Assalamualaikum. Thanks admin sbb approve. Selamat hari raya min. Raya-raya gini aktif pulak aku tengok admin update confession. Selalu hari-hari biasa tu sendu gak kadang-kadang tak berupdate Ni mesti cuti raya ni, banyak masa haha. Sorry min. Maaf zahir dan batin.
Btw, terima kasih utk massive feedback utk post aku yang dulu-dulu pasal 'nikah kat siam?' tu. Bf aku pun dah baca semua komen berbaur kecaman korang yg ditujukan pada dia dan menangis katanya. Rupa-rupanya dia peminat setia page ni haha. Kitorang pun dah okay. Awak, ni last confession tau! Pasni, janji takde dah ✋
.
Korang tahu tak aib tu apa? Mestilah tahu kan. Aku pernah baca, ada ustaz kata (tak ingat ustaz apa), kalau kita ni student, duk serumah dgn kawan-kawan, buruk macam mana pun kawan tu, kita tak boleh cerita kat orang lain termasuk lah mengadu kat family. Tapi ni kita kengkadang masalah sikit dgn kawan, kita ni mulalah nak mengadu kat orang, burukkan dia, termasuklah confess kat sini pasal buruk dia tu.
Mmg lah kita sendiri yang baca post tu tak kenal siapa orang nya kan, tapi jauh disudut hati kita, kita mesti rasa cam nak sumpah seranah dia jugak kan.
Elak-elakkan lah buka aib kawan-kawan dan family kat sini.
Pasal ibubapa yang perangai teruk yang anak-anak kena hadapi, aku ada baca satu kisah nabi. (Cerita di bawah cnp :) )
Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah SWT
Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.
Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,”
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,” tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat doa anak yang soleh.Sejahat mana pun ibu atau bapa,kita sebagai anak berbuat baiklah pada kedua orang tua kita.Mohon lah supaya mereka berubah.Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah
Okay, tu jer nak cakap. Semoga dapat ambik iktibar lah ek :) Bye!
– Confessant 'Nikah kat siam?'
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Salam admin…smbgn citer seram sefamily omputih tu ada x lg?
Yang Australian dtg visit Malaysia tu ke.yang tu kena tgk kat reddit nosleep.
Yg tu dah ada smbungan dy ka? Dah lama tunggu part 4 nu hee
Yeke..adus..tertinggal sampanla ni…tq
oleh sebab itu jangan maki2 kata babi.
Aib tu kalau kita tujukan pd seseorang tu smpai org sekeliling tahu siapa dia tu. Kita jgn kelirukan pembaca. Nk confess tu bleh asalkan jgn bagi tahu siapa org tu. Selagi tak diberitahu siapa dirinya yg sebenar, selagi tu tak dikira aib. Kalau gitu yg ustaz2 bg ceramah peringatan dan ditujukan pd org sekian2 tu supaya kita ambil pengajaran dan iktibar tanpa disebutkan siapa org tu dh dikira aib laa?
Mohd Adam Hilaludin
Yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan