hak lelaki ni utk memilih..prinsip lelaki ni..x sape bleh pertikaikn..

      tp yg bt org annoyed bila lelaki ni mngata org lain..siapa kita nk ckp org tu mcm2..dayus pnzina..peduli la org lain..cara hal sndri sudah..

      Setiap yg berdosa tu ada pintu taubat die..jgn sbb kita pgg prinsip kita yg xnk bt dosa..kita tmbh dosa perthnkn prinsip dgn mngata org lain..

    • Semoga jodoh awak bukan buah yang telah ditebuk. Takut nanti awak gila meroyan takleh terima. Kuasa Cinta ni hanya Allah boleh tolong beri kekuatan :’)

    • Mungkin buah yg telah ditebuk lebih elok drpd awk.. Tiada manusia xlakukn kesilpan.. Amin harapkan jadilah jodoh awk.. Yg dokk hina sgt tu

    • aku doakan ko akan membujang seumur hidup dan akhirnya ko sendiri terpaksa ‘ragut’ teruna ko dgn diri sendiri ! dr komen ko aku tau ko ni jenis lelaki yg angkuh,sombong bongkak,judgemental dsbnya. Mohon spesies jantan mcm ko ni jgn membiak kat muka bumi ni.

    • dia guna perkataan mungkin tu nk bg kau pkr.kau taw ke apa jadi depan hari?benda yg dh lps blh la kau control.Allah nak uji kau sekelip mata je beb.

    • Kau x tahu apa akan jadi masa depan. Jangan sombong dan angkuh. Takot2 , apa yang kita kata x akan jadi tu yang akan jadi ada diri kita. Kita ni siapa nak cakap pasal masa depan… just doa banyak2 je la saudara

    • hngpa semua ni melatah bukan main ni pasepa?. pernah terlanjur ka?.
      wani ishak, pndapat hng tu prempuan saja yg akan agree. belajar balik definisi ‘dayus’ dan pengecut. Auni, ak lebih rela membujang drpda kawen dgn penzina, aku ada personal story aku sndri smpy aku x percaya dgn prempuan. hng tu plak jgn cakap mcm ‘berpengalaman’.

    • Hamzah Mohd Borhan bagus,aku harap Allah kabulkan permintaan kau ni utk selamanya membujang sbb org mcm kau ni klu dapat bakal isteri xpernah buat dosa pun konfem sengsara dgn perangai ego,berlagak maksum mcm kau ni. owhh..please la mereput sorg2 smpai mati.

    • hngpa pmpuan2 patut serang barua2 lelaki yg perosak pmpuan sana, bukannya aku. kpada yg pernah terlanjur tu, ingat balik saat2 hngpa berzina, hngpa rosak dgn bf2 jantan xguna hngpa tu, lelaki2 barua perangai buruk, nakal, otak jahat. celah kngkang jahat tu, ingat balik. ok,then, aku plak muncul bgtau pendapat aku, aku plak yg kena kondem?. amboi. hngpa rasa layak ka kondem aku?. pi la kondem barua2 tu. klau nak tau, aku lagi benci pihak lelaki dari pmpuan, pmpuan aku maki pkai mulut ja, lelaki ak x cakap2 dah. ak belasah kaw2. semua pmpuan yg kondem aku kat sini ak x assume ‘pernah’, ak cuma anggap hngpa nak melindungi maruah kaum hngpa in the sake of ‘sisterhood’. itu bagus, tapi pendapat aku ni xkan boleh diubah. melainkan, aku sndri yg terlanjur.
      *ak nk cakap ngn pmpuan depan2 pun berani
      *berhuhu

    • Motif sis kuih keria ni tulis adalah untuk samasama muhasabah diri,terlanjur ka teruna ka, kita tadak hak pon nak menilai orang.. Jangan mendabik dada, jgn cakap besaq.. Hujung pangkal kita taktau lagi macam mana.. ?

    • Hamzah Mohd Borhan wei makhluk!! org kat sini bkn marah sbb nak jaga sisterhood mcm ko ckp ni,pebenda ko boleh fikir org marah sbb nak backup pempuan tu,kami ni marah sbb komen kau ni ha incase ko tibe2 dungu terlupa apa kau tulis “dan kalau memang ditakdirkan aku akan nikah dgn pmpuan zina yg dah taubat bla2 suma tu, aku ada demand2, cth: hantaran 0, kos knduri dia tanggung, suma keputusan dlm family aku yg decide, dia just ikut. dan klau aku nk kwin satu lagi, dia xboleh halang, bunyi pon x boleh.dan bnyak lagi demand aku. macam mana?. bole tara tu?. pmpuan x cun, loser aku sanggup terima, even janda anak 5 mati suami pun aku boleh terima, tapi pmpuan zina xdak maruah bagi free, aku xmau. ni decision aku,”

    • Auni, ak rasa hng ni dah biasa dgn lelaki, klau x terlanjur, mungkin bnyak kawan lelaki. satu bnda yg hng perlu, ak x sama mcm depa. aku lain. ‘lelaki semua sama ja’. adalah kesilapan kbnyakn pmpuan.bab nafsu ja orang lelaki ni sama, kecuali kalau dia tu gay. ak x kata prempuan x pernah dosa, aku cuma kata berzina ja. berzina ni soal maruah, possession, bukan soal ada darah dara, mlm pertama bla2 suma tu.

    • awat?. apa yg salahnya dgn hujah demand aku tu?. ak x pernah berzina, klau hng x pernah berzina pon hng akan agree. biaq pi kat aku la. klau hng x setuju, jgn kawin ngan aku.

    • terang2 ko ckp klu ko kena kawin ngan pempuan yg pernah terlanjur ko nak buat mcm tu..weiiii,klu 1 hari nanti anak ko pun buat benda yg sama ko redha ke bakal suami dia bagi syarat mcm tu..owhh,lupa..ko akan ckp anak aku xkan buat semua tu sbb aku pun xpernah buat..mesti ko nak jwb mcm tu kan..hahhaa,kau ni jenis yg acah2 jaga dignity kau n dlm masa yg sama kau nak menghukum org plak sbb pernah buat dosa.lain kali nak komen tu fikir baik2 bai,jgn taksub sgt dgn diri sendiri yg xpernah buat dosa tu.blerghhhhh!

    • Ya allah..smoga hamzah ni dikurnikan isteri yg solehah sempurna..ktrunan yg bgus2.sbb aku tkut kalau dia di uji dgn wanita yg di benci..tkut bunuh diri

    • DISEBABKAN AKU TAKUT AKAN JADI KAT FAMILY AKU LA AKU DUK MAKI2 NI, paham x b***h?. sebab tu aku takut nak kawen, ak tau betapa teroknya pergaulan zaman sekarang ni. aku duk maki2 sbnarnya aku nak lure out the men, barua2 yg duk dtg baca komen ja. ak nak depa rasa bersalah, xdak lelaki ada kat sini sbb depa tau depa x mmpu menang hujah aku. klau nk sound aku pun, depa akan cakap ‘ ko betul, tapi jgn la suarakan’. well, aku dah suarakan dah pun. tapi ni pmpuan2 yg muncul melatah bersilat sakan, siap doa perli lag tuh. huha tol la…

    • Mohon pempuan2 kat luar sana toksah la kawen dgn mamat ni. Awal2 lg da describe layanan dia kat bini dia acamne. Kalau org tu penah berzina pun. Dia da taubat so dia da suciii.Allah bg pengampunan. Ko manusia nk beelagak lg hebat dri Allah? Tingginya hang nae..Hang hidup la sorang kat uma org tua2 nae.

    • Hamzah Mohd Borhan taw x ramai2 duk bising kat kau ni bukan sbb kisah kau kawen dgn sape..x sape kisah pon kau nak kawen dgn penzina ke yg suci ke xda sape heran..yg hairannya sbb kau ni jenis menghukum..kau Tuhan ke ckp klu org yg terima tu dayus atau penzina jugak??siap boleh main anggap2 kt auni tu sama ada dia pnh terlanjur atau ramai kwn laki..lantak pi kat dia la cmna pon..xyah la nk hangin sgt bln2 puasa ni..benci dosa xpa jgn bnci pendosa..n jgn lupa setiap apa kita ckp tu letak ‘inshaa Allah’ kt blkg ye..sbb semua berlaku dgn izin Allah..takut2 kene uji dgn apa yg kita ckp..apa2 peace bro..bln2 puasa x baik gadoq naaa

    • Smua lelaki akan judge pmpuan, nak buat bini, kena la judging, buruk x buruk hngpa akan tetap dijudged, tu memang sifat lelaki. yg auni tu, dia komen dan aku reply komen dia, x boleh nk ‘lantak pi kat dia la cmna pon’.
      ujian?. ujian apa?. ujian berada di jalan ke arah zina atau pun ujian kena maki lepas zina? benda boleh elak, bukannya macam kemalangan yg x berbau, sbb tu zina ni ada dosa, jgn jadi boneka nafsu, jgn turut nafsu, jgn go with the flow, lawan, hati kena kuat, fikir akibat, and then, kalau ujian kena maki lepas zina, aku la ‘ujian’ tersebut, hadap ja la.
      ak dah kata aku ni lain, bukan macam kawan2 lelaki hngpa tu. ak x sweet, aku jujur dan degil. ak x terasa lgusng dgn hujah2, ancaman2, doa2 hngpa tu.
      aku adalah teruna 26 tahun tersebut, aku mengaku. dan xdak pa yg hngpa cakap akan ubah aku.

    • Salam Maghrib semuaaa ✋Rileks lahhh. Encik Hamzah ni cuma rasa perempuan2 yg pernah berzina dengan sengaja tu tak layak utk diaa. Sbb dia ni baikkk, nak cakap dgn perempuan face to face pun dia malu. Dia ada mention kat komen atas2 tuu ? Maybe beliau ni geng biro surau la kalau kat sekolah. Hihii. Korang kena faham, geng2 surau memang tak layak utk perempuan2 murahan. Diorang punya taste wajib lah geng2 tudung labuh jalan tunduk bercakap pun tak berbutir takut lelaki dengar suara, purdah itu satu bonussss. Takpe, semoga Encik Hamzah bertemu jodoh yang Encik Hamzah rasa paling layak dan selevel dan setaraf dengan Encik hamzah. InsyaAllahh. Amiinn. Tutup salam.

    • Cuma nak cakap.. Allah ampun kan semua dosa xkira lah besar mana pun dosa tu melainkan menyirikkan Allah. Ahli maksiat yg betul2 insaf dengan dosa lalu pun Allah anugerahkan syurga…Jadi siapa kita untuk memandang seseorg tu dengan kejahilan ny di masa lalu… Tu je nak cakap..
      Bulan2 puasa ni bwak2 la bsabar.. Tmbh2 kita dah start berada dlm 10mlm terakhir ramadhan… Perbanyak kan doa ye.. Moga yg baik2 shj.

    • Ya memang perkataan dayus tak sesuai tapi perkataan pengecut yg sangat sesuai. Sebab apa? Sebab kau xnak terima perempuan yg hitam silamnya kerana kau bukan lelaki yg berani utk mendidik wanita tu jadi wanita solehah jika bernikah dengannya. Malah jika kau berkahwin dengannya kau akan layan dia sehina-hinanya. Dan Ya bukan dayus. Dayus tu tiada rasa cemburu bila isteri bersama lelaki lain. Tapi perlukah cemburu dengan masa silamnya?
      *Aku bukan nak hentam tapi tak nak wujud lebih ramai lelaki yg menghina kaum hawa tetapi lupa yg merosakkan adalah dari kaum adam juga.

    • Hamzah Mohd Borhan… U as a muslim sptutnya give advice or guide them… Mmg la diorg bzina tu salah.. Tp itu kslhan diorg. Xde mnusia tlpas dr buat dosa… Awk xde hak nk mghukum diorang.. Allah pun bg peluang umatnya apatah lg kamu juz hmba allah

    • aku pulak yg pengecut, xdak kena mengena lgsung.sbbnya x mampu terima? ni aku duk maki2 ni, tgh didik la ni. waktu tgh enjoy lupa dunia, kena maki sikit touching pulak. haru btol.
      ak dah baca poin2 hngpa suma sama. bosan. xyah perli2 aku la.

    • covalent bond, x dak sorang pun lelaki rasa perempuan2 yg pernah berzina dengan sengaja ni tak layak utk depa. termasuklah barua2, mat rempit, csanova2 x sedar diri suma tu.ini fact. dan jgn perli bnda2 baik macam tu. hng bunyi macam spesis awek bnyak kali kapel, bnyak kali break. dan ak bukan sek2 soleh, aku biasa ja. dan hng ingat ak percaya dgn niqobis? nope, tak. dan semua lelaki nak yg selevel, setaraf, sekufu dan sebagainya sebagai isteri. Semua lelaki macam tu, hmmph.

    • somehow i agree with hamzah. Kalau tak boleh terima isteri bekas penzina, better jangan. takut nanti menzalimi pula. better serah tugas mendidik isteri bekas penzina kepada lelaki2 yg sanggup. Dan kena faham, tak semua lelaki akan sanggup terima. Takut2 nanti lepas kawin terasa jijik nk sentuh isteri, terbayang mcm2. mcm kes yg pernah ada org confess sblm ni. sbb kita manusia biasa, takleh paksa2 hati dan perasaan utk terima benda yg kita tak suka. Biarlah org yg sanggup je yg galas tugas mendidik isteri bekas penzina, jika ada lah org mcm tu

    • Mak aihhh…parah2…aku rasa aku yg ada dara ni pon xnk kat laki mcm hang walaupon hang ni teruna.suci tubuh badan je, tp hati x tau la…aku pon 50-50 ngan hang, aku seboleh-bolehnya x nk laki yg dah pernah berzina.yelah…kita penat2 jaga diri kita tp dapat yg dah x suci.mmg x best la. tp kalau allah dah tentukan jodoh aku dgn seorang penzina dan dia pon dah bertaubat n aku hidup bahagia je ngan dia, aku redha je.takkan la allah bole tersalah letak pulak nama jodoh aku kat luth mahfuz(betul ke ejaan?)…kadang2 kita patut berhati-hati ngan apa yg kita cakap.nnt benda yg kita benci sebenci-bencinya tu la yg allah akan bagi kat kita.sbb bole jadi apa yg kau suka x baik untukmu n benda yg kau benci itu baik untukmu.
      aku hanya bole separa setuju je ngan hang sbb cara hang menunjukkan betapa bongkaknya hang dgn status teruna tu.

    • wktu aku tulis smua ni, ak x rasa bongkak lgsung. ak rasa bengang dan marah. jgn bgtau apa perlu aku fikir. jgn risau pasai 50-50. aku xmau pon kat hang. jgn samakan lelaki dgn prempuan dlm bab ni. x kira mcm mna pon hng perjuangkan persamaan, ia xkan sama. dah la, xdak mkna pun hngpa duk attack ak ramai2, x berkesan pon.

    • hamzah..pengalaman lalu kau mesti teruk nak mati kan?sampai kau menghukum perempuan penzina sampai macam tu sekali…orang² yang backup pon kau hukum sekali..hehe.. semoga kau dpt lupakan masa lalu kau dan ubah persepsi kau tu..semoga hati kita yang keras ni allah lembutkan dgn kasih sayangNya dan rahmatNya. Amin :)
      -datinmanisss-

    • nurul syud, bila lak aku hukum yg backup?.afifah?.ak x hentam dia pon. dia dah jelaskan apa poin sbenarnya. aku x sanggup dan ak x sanggup. .komen aku lepas tu tuju pada komen atas dia. ok. Salam.

    • rasanya dahsyat pengalaman en hamzah sampai buat statement berani mcm ni..rasanya tak perlu jadi isu..dan tak patut lah kata kat org dayus.. :) kalau en.hamzah buat kptsn utk xnak dngn pmpn zina..itu kptsn enciklah..tp toksahla label org dayus..sy x nafikan apa y encik hamzah kata tu..ada bnarnya jga..nanti suatu hari nanti encik hamzah akan faham benda2 ni..cuma kna ramai berdampinglah dgn org2 gini..buat research..psepa jd gini..bgaimana leh jd gini..ang sedar ka dak bila buat menda tu..mcna reaksi family dll..sbb bnda dah jadi..klu enck hmzh kwn dgn pmpn zina..dorg pun xnk jd gini..tapi apakan daya..bnda dah jadi..tgas kita skrg bukan mendownkan org..tgas kita kna bg moral support kat depa..bukan dok kutuk hina caci bagai..depa ni mostly hilang smgt utk hidup..di buang keluarga dsbbkan kejadian tu..shggakan ada y sggp buang anak..gugur anak dalam kandungan..dan lagi teruk ada y trauma smpai nak tmatkan riwayat sndiri..jadi kna sama2 bantu lah..statement sy ni bukan nak banyakkan lagi atau memenangkan perempuan zina..harap jgn salah faham ye encik hamzah..
      kalau kita tak boleh menjadi asbab orang lain menjadi baik maka janganlah pula kita menjadi asbab untuk mereka berbuat jahat..
      sama2 kita bantu ye encik hamzah.. ;)

    • Tolong jugak bimbing/tarbiah anak2 lelaki agar jangan melakukan zina atau merosakkan anak dara orang.
      Lelaki dijadikan sebagai makhluk pelindung kepada kaum yg lemah bukan makhluk perosak.
      Ingatlah dosa penzina adalah sama di sisi Allah tanpa dibezakan antara lelaki dan wanita.
      Sebaik pendosa adalah mereka yg bertaubat.

    • Kepala bana kau..kau ni mesti kaki lancap..bjet baik konon..xyah lah..lancau..setiap manusia deserve second chance..ko ni suci sgt ke..lani kau dh buat dosa dh..lain kali tu bodo tu jgn terang2 sgt..smbnyikkan bodoh tu skit

    • barua terasa ka barua?. hmm?. orang dah abeh dah hng baru nk smpy. dan cakap elok2 sikit. xdak apa yg bodo pun pasal statement aku. poin hang x valid. jgn generalize org senang2. hng x kenai aku. aku bukan spesis gila seks macam hang,

    • Hamzah Mohd Borhan haha tp en hamzah generalized org boleh pulak.bila ngata kat org boleh,kene kat diri sendiri pandai melenting.peace bro.udah2 le tu.salam

    • ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤـَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ
      ﺍﻟﺰَّﺍﻧِﻲ ﻟَﺎ ﻳَﻨﻜِﺢُ ﺇﻟَّﺎ ﺯَﺍﻧِﻴَﺔً ﺃَﻭْ ﻣُﺸْﺮِﻛَﺔً ﻭَﺍﻟﺰَّﺍﻧِﻴَﺔُ ﻟَﺎ ﻳَﻨﻜِﺤُﻬَﺎ ﺇِﻟَّﺎ ﺯَﺍﻥٍ ﺃَﻭْ ﻣُﺸْﺮِﻙٌ ﻭَﺣُﺮِّﻡَ ﺫَﻟِﻚَ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ

      Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak akan menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Manakala perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak juga dinikahi kecuali oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Pernikahan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman.

      ( perempuan berzina diharamkan keatas lelaki mukmin begitu juga sebaliknya )

      Al-Nur 24:

      Tidak ada Nas yang membolehkan wanita menuntut lelaki yang berzina dengannya agar menikahinya. Lelaki itu menanggung dosa zinanya . Jika lelaki itu pernah berkahwin, hukuman yang layak baginya ialah direjam dengan batu sampai mati. Bukannya mengahwini gadis yang pernah diZinainya. Jika pasangannya wanita yang pernah berkahwin atau isteri orang, maka kedua-dua wajar direjam sampai mati. jika Pasangan itu belum berkahwin wajib disebat 100 kali sebatan kedua nya.

      Perzinaan adalah perbuatan yang sangat tercela. Ia meruntuhkan institusi kekeluargaan dan merosakkan keturunan.

      Jauhilah dari mengahwini lelaki & perempuan berzina..

      Nasihat terbaik untuk penzina adalah mintak BERTAUBAT..(Jangan cerita aib diri kepada umum )

    • Hamzah Mohd Borhan Bahasa melambangkn peribadi. Terserlah sgt keperibadian anda. Semoga berjaya dlm menghadapi segala ujian yg bakal Allah hadirkn dlm hidup anda. Berdoalah agar iman anda tetap dan kukuh. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *