air mineral

Assalamualaikum. Pada semester 2 yang lalu, ada peniaga-peniaga air botol mineral 1.5 liter berjenama uro kalau tidak salah saya.

Teknik perniagaan mereka lebih kepada meninggal sekotak air mineral yang mengandungi sedozen botol di dalamnya.

Jadi di situ saya dapat mengenal pasti bahawa mereka memang menggunakan konsep tawakal kepada Tuhan yang sangat tinggi.

Apa yang saya ingin bawakan dalam konfessi pada kali ini sebenarnya ialah saya telah mengambil satu botol air mineral dalam kotak tersebut tanpa membayarnya. Bukan sengaja tidak mahu bayar tetapi terlupa.

Oleh hal yang demikian, kepada pemilik jualan air botol mineral berkenaan, saya bayar air mineral
tersebut dengan sedekahkan RM1.50 ke dalam tabung masjid uia atas nama saudara.

Oh, sebelum saya terlupa! Kejadian berlaku di Mahallah Uthman, Blok D, tingkat 3. Jadi kepada yang berkenaan mohon maafkan saya dan terima bayaran saya ini.

– manusia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *