Air dicincang takkan putus

Asalamualaikum.. Saya lisa.. Umur 20an.. Hidup saya nampak macam bahagia.. Ikutkan semua yang saya nak itu ada tapi itu semua atas usaha sendiri dan berkat doa ibu bapa.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Saya ada seorang abang dan 2 orang adik kira saya ni kakak sulung..

Ceritanya bermula begini saya menghadapi tekanan perasaan sejak berada di zaman U.Saya mulai perasan yang abang saya selalu cuba mencari kesalahan saya.. Berbagai cara dibuat agak saya nampak buruk dimata ibu bapa.
.
Dari zaman diploma hingga ke degree.. Bermacam cara dilakukan agar saya nampak buruk seperti mengatakan saya di tempat belajar banyak bersuka ria dengan rakan-rakan dan bermacam lagi lah..saya hanya redha dan pasrah dengan apa yang berlaku dan menganggap dia sebagai abg walau macam mane sekali buruk pon dia tetap abang..

Masa berlalu sehinggalah abang berkahwin.. Saya seronok dengar abng akan berkahwin dan saya bakal dapat kakak ipar.. Diawal perkahwinan pon abng dah mula menunjukkan perangai yang lain .. Lebih melebihkan family mertua dan jarang beri perhatian pada family disini. Mak ayah selalu berkecil hati dan mula menceritakan rasa kecil hati itu pada saya dan adik2..tibalah satu saat dimana saya hanya menyampaikan satu ayat yang saya temui di laman sosial dan abang mula menggangap saya menujukan ayat itu kepada dia pdahal saya tak berniat..saya cuma berkongsi apa yang saya temui.. Dia mula mengungkit mengatakan saya tidak menghormati isterinya ( mgkin bahasa saya agak kasar sebabkan style saya begitu tapi saya still pngil kakak takde mnggunakan aku /kau) dan isterinya berasa kurang selasa ketika pulang ke kampung(family kami) kerana family disini serba kekurangan terpaksa tidur dilantai disebabkan bilik tidak mencukupi untuk semua anak.. Abang menuduh ayah tidak menegur sikap saya dan mengugut utk naik tangan pada saya jika tidak menjaga tingkah laku..bermacam kata2 sindiran diberikan pada saya..

Saya berasa amat kecewa dan sedih & sikit pon tidak membalas percakapan abg itu dan hanya berdiam diri.. Akibat dari hal tersebut abg berkata tidak akan balik kerumah selagi saya dan adik beradik tidak mnjaga tingkah laku & mnjaga hati isterinya..sedangkan jika balik ke kampung mak ayah saya sanggup memberikan bilik mereka kepada abang saya untuk keselesan mereka suami isteri sedangkan ibu bapa tidur di luar.. Saya dan adik mahu memberikan bilik kami tapi mak ayah kami tidak mahu dan cuma mahu tidur di ruang tamu.. Bukan itu saja setiap kali pulang isterinya juga akan mengelak bercakap dengan saya dan mak sejak pergaduhan antara abng & saya berlaku.. Akibat dari ayat yang hanya saya kongsikan utk peringatan bersama itu sahaja.. Isterinya juga berbuat baik jika di depan abang tetapi di belakang abang & saudara mara sikit pon tak membantu ibu di dapur.. Ibu selalu berkecil hati.. Ingtkan dapat menantu bahagia tapi meretakan lagi family yang dah sedia ada retak.. Sedangkan mereka berkahwin pon keluar duit ayah utk majlis kahwin tapi saya tak pernah berkata apa-apa sedangkan smpai sekarang ibu bapa Saya mengungkit hal tersebut didepan saya dan adik-adik.

Hidup saya sedikit senang kerana saya berniaga sendiri atas berkat doa ayah dan ibu. setiap kali ada majlis dirumah seperti sambut hari lahir adik, saya akan belanja mereka makan yang sedikit mewah.. Duit dan sedikit keperluan pon ada saya berikan kepada ibu bapa saya.. Abang saya mengetahui hal tersebut dan mengatakan saya mengampu ibu dan ayah dengan memberikan bermacam2 barang dan duit.. Saya cuma ingin ibu bapa saya merasa sedikit bahagia walaupon saya tak mampu bawa mereka menunaikan haji/umrah seperti yang meraka inginkan.. malah abang menuduh bapa saya melebihkan saya kerana ketika zman belaja belikan saya sebuah kereta kecil sedangkan dia hanya dapat motor ketika dia belajar padahal itu disebabkan saya tak pndai bawa motor.. Kereta yang saya dapat pon saya berikan pada abang utk kegunaan dia ..
.
ketika saya tamat belajar saya membeli sebuah kereta baru utk memudahkan urusan bisnes tapi abang terasa jeles dan memberi tahu ayah semua yang terpendam di hati & mengatakan saya memiliki segalanya & kaya harta abis saje belajar boleh beli kereta sedangkan dia abis belajar ambil masa bertahun Baru dapat pakai kerata baru.. Ayah cuma menasihati bahawa setiap org ada rezeki masing2 ada lebih ada kurang.

Saat paling saya kecil hati ketika raya saya ingin menumpang keretanya utk solat raya sekali bersama isterinya serta ahli keluarga yg lain.. Dia mengatakan dia mengatakan ” kereta tak muat .. Kakak naik kereta sendiri ke masjid..” Ketika itu saya tersentap kerana hala tujuannye same apelah salah pergi sekali.. Lalu saya mengajak ibu bapa supaya naik sekali dengan saya.. Rupanya ibu bapa saya pon dia tak ajak utk tumpang sebenarnya ibu cukup berkecil hati.. Ada ketika abang mengatakan duitnya tidak ckup untuk itu & ini akibat kereta rosak & ayah hanya mendengar sahaja..
.
Selepas kejadian itu setiap kali ada bnda yang ibu or ayah saya tegur dia mengatakn saya yang mengapi-apikan ibu dan ayah.. Dan menggunakan duit yang saya ada supaya ibu bapa sayang pada saya.. Dia pernah berkata saya pandai ambil hati ibu bapa tapi dia tak pandai buat macam tu .
.
Smpai hari ini hubungan abng & saya masih macam ni.. Saya sayang semua family saya tak lebih & tak kurang walaupon tahu semua yang abg selalu kata-kata pada saya walaupon kecil hati saya pendamkan saje sebab air yg dicincang tak akan putus..

Saya berharap abang dapat bukakan hati dia menerima saya sebagai adik..
.
Sekian saje cerita saya.. Saya cuma berkongsi utk peringatan & pengajaran semua.. Seburuk or sejahat mana adik beradik.. Tetap akan kekal smpai ke hujung nyawa
.

– Lisa

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit