Aib?

Assalamualaikum!

Kalau admin rasa ada baiknya,approve la ye..kalau tidak..insyaAllah aku redha.haha.

Adakah dikira membuka pekung di dada sekiranya menceritakan sesuatu kisah tanpa orang tahu siapa pelakunya? Bercerita untuk menjadi iktibar tanpa merujuk sesiapa? Unless kita cerita kat orang directly tentang kita, tu memang buka aib la kan?

Aku memang cetek ilmu,maka aku bertanya.

Sebab kita tak tahu pun siapa orang itu, maka tak membuka aib lah kan? Unless, dia bagitahu nama penuh,I/C, alamat..kan?

Second, ini just pandangan, kenapa ada some student IIUM mcm agak protes terhadap confessor yang bukan IIUM?

okay, faham, ni page IIUM,so basically memang untuk student IIUM punya cerita.

Kalian sepatutnya berbangga,sebab page ini berkembang dan mendapat sambutan pelbagai pihak kerana:

1. Page ini terhindar dari kata2 keji dan carutan.Alhamdulillah.

2. Para responden sangat positif dan mostly nampak ikhlas membantu.

3. Masalah kampus dan masalah masyarakat adalah lebih kurang sama di mana-mana institusi sekalipun.

4. Page ini mempunyai admin yang sangat effektif dan konsisten.

5. Most followers are muslims, makanya solusi yang diberikan berlandaskan islam dan memang itu yang sepatutnya.

6. Dianggotai oleh golongan bijak pandai dalam pelbagai bidang dan bersifat universal,maka ia menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta.

7. Mungkin kerana kata-kata dan idea yang bernas dari orang2 veteran dan berpengalaman.

8. Spesifikasi penulisan kebanyakannya ikhlas dan menyentuh jiwa. Kadang2 menghiburkan.

9. IIUM ni mmg ada satu bench mark which people( aku la assum) you guys are selected,amazing,brilliant and have the best manners dan memang pun korang best.

10.Sebab ada ISLAM di depan nama pengajian kamu dan ISLAM itu satu penghormatan dan keagungan. Maka yang dapat peluang belajar disini mungkin "istimewa". Aku personally memang eksited kalau dengar IIUM. Serius! Dari darjah 6 bercita-cita nak furthur sini tapi takdir bukan disini.So bila dapat jadi part of confession ni pun dah rasa best.haha.aku tahu ia kedengaran poyo. Tapi betul.
So..janganlah macam halus-halus halau kami.hihi.

Sekian, berkasih sayang dan bertolong bantulah sesama kita, kerana sesungguhnya kita bersaudara.

Btw, harap ada yang menjawab persoalan aku. Thanks!

MAJULAH IIUM CONFESSION UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA.
#keranasayangakulontarkan
#jangankecamaku

– Mocking Jay

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *