Bismillahirrahmanirrahim.
sekiranya confession ini disiarkan, saya doakan semoga ia sama-sama bermanfaat dan jadi panduan kepada saya sendiri dan kita semua.
Untuk pengetahuan, saya anak sulung dari 3 beradik, dan mempunyai seorang adik perempuan dan adik lelaki. Alhamdulillah, semua dah meningkat dewasa. Saya sendiri bakal menamatkan pengajian dari sebuah ipta di Melaka.
Selepas kehilangan nenek saya pada awal tahun 2016, saya mula terfikir, bagaimana agaknya cara mengekalkan hubungan adik-beradik supaya sentiasa akrab baik semasa ibubapa masih hidup hinggalah mereka tiada lagi.
Bila saya perhatikan hubungan adik-beradik ibu dan adik-beradiknya, saya rasa ikatan mereka sangat harmoni. Jadi saya kongsi sikit apa yang saya perasan mengenai mereka.
Apa yang saya belajar dan perhatikan, dalam membina ikatan adik-beradik ni, bukan perkara yang mudah sebenarnya, Tapi, sekiranya kita dapat amalkan, InsyaAllah ikatan kita adik-beradik bahagia, tiada salah faham, tiada rasa cemburu sampailah kita meninggalkan dunia.
Saya yakin dan percaya, semua orang sayangkan semua ahli keluarga, lagikan yang sama-sama kongsi perut dengan kita. Jadi perkara utama, belajar memaafkan antara adik-beradik.Silap sikit tu biasa, jangan sampai tak memaafkan.
Seterusnya, dalam ikatan adik-beradik ini, amalan toleransi sangat penting. Saling tolak ansur antara satu sama lain. Jangan pentingkan diri-sendiri.
Kemudian, sebagai kakak, abang, adik, jangan besarkan perkara yang kecil. Parkara yang salah, kita sama-sama betulkan, nak tegur kakak, abang, adik kita, tegur dengan hikmah, jangan tinggi2 suara.Jadi susah dia nak dengar teguran kita.
Abang dan kakak, selalu lah jadi contoh yang baik pada adik-adik. Apa yang kita buat, apa yang mereka tengok, itulah mereka akan jadi. Kalau adik kita jenis yang susah dengar nasihat, doakan. Doakan dia selalu ye.
Akhir sekali, sebagai adik-beradik, sikap saling membantu akan membentuk perasaan kasih sayang yang Allah akan hadirkan dalan hati-hati kita. Percayalah, ibubapa kita akan rasa senang hati bila dia tahu kita sesama adik beradik dapat buat yang ini.
Bertekak, bercakar itu lumrah, tapi selesaikan cepat-cepat. Kerana kita semua tidak sempurna.
Semoga kita semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah. aminnnn..
wallahualam. wasalam.
ikhlas,
Kak Long.
– Kak Long
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit