Assalamualaikum.
Saya budak Medik.
Saya dulu ada masalah psychiatry. Melancholic depression (korang boleh buka DSM-IV-TR ataupun DSM-V). Nyaris kena admitted ke Psychiatric ward dua kali kerana nak "loss of daily function" yang teruk dan keinginan nak bunuh diri yang sangat kuat. Nyaris je. Tak jadi nak masuk sebab roommate saya budak Medik, so psychiatrist/lecturer kite suruh roommate pantau dalam bilik hostel.
Anyways, that was the past.
Terima kasih kepada roommate saya kerana menjaga saya dengan baik.
Bersyukur saya dapat diselamatkan oleh Psychiatrist, Family Physician, dan pakar-pakar lain yang sudi membantu saya. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka.
Sekarang saya dah OK. Alhamdulillah.
Sorry saya terpaksa post secara anonymous kerana saya perlu elak stigma masyarakat kita.
Budak Medik kalau orang tahu kite ada psychiatric illness, nanti susah.
Ramai orang yg kecam akak yang post confession pasal kenapa budak celebrity social media tu nak bunuh diri.
Well saya tak nak kecam akak tu. Apa yang akak cakap tu betul. Saya setuju.
Saya nak menjelaskan beberapa perkara yang saya rasa orang awam perlu tahu.
1. Kalau sikap kite betul-betul serious dgn masalah psychiatry kite, kite takkan main-main dgn stressor kite. Pergi post semua benda peribadi di social media seriously bukan satu langkah yang bijak. Lagi-lagi kalau kamu seorang celebrity di social media, kamu harus tahu social media tu satu tempat yang bahaya. Kalau kamu ada BPD pun, bila kamu dah mula rasa "lain" sikit, kamu akan berundur sekejap sampai keadaan kamu stabil. Kamu yang bijak takkan main-main di social media. Jangan cari pasal dengan orang yang tak kenal kite.
2. Yes, pesakit psychiatry perlukan support. Tapi bukan perlukan semua jenis support, dan bukan semua support tu bagus utk kite. Mood disorder ni akan buat kite sangat penat, emotionally exhausted, walaupun pesakit mungkin nampak mcm orang sihat. Ada seorang dua kawan yang memahami kite, sudah cukup. Ramai sangat kawan yang support, akan membuat kite rasa rimas dan stress. Lagi tak sihat. Psychiatrist/counsellor pun dah cukup sebenarnya. Anyways, kawan dan pakar semua adalah asbab je. Yang betul-betul tolong kite adalah Allah. Untuk pesakit beragama yang baru di-diagnose, mungkin kite takkan kenal Tuhan. Tapi sooner or later, pesakit yang beragama biasanya akan mencari spiritual support. Well unless orang tu jenis yang lambat nak kenal Tuhan, lain la cerita dia.
3. Untuk orang yang sihat, tak perlu nak ikut drama pesakit mood disorder. Saya dulu pesakit, saya pun buat drama besar juga. Tapi sebagai orang awam yang sihat, korang tak perlu nak ikut drama kite. Korang pun penat nak layan drama kite. Especially kalau pesakit tu orang perempuan. Pesakit perempuan ni banyak para-suicidal. Dia cakap je nak suicide tapi tak nak suicide pun sebenarnya. Ni statistics yang cakap, bukan saya menipu.
4. So sebagai orang awam, bila ada kes kawan/pesakit perempuan ugut nak bunuh diri (tapi nampak mcm takde action je), apa yang korang perlu buat? Korang kena cool, kena confident, tak perlu gelabah. Peluk dia, comfort dia, suruh dia calm down, cakap I love you kat dia, etc. (Jangan pulak non-mahram yang pegang dia, tau.) Banyak tanya dia soalan 'open-ended' dan 'non-judgemental', contoh, "awak rasa mcm mana?" "apa sebab awak rasa mcm tu?", "siapa buat jahat kat awak?" etc. Jangan tanya soalan keras seperti "awak tak percaya kat Tuhan ke?" "awak tak sayang kat diri sendiri ke?" "awak tak fikir mak ayah awak ke waktu awak nak bunuh diri?" Banyak tanya soalan open ended dan non-judgemental, jangan bagi opinion ataupun solution yang tidak membantu (contoh, pergi marah pakwe yang buat dia stress). Dia tak nak dengar pun orang berdebat dan berhujah waktu dia stress. Dia tak nak pun dengar awak bagi dia tazkirah tentang haram bunuh diri masuk Neraka.
5. Percaya lah, every problem has a solution. Apape pun, wat lek wat peace. Ya betul, kite tak pakai kasut dia so kite tak tahu apa dia rasa. Tapi sebagai pesakit, kite perlu memahami penyakit kite, itu tanggungjawab kite sebagai pesakit. Kite perlu memahami macam mana penyakit kite ni menjejaskan hidup kite, dan kite wajib tahu macam mana nak handle crisis kite dengan cara yang bijak dan matang. Betul, lain orang lain coping mechanism dia. Ada je yang suka meluah kat social media. Tapi kan, semua orang perlu juga ada sikap professionalism. You don't have to reveal everything to the big crazy world.
6. Orang yang ada psychiatric disorder ni boleh hidup seperti orang biasa. Takde masalah. In sya Allah. Ubat kena ambil, follow up kena ikut, counselling session perlu pergi, cara nak handle stress tu kena tahu. Kalau tak reti, belajar. Kalau masih tak boleh berfungsi dengan normal, maka masuk lah ke Psychiatric ward/institution untuk dirawat dan dipantau sampai lah rasa normal balik.
Dah, saya nak sambung study.
Kbye. Assalamualaikum.
– Neko Atsume
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
tahniahla sbb awk berjaya mengatasi sakit awk, semoga yg lain yg sakit mcm awk nie akan dapat mengatasi mcm awk, best sbb awk dikelilingi lecturer yg prihatin, rumate, familyphysician, mungkin si pesakit sorang lagi tu dia keseorangan, org pulak xdapat detect dia punya penyakit.. xapalah, rasanya terbaca hari tu dia masuk wad kot.. doakan lah dia
sy nak kenal neko atsume ni. mohon pm sy. mohon sgt. tq
Sorry to compare condition kita (even pernah alami) dengan pesakit mental lain, sgt tak proper, whoever u are :) setiap org struggle berbeza.
I do agree pasal statistic perempuan yg berjaya bunuh diri sgt rendah berbanding lelaki. Tp bukan lah sbb mereka nakkan perhatikan semata2, tp sbb lelaki lebih gunakan cara yg lebih real. Perempuan more kepada cara yg lemah lembut. Dan bkn la sbb perempuan sekadar nakkan attention semata-mata :)
Moga Allah sentiasa jaga awk. Nnti time buat HO, harapnya tak relapse :)
Harap post awk tak memberi kan stigma yg buruk kepada pesakit mental.
Confessent tak sebut pun tentang seek attention. Betul, setiap orang struggle berbeza, tetapi psycho-pathology lebih kurang sama je. Manusia kan. Walaupun hati berbeza, tapi masih ada keinginan yg sama.
OK my bad. Sorry misinterpreted ayat confessant.
(Dah reti guna confessant skrg. Haha)
It’s okay. Yeah I suka vocab baru ni. Hahahaha.
Fuyyo waktu Raya dia study. Gigihnya.
Haha kak maliya kesitu pulak dia
Oops mcm takde empathy pulak.
Cian dia.
sebenarnya dari dulu lg aku menganggap pompuan dan lelaki yang ada 6th sense nampak syaitan dan jin berpunca dari sejenis sakit yang macam gini.. rakan setugas pertama.. anak dia macam gini tp dia survive dan boleh hidup dengan nampak jin dan syaitan(pada aku permainan sakit jiwa).. sebab keinginan dia(tanpa makan ubat) nak hidup tanpa ketakutan serta ingin hidup normal tu tinggi.. maka jin dan syaitan pun dia tengok macam biasa.. depa pun tengok dia macam biasa.. xda benda pun.. manakala seorang lg rakan setugas.. anak dia juga kena.. tp bergantung pada ubat sakit jiwa.. benda memang boleh dpantau dengan ubat dan sokongan.. ini pendapat aku ja la..
Eh macam mana ? Explain sikit pasal syaitan dan jin tu… tq in advance
benda yang dia nampak tp orang x nampak.. dan pada tahap nie la.. dia akan ada dua.. samada freak out panik pengsan mereng dan jadi meroyan x tentu hala.. atau cool jalani hidup bersama “mereka”.. dalam kenyataan rakan setugas.. benda tu ada d setiap sudut lokasi.. anak dia akan anggap mereka semua tu sesuatu tuk dpahami yang mana.. aku x kacau ang.. ang x payah kacau aku.. kalo cerita kat ang.. anak dia terpaksa tunduk silang tangan ke bawah(cam lalu depan orang tua) mita lalu kalo jin syaitan ada tengah laluan jalan kaki.. manusia biasa comfirm akan kata ang gila ka apa sebab depa x nampak.. semua adegan dceritakan adalah “mute” cuma mata melihat memahami.. mukin tu.. yang boleh buat dia survive.. satu lg rakan setugas anak dia x leh survive.. pakai tradisi x jalan.. nahhh ubat sakit jiwa juga makanan dia dan dpahamkan dia serasi ngan rawatan dari hospital.. sebab tu aku rasa benda nie berkaitan dengan jiwa.. jiwa yang kuat dan satu lg x kuat..
Ku Masni
Siti Mardhiyah Razali
mohon pm sy confessor..sb sy byk soalan nk tanya ni..salah sorg family sy mcm ni..tp ktorg x tau mcm mana nk handle dia
Waalikumusalam…Tahniah kerana berjaya lalui dugaan Allah yg satu ni… Sy pernah lalui situasi mcm ni 3 x dlm hidup saya. Kita mmg langsung x fikir akan depression ni..Bila dokter panel sy dulu sarankan sy utk jumpa pakar… sy anggap hal ni remeh.. walau kita x fikir smpi ke arah bunuh diri… tp mmg x sangka pulak smpi badan yg jd disorder… hehe… collapse… demam mengigil smpi kena papah gi klinik (mmg tiba-tiba je demam – pelik abis waktu tu), berdiri pun ley jatuh… jantung debar yg sangat kuat, berpeluh tanpa sebab.. smpi berat badan turun mendadak dlm masa 2 hari… smpi adik2 fikir amik dadah… Well, tidak dinafikan masalah yg dtg waktu tu bertimpa dan berulang2 dlam masa 3 tahun.. Tapi syukur allhamdulliah… Allah sentiasa bersama… Terima kasih pada Arwah orgtua sy yg bekalkan sy dgn berikan didikan di sekolah agama waktu kecik-kecik dulu. Sbb tu langsung x fikir utk smpi bunuh diri.. Walau rakan sekerja pernah kata… klo i kat tempat u, sure i bunuh diri… Walau skrg ada baki jd “axienty disorder” kesan dr apa yg berlaku dulu… sy mudah memahami keadaan diri dan elak utk terjadi lagi… Ubat-ubatan sekadar bantu saja… yg jelas sekali kekuatan rohani tu sngt2 penting… Allah tu beri ujian utk kita dan juga sebagai teguran dari dia utk ingat pdnya… Saranan sy bagi yg x rasa kekuatan rohani ley membantu, selalu2 la jengah2 utube yg buat kita insafi diri. Sy tgk keadaan mangsa2 perang… kemiskinan orang lain, pengorbanan para nabi… mcm2 lah yg ley buat sy menangis tak henti2.. Bila sy puas nangis sy akan tidur, tp dlm masa nak tidur tu sy akan berkata pd hati sendiri utk faham bahawa Allah syg kan kita lebih dari ibu bapa kita sendiri..kalau nak cerita mmg panjang.. apa pun berbalik la pada agama.. utk fhm dan didik hati kita yg berbolak balik.. Apa pun juga… doa sy pada mereka2 yg ada masalah ni, moga Allah bersama anda…
Seriously..
I feel u..
This is wrong. “dia cakap je nak suicide tapi tak nak suicide pun sebenarnya.” As a medical student, you should have known this is false. That is a myth. The actual research says those who die from suicide actually express their suicidal intention. Now ur stats pls?
Your argument is invalid.
Of course yg SUDAH suicide tu mesti la ada suicidal intention.
It’s just like saying:
“Those who died from snake bites must have been bitten by snakes.” so “Those who have been bitten by snakes will surely die.”
Padahal 95% of the snake bite cases are not life threatening.
Myoesi Mcuks so ure suggesting we wait until they die before validating their ideation? Genius. This fact is from an actual psych book PRN, not me.
The confessent did not mention “wait until the patient dies”. He or she DID mention to refer to professionals for help.
Please don’t quote things out of context.
I didn’t mention anything about “wait until the patient dies” either.
Dear confessent, playing ‘no mention’ is not doing anyone no good. This post affects societal perception at large scale. Using ur title as medical student doesnt make u entitled to say anything and then run and deny when ur views are wrong. Literal meaning of terms only work in wards, but when in layman, understanding become varied between individuals, esp among non medics. So be careful with what you say. And be humble. Sorok identity takpe, sorok stats/facts is indeed unforgiven.
Everything will look wrong when you quote things the way you want. Of course. Why not.
Myoesi Mcuks quote things the way I want = quote the whole sentence without dropping a letter. Lepas ni confirm nak cakap “I did not mention you drop a letter.” Best of luck in life with ur ego ?? Pis aut.
You are nothing less than how you described me. All the best with your illogical and emotional arguments.
I agree with the confessor especially about social media. Being a BPD myself, social media is a huge stressor for me. Bole trigger either manic atau depression. Sebab tu cuma stick to fb n ig and jarang buat post. Family and friends pon monitor apa yg sy post sbb takut trigger. Kalo terlebih post tu, maknanya one of the symptom la tuh, slalunya tgh nk manic. Org lain xfaham apa yg kt tgh lalui n bole kata mcm2 n benda tu bole affect kt dgn teruk. Padahal masa tu kt xsedar tntg consequences of apa yg kt post. Sebab tu penting utk tahu n manage stressor kt. Ada satu tahap, parents kena take away laptop n phone utk avoid sy terlampau guna social media. Utk kebaikan diri sendiri.
But, this does not mean that kt bole judge n kecam apa yg org tu buat salah dan silap. Nk manage mental illness and mood disorder bukan senang. Kena byk bersabar n byk seni. Kena byk belajar dr pengalaman. Mungkin ni satu cara utk dia belajar manage penyakit dia dgn lebih baik. She is my friend and i do believe at this point, she does need alot of support. To believe that only a small circle of friends and family is enough. To not care abt negative things that other people who don’t matter says abt her. It is not easy sebab kami org yg sgt sensitif. Dah kata mood disorder. Tp kena belajar kuatkan hati, kuatkan mental. Jaga diri sendiri, jaga org yg kt syg. Sebab hanya org yg penah kena saja bole faham apa yg kt tgh lalui.
P/S: Sy budak medik jugak tp tak habis haha. Ok bye mggu dpn ada exam, kena study jugak.
Semoga cepat sembuh. Semoga kamu dapat jadi doktor yg berjaya di Dunya dan Akhirat. Ameen.
Sy berhenti. Buat course lain skrg. Rasa xmampu nk jadi doktor. Terima kasih atas doa. Ameen.
Takpe je. Any occupation is OK. :)
BPD is the short form of what?maaf..nak tumpang tnya.
Bipolar disorder
Baca kat artikel, kata BPD is borderline personality disorder. Tp sy ada bipolar disorder and sy pggl bipolar BPD jugak. Symptoms lebih kurang sama. Jadi xpasti dia ada yg mana satu.
Sairil Akmar Hamid
U speak my mind.
Lina Fasihah Aqilah Ramlee Ketenangan Hati Cahaya Izzati huhuhu. Terima kasih sebab selalu ada.. selalu jaga.. huhu. Jaga sampai bila bila bila naa?? :'(
InsyaAllah…. ?
In shaa Allah mus ?