Assalamualikum kepada semua readers dan terima kasih pada admin sudi post confession aku ni. Aku nak cerita tentang raya family aku macam mana lepas ayah aku meninggal.
Ok, firstly aku nak cakap aku ada 2 abang, sorang kakak dan sorang adik. Ayah aku meninggal pada tahun 2011, penghujung bulan Syawal. So, 2011 tu laaaa last raya yang bermakna bagi aku. Lepas tahun 2011 tu, macam2 jadi kat family aku sampai mak aku dah takut nak sambut raya bila menjelangnya bulan syawal.
Ok, sebelum tu aku nak bgtahu abg aku 2 org tu memang tak dapat nak harap sangat jaga mak aku. Walaupun janji nak jaga mak aku lepas ayah meninngal, makin menyusahkan mak adalah. Abg aku yg sorang ni kaki arak, solat tak mau, posa tak mau, kaki gaduh. Bulan puasa pun dia boleh balik dengan mabuk2. Hati emak mana yg tak sedih?
Raya pertama tanpa ayah aku, okay lagi. Xde kejadian yang menyebabkan mak aku tawar hati nak raya. Kejadian ni pada malam raya pada tahun 2013. Esok nya nak raya. Abg aku yg kaki mabuk tu keluar lepak ngan member2 dia. Abg lagi sorg x boleh balik raya sebab tak dapat cuti.
Malam tu, aku, kakak, mak dan adik sibuk la kemas rumah kan. Mak sibuk siapkan ayam2 nak masak awal pagi esok, aku siap2 kan biskut2 letak dalam bekas. Kakak ngan adik kemas rumah. Kitorg dah biasa sangat abg aku yang sorang ni memang tak kan tolong punya lah. Tapi tu aku tak kesah sangat lah.
Lepas je siap kemas rumah semua. Kitorg nak masuk tidur dah. Dah tengah malam dah pun. Masa dah nak tidur tuu la abang aku tu balik rumah. Dia balik je terus mengamuk (sebab mabuk). Entah la, aku pun x paham kenapa dia mengamuk. Malam tu dia tengking mak aku. Dia baling macam2 dalam rumah. Kakak aku pun pujuk mak aku dan kakak aku pun tinggikan suara kat dia sebab buat mak macam tu.
Aku ngan adik tak berani masuk campur. Sebab aku takut sangat bila abang aku mabuk (sebab dulu dia pernah try nak bunuh aku tapi ayah aku sempat tahan dia). Malam tu sedih sangat. Esok dah la raya. Dengan family aku gaduh besar malam raya. Lepas kakak gaduh ngan abang, abangaku pun keluar rumah balik. Merajuk kononnya. Padahal dia yang salah.
Pagi tu, mak aku tak jadi nak masak ayam2 yang dia dah sedia tu. mak aku cakap dia tak nak raya dah. Dia nak terus balik Bandar A (tempat dia kerja dan adik.aku sekolah). Dia x nak bgtahu pakcik makcik aku apa yg jadi dngan family aku malam tu, jadi dia kata dia beraya kat Bandar A je. Aku ngan kakak aku pulak balik rumah sewa kakak kat Bandar B. Lepas balik dari kubur je, kitorg terus berangkat ke destinasi masing. Memang mak aku nangis hari tu. Dia kata susahnya hidup ayah takda. Sebab kalau ayah aku ada abg aku tu xde la berani sangat.
Oh ya, entah bila abg aku tu smpai rumah. Pagi2 tu, sebelum kitorg pergi kubur, dia ada dah kat rumah. Depan tv, dengan muka takde rasa bersalah langsung atas apa dia buat semalam. Semua kitorg buat tak tahu je kat dia. Tapi marah2 mak aku tu, dia tetap tinggalkan jugak makanan utk raya utk abang aku tu. Jadi tahun 2013 tu memang aku tak raya. Aku tipu member2 aku cakap aku balik kampung mak. Padahal tak raya. Tahun2 lepas 2013 pun sama. Tapi kejadian lain pulak. Tapi x seberat yang terjadi 2012.
Sampai sekarang mak aku kata, taknak dah raya. Taknak jadi macam2 lagi yang buat dia sedih. Sampai sekarang jugak abg aku tu tak berubah lagi. Keluar masuk penjara. Kerja xnak. Menyusahkan mak aku je. Hari2 mintak duit. Mak aku dah tua kot nak cari duit bagai. Haaa tu je kot aku nak confess. Terima kasih kerana sudi membaca.
P/s : Doakan abg aku tu berubah ye korang, kesian kat mak. :')
– Ayin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kalau aku kat tempat mak kau pun aku tawar hati. Semoga abg kau dpt petuniuk dan hidayah drp Allah. Suruh mak kau doakan sentiasa. Kuasa doa ibu ni luar biasa Allah akn makbulkan. Cepat atau lmbt jeq
Semoga Ayin dan keluarga tabah hadapi dengan Si abang. Doa seorang ibu makbul, minta ibu doakan yang baik-baik buat abang..
Siti Rahayu Mohamed
Nnti aku bce..x sempat…aku
Never underestimate the power of duaa. Kisah ni lebih kurang dengan kisah abg long fadil singapore yg pernah viral sebelum ni. https://youtu.be/6AiOJ6Sry7c
Harap adik sekeluarga tak putus doa lagi2 dlm bulan ramadhan ni.
Sian mak awk dan awk.., ape kate korang pada satu hari raya korang gi mane2 tmpt yg xde org kenal book hotel awal2 mcm bercuti laah… beraya la korang tanpa abg yg mabuk tu… biar dia x keruan sorang2 cari korang semua… pernah ade org ckp home is where everyone you love get and be together…. lebih kurang cengitu la..