Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa. Disini saya ingin berkongsikan sebuah pengalaman yang berlaku pada 10/06/2016 waktu. Sebelum itu, saya ialah orang yang pada prinsipnya menolak perkauman dan penindasan. Dan tolong jangan kaitkan cerita ini dengan perkauman. Ceritanya disini ialah tentang agama yang dengan mudahnya dijual beli. Saya berjumpa dengan Balakrishnan A/L Subramaniam di surau KLCC. Dia datang kepada saya dengan keadaan sedih dan gusar kerana baru sahaja kehilangan wang tunai, dompet dan IC. Dia menunjukkan laporan polis yang telah dibuatnya di IPD Dang Wangi. Dia bercerita bahawa saudara seagama dia telah memaki dia ,menghina dia kerana tiada wang untuk membayar hotelnya, walaupun dia berjanji akan membayarnya setelah membuat kad bank nantinya. Dia juga baru sahaja diberhentikan kerja, dan ingin mencari kerja baru di KL. Ditengah kerisauan, dia bercerita yang dia berdoa ke Allah utk diberi pertolongan.Bagi saya, amat zalim kalau wang ringgit merupakan sebab seseorang merasa Allah tidak wujud, saya pun berkata akan menolongnya. Selepas saya solat dia nyatakan keinginan memeluk agama islam. Saya berkata, memeluk agama islam harus dengan kerelaan hati. Lalu dia mengucap kalimah syahadah. Saya yang berasa kasihan lalu menolongnya dengan sejumlah wang yang pada saya amat banyak, yang akan digunakan utk sebahagian daripada hantaran perkahwinan saya. Dia berjanji akan membayar balik, selepas semua urusan selesai. Tetapi malang, setelah diberi kepercayaan. Dia tidak mengotakan janjinya, macam2 pengharapan dia beri, antara lain telah deposit cheque, telah bank in. Namun itu semua hanya pembohongan. Sebelum ini memang semua orang saya akan tolong tak kira keadaan. Sekarang ni, memang saya serik nak menolong orang macam ni. Saya bertekad “kalau dah susah tu usaha sendiri, takkan ada orang lain akan tolong. Kecuali untuk keluarga, itu pengecualian”. Tahniah kepada lelaki bernama BALAKRISHNAN RAMASAMY (IC: 8406100865xx), anda telah mengubah persepsi saya terhadap dunia. Tahniah telah memeluk agama islam, saya harap anda diberi hidayah. Jangan mempermainkan kalimah syahadah hanya kerana wang ringgit. Kalimah syahadah tiada ternilai harganya. Rakan2 pembaca tolong doakan saya dapat berusaha lebih untuk mencari rezeki demi perkahwinan yang akan berlangsung tak lama lagi.
– NSR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
May Allah ease
dulu ada taktik macam ni juga.. satu family dtg surau/masjid cakap nak masuk Islam, lepas tu minta derma sbb konon nak lari dari bapak dorg.. berapa byk masjid n surau yg dorg dah pergi buat modus operandi mcm ni gak
Yeke, tak tahu pula ada sindiket mcm ni yer. Kena berwaspada ni.
Jangan “tertipu” bro.. Ada peluang nak tolong, teruskan.. Jangan stop.. Dorang nak tipu atau tidak, itu urusan dorang dengan Tuhan pula..
jangan la bagi banyak sangat. sekadar nak menolong masa tu saja. sekadar yg jika tak dibayar dianggap sedekah. ko nak banyak pi try kat ramai orang. hundred is the most. or fifty. nih sampai separuh duit hantaran.
Ini taktik lama!! X lama dulu 4 sekluarga peluk Islam. Tiap2 surau mereka pergi mengaku nk masuk Islam. Kutipan derma pun dijlnkan.
Begitu juga xlama dulu sorg lelaki…..peluk Islam. Setiap masjid dia pergi, dia ucap syahadah. Cara dia bersyahadah sgt lancar xde sangkut2. Tujuan nk dptkan kutipan derma pengunjung masjid.
Jahat kan orang sekarang? Jdi mcm mana kita nak nilai org? Disebabkan sampah2 macam mereka, orang yang betul2 memerlukan jadi dipandang remeh.
JAKIM dh ambil tindakan masukkan mereka ke kelas2 ugama. Kemudian terpulanglah. Ilmu dh diberi.
Xpe la sabar.. Niat awal tu kn nk sedekah bntu saudara baru.. Allah dah nmpk.. Allah dah nilai.. Yg mamat tu tipu biarlah urusan dia dgn Tuhan.
Yakin pd jnji Allah.. Dia akn beri rezki dr sumber yg xdisangka2.. Sy doakn urusan prkahwinn awk dimudahkn..