Adik Yang Derhaka

Nama aku Lisa, aku anak sulung perempuan dari 4 orang adik beradik, aku ada 1 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.

Kenapa aku tulis tajuk “adik yang derhaka”? Sebab aku nak cerita tentang adik perempuan aku.

Aku penat dengan sikap dia setiap hari, ada saja benda tak kena dia ingin nak marah aku. 

Kadang dia sampai ugut nak pukul aku, bila dia cakap macam tu, aku hanya mampu terdiam dan tak mampu untuk berkata apa-apa.

Ye aku seorang kakak yang lemah, aku berdiam diri untuk tidak keruhkan keadaan, tapi tipu lah kalau aku cakap aku tak nangis dengan apa yang dia cakap, aku terasa teruk.

Pasal orang tua aku taknak masuk campur? Ye adakalanya mereka masuk campur, tapi bukan aku yang dibela. Malah aku diugut sekali.

Dua orang adik lelaki aku masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Ye korang mesti tertanya-tanya, salah apa yang aku buat sampai dorang marah sangat dengan aku, kadang aku bising main game, itu sahaja.

Padahal adik perempuan aku juga main game yang sama macam aku.

Dia pun selalu bising masa main, tapi bila aku yang bising, aku kena marah,

Aku rasa tak adil sangat bila aku bising sampai nak ugut pukul aku, tapi bila dia yang bising, aku langsung tidak halang dia sama sekali.

Jujur aku kecewa dengan adik sendiri.

Dulu dia tak macam ni, dia takkan tinggikan suara dengan aku, dia takkan ugut untuk pukul aku, tapi aku tak tahu kenapa dia berubah.

Pernah sekali dia ugut untuk buka aib aku, masa tu memang aku terduduk terdiam. Itu aib, aku menangis teruk, untuk nak jaga aib aku, aku terpaksa diam dan terus diam.

Ye aku lemah aku mengaku. Aku tak tahu nak buat apa lagi untuk teruskan hidup dengan adik macam ni.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *