Aduhai, Emak Ayah Yang Kucintai – 1:31 AM

Aduhai, Emak Ayah Yang Kucintai

Assalamualaikum w.b.t

Satu hari tu, akak tanya la mak akak pasal ayah, cerita dulu2.. saja, nak tahu kisah silam. Ayah akak ni drug addict (akak nak tulis dalam bahasa melayu tapi perkataan 'penagih dadah' tu cukup buat hati akak sakit. Penagih janji ke, penagih cinta takpe hahaha). Akak tanya, mak tahu ke yg ayah ni addict sebelum kahwin, sejak bila ayah start ambil benda tu dan baaaanyak lagi soalan yg akak tak sedar,mak akak dah bergenang air mata bila jawab soalan2 akak tu. Jadinya, dari sesi mengenang kisah silam tu, akak tahu lah yg ayah akak ni menagih dari sebelum kahwin lagi, berkemungkinan masa belajar, biasalah..pengaruh kawan kan. Sumpah mak akak tak syak langsung yg ayah ni seorang drug addict. Masa nak dpt anak kedua baru mak akak tahu, tu pun lepas atuk(belah mak) yg sampaikan ckp2 orang, "suami awak tu penagih dadah","suami awak tu penagih dadah", "suami awak tu penagih dadah" :'(
.
Kesian mak akak.. mesti hancur hati dia. bila mak tanya ayah, mestilah ayah nafikan kan. Heh.tapi lepas2 tu, baru mak sedar yg duit selalu hilang, barang2 kemas mak tetiba je takde, barang2 kemas yg ada kat kami adik beradik pun selalu lesap. Aduhai..Pernah masa mak mengandung (anak kedua kalau tak silap), mak sendiri yg pergi ambil ayah kat sarang penagih tu sorang sorang, bawak ayah balik, pergi balai buat report polis dan hantar sendiri ayah ke pusat serenti..tak fikir bahaya apa semua, semua tu sebab nak ayah pulih. Akak sebak gila bila dengar mak cerita tapi akak tahan je. Mesti mau cover beb walau dalam hati dah banjir kilat. Masa mak lahirkan akak,mak kena bedah, sampai kritikal tak stabil masuk berapa beg darah, nyawa di hujung tanduk, tapi masa tu mak akak sorang2 sbb ayah masih kat pusat serenti :'( sakit2 mak pun, mak sendiri yg daftarkan kelahiran akak (masa tu daftar kat hospital). Lepas tu atuk yg jemput mak dari hospital, naik teksi..terima kasih tok :')
.
Walaupun ayah akak dah beberapa kali masuk lokap, masuk pusat serenti, tapi biasalah..lepas je keluar,pengaruh kawan tu sgtlah kuat..ayah akak berhenti sekejap je, lepas tu ulang balik. Hancur lagi hati mak akak. Akak ingat lagi, akak pernah je pergi tempat dia menagih, masa tu akak tadika pun belum. Sebabnya akak yg nak ikut sgt ayah akak pergi kerja, lepas kerja ayah akak pergi tempat tu, utk ambil benda tu, malam malam..bawak akak yg tak tahu apa2 ni. Akak ingat lagi ayah ambil benda tu kat rumah, masa tu mak akak kerja, kitaorg ayah suruh duduk bilik. Tapi akak keluar, nampak ayah tengah ambil benda tu. Ayah muntah (kesan ambil benda tu) :'( akak pandang situasi tu dgn pandangan kosong, tapi tanpa akak sedari, akak simpan memori tu dalam2, masih jelas sampai sekarang kejadian tu. Esoknya akak bgtahu mak akak, walaupun sebelum tu akak dah janji dengan ayah takkan bgtahu mak hehe. Tak lama lepas tu, mereka pun bergaduh..sorry ayah.. Akak pun masih ingat lagi, ayah bawak akak pergi satu tempat ni, cantik..ada sungai, padang hijau luas..tapi ayah bawak utk ambil benda tu. Tempat tu terselindung dgn pokok2 kelapa sawit. Kakak2 akak pun tahu tempat cantik ni sbb ayah pun pernah bawak diaorg. Tempat ni dekat je dgn rumah, naik moto je. Sebenarnya ayah bukan sengaja pun nak bawak, cumanya konon nak bawak kitaorg beli jajan kat kedai, takpun jalan2 ambil angin, tapi lepas tu melencong. Hmm. Kenangan akak dengan ayah tak banyak, sebab ayah selalu takde kan,tapi sayangnya, semua memori dengan ayah pasal benda tu. Sungguh, akak sampai dah hafal dah step nak ambil benda tu macam mana. Giler kan.
.
Kadang kadang tu akak cuba sedaya upaya imbas balik memori yg lebih indah dgn ayah, walaupun sikitttt je. Masa akak darjah satu, guru kelas ada tanya pasal ayah akak sbb ada details pasal ayah yg kosong, lepastu akak cakapla yg ayah takde, bila cikgu tanya kat mana, akak dengan selambanya cakap kat penjara. Terkujat cikgu haha. Budak2 kan, naif.. Kasih sayang seorang bapa, akak tak pernah kenal. Entahlah, mungkin ada, dulu..tapi akak kot yg tak ingat. Sebabnya masa akak 6 tahun, mak ayah pisah rumah. Bercerai secara sah 3 tahun lepas tu. Perasaan akak lebih kpd rasa tak kisah pun takde ayah. Cumanya, kesian kat mak akak membanting tulang besarkan anak2 dia sorang2, tambah dengan umpat keji orang hanya kerana bersuamikan seorang penagih dadah. Tolonglah, kami ni pun manusia, siapa yg mintak bersuamikan/berbapakan seorang penagih dadah? Bila takdir memilih kami, kami kena terima,kena redha. Hanya Dia je tahu perasaan akak ni, apatah lagi mak akak..
.
Sekolah rendah, akak dpt berita ayah meninggal..akak tak rasa pape pun, rasa tak kisah..mak akak tetap bawak kitaorg adik beradik pergi jenguk ayah, tapi tak sempat.. dpt ziarah kubur je. Akak tahu walaupun mak akak mintak fasakh, mak akak masih syg kat ayah akak. Cumanya, perceraian yg sah tu menerangkan status mak akak, dan memudahkan permohonan bantuan untuk anak2 dia sbbnya sekadar berpisah tak melayakkan mak akak dpt bantuan2 yg sepatutnya. Mak akak tak pernah buruk2 kan ayah, puji lagi adalah. Satu tu je silap ayah..tapi sesungguhnya akak sangat3 bersyukur sebab ayah akak betul2 bersih dari benda tu sebelum dia sakit (bukan AIDS), lepas tu meninggal.. bila makin besar, akak makin terasa ketiadaan kasih sayang seorang ayah tu. Lebih2 lagi berkawan dgn kawan2 yg berbapakan ayah yg baik. Terasa sangat. Akak tak pernah benci ayah akak tak pernah tak suka dia, walaupun dia pernah tersilap..akak maafkan dia dan akak nak mintak maaf andai akak bukanlah anak yg baik, tapi akak cuba k…
.
Dan buat emakku yg menggunung jasa, budi dan sabarnya sepanjang membesarkan kami adik beradik, terima kasih infiniti akak ucapkan.. walau bergelar tunggal dan berdepan tohmah dan nista manusia, mak tetap kuat. Bukan untuk mak, tapi untuk kami. Walau keseorangan, mak tetap tabah pertahankan mahligai mak, sehingga mak tidak lagi mampu untuk pertahankannya. Walau kami berbapakan penagih, mak tak pernah biarkan kami selekeh, tak pernah kebulur tanpa makan dan minum.. terima kasih Allah untuk wanita ini. Walau tak merasa kasihnya ayah, kasih dari wanita ini amat ku syukuri. Semoga syurga tempat kami semua bersatu kembali :') Aduhai emak ayah yang kucintai

– Akak Bunga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *