Ajaibnya Sedekah

Assalamualaikum. Aku bakal berkahwin pada hujung bulan 7 nanti. Aku tak tahu aku nak cerita mcm mana cuma aku nak cakap yg betapa ajaibnya amalan bersedekah dan ikhlas. Allahuakbar. Aku sgt terharu sbnrnya. Cerita dia begini. Raya kali ni mmg aku tak prepare apa2 sbb aku nak simpan duit utk majlis kahwin aku. Yelah walaupun kita perempuan, tapi takkan nak bakal suami kita support 100% kan. So aku mmg tak sediakan duit raya langsung kpd anak2 saudara aku. Malah lebih teruk, aku tak sediakan duit raya utk ibu aku.

Sehari sebelum raya tu, ibu aku ajak keluar beli tudung raya. Aku pun ikut la sbb nak jadi driver dia kan memandangkan ayah aku dah lama meninggal 6 tahun lepas dan kakak dan abang aku dah kahwin, so mmg ibu aku harapkan aku utk bwk dia ke mana mana. Setelah 5 kedai aku bawak dia, akhirnya dia berkenan dengan satu tudung ni. Mahal jgk. Ibu aku keluarkan purse dia, aku intai tinggal not RM20 dan not RM10 je. Maknanya ibu aku ada duit RM30 je waktu tu. Ibu aku ckp, nak singgah bank nak withdraw duit jap. Entah kenapa tiba2 aku cakap, takpelah ibu, guna duit acu dulu. Terus aku buka purse dan keluarkan duit yg aku dah asingkan utk duit minyak balik KL nanti. Dlm hati aku ckp, takpela takde duit minyak, aku leh balik naik bas. Ibu aku senyap je. Dan aku pun bayar tudung tu.

Hari raya kedua, aku pergi beraya rumah nenek aku. Masa sesi bersalaman tu, ibu aku dan adik beradik aku semua bagj duit raya kat nenek. Aku seorang je tak bagi. Aku malu sbnrnya sbb nenek byk jugak menyumbang waktu aku study kat USM dulu. Entah kenapa tiba tiba aku minta satu sampul dr kakak aku dan aku pun ambil duit sewa rumah aku yg aku dah asingkan. Dlm hati fikir, takpelah, berserah jelah.

Sbnrnya, bulan ni mmg aku pokai sikit sbb aku kena bayar road tax dan insurans, jadi belanjawan agak lari. Aku tak cerita semua ni kat keluarga terutama ibu sbb taknak menyusahkan mereka.

Klimaks cerita aku, semalam waktu aku tgh sembahyang kat surau office, tiba tiba dpt mesej yg claim dan duit OT dah masuk. Sejam kemudian, paklong aku minta no akaun nak sumbang utk majlis kahwin aku. Aku ingtkn dia bagi RM200 je, tapi rupanya dia bagi RM2,000. Allahuakbar. Menangis aku. Aku rasa terharu sgt. Betul lah Allah kata. Ikhlas lah dalam bersedekah. Allah pasti akan tolong kita kalau kita tawakal. Terima kasih ya Allah.

– Viva

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

137 Comments

  1. Pernah terjadi juga…masa tu bru hbis pantang…nak naik keje…mmg nak pkai bnyak…nak2 sy azam nak fully bf anak..jd kena beli segala beg nak bawa pam…nak simpan susu…smua tu kos nya ya ampun…pastu nak jd cite..makcik d kmpung kemalangan…jd nak pakai duit juga…sy jdi dilema…tapi saya bagi juga dan berserah…saya bagi setakat saya mampu…x banyak mana pun…pastu bhgian mak sy potong skit utk cover makcik punya…siap ada suara2 d luar kata anak apa…kasi emak setakat tu…kalau dia lah…x kan dia amik duit tu sebab bagi setakat tu je… saya pasrah…sy tahu kemampuan saya setakat mana…yg penting sy ikhlas dan mmg niat nak bagi walau x banyak mana pun….alhamdulillah…selang 2 hari…ada hamba Allah bayar hutang…dapat saya tambah kirim skit lagi ke kampung…. jadi dlm bersedekah ni…jangan fikir nilai nya banyak atau skit..yg penting ikhlas…Allah tahu niat kita…abaikan juga mulut2 longkang yang hanya tau kutuk dan buat judgement ke atas kita… semoga Allah buka hati dan minda org tu supaya jaga2 dlm bertutur kata di lain masa….

  2. Betul tu..the power of sedekah…teringat kisah saya di Mina thn lps…dlm khemah saya tu ada makcik yg uzur..demam kuat..baring jer..bila time bg nasi…tk ckp…tk ada share utk dia…saya hulur share saya…saya kongsi nasi dgn my daughter..mashaAllah…bila saya mkn nasi tu..saya bk bekas polistrin tu ada dua set sudu…mcm Allah tahu saya nk kongsi nasi tu dgn anak saya..tpegun sejenak..

  3. True! Nk bersedeqah bkn kna tggu byk duit.tp msa tgh sempit tula kna bykkn sedeqah. Ramai yg tkut duit habis bila bg duit pda org lain.tp percayalah dlm sedeqah itu ad keajaiban.

  4. Bukan nk cakap aku baik. Aku pernah curi2 bayar makanan yg pakcik makcik yg tgh makan kat mamak. Aku tgok dulu ada x sesapa yg aku rasa nk bersedekah masa nk bayar utk makanan yg aku makan. aku bayar kat mamak tu and suh mamak tu diam2 bayarkan sekali pakcik or makcik or sesapa yg aku rasa nampak mcm xberapa senang. Atas dasar ikhlas. Tup2 xsampai beberapa minggu dapat bonus anugerah pekerja cemerlang. Alhamdulillah. Tp mmng rasa berkat sgt bila memberi rasa lapang. Rasa duit gaji mcm suci bersih. Maklumlah. Kadang2 kerja pun ada masa x fokus.

  5. Setuju sangat dik. Seseorang pernah menasihatkan akak, duit infaq (misalnya kepada keluarga sendiri) yang keluar adalah harta dan pelaburan kita yang menguntungkan di sana. Duit yang masih simpan di bank belum tentu milik kita. Kekadang kita dapat ganjaran dari segi bantuan orang, kesihatan yg baik n elak dari malapetaka…

  6. Antara ibadat orang meninggal dunia ialah apabila dia diberi peluang untuk hidup kembali adalah mahu buat sedekah. Share pengetahuan sedikit. antara saya faham mengenai sedekah.buat baik juga sedekah.senyum juga sedekah.menyenangkan orang juga sedekah.menyampaikan kata -kata baik/nasihat juga sedekah.membantu dari segi kerja rumah juga sedekah.mengembirakan orang juga sedekah. Menjadikan suasana harmoni adalah sedekah.menyenangkan jiran adalah sedekah.erti kata berperangai baik juga sedekah. Sedekah juga memanjangkan usia,mengelak bala/malapetaka,menambahkan rezeki. Semoga kita dan diri sendiri berusaha untuk bersedekah dengan apa dikurniakan/dipinjamkan sementara.

  7. Yg ni memang betul, mase tu sy bg duit kenduri utk kenduri arwah, sbb x ckup, pd sy mmg tu ja la duit, tp sy tawakal ja sbb x sampai hati, x pk mcm mane duit minyak nanti, tup2, ade org whtspp sy tanye nk beli baju sy sekli 3, sy jual brg2 preloved sy kt insta, agak t’kejut sy da lame sgt iklan tp x ade yg t’pandang & berminat nk beli just sekadar comment ada lg? Tp yg buyer ni tru nk, Allahu, rase nak menangis, benar janji Allah if kte sedekah ikhlas Allah balas balik berganda

  8. Pernah alami gak.waktu tu pergi backpacking dgn lg dua org membe.sampai kat satu tempat ni mmg ramai refugees yg kami jumpa dok mintak2 sedekah.dalam ramai2 yg kami jumpa tu ada la sorang syrian refugee tu cite kat kami kenapa dia nak pakai duit.katanya nak cari duit nak keluarkan anak2 dgn wife dia dari syria.tgok gaya dia bcakap nampak mcm org baik lps tu english dia pun fluent gile je.memula tu kami mcm was2 jugak nk bagi ke x lps tu kami takut kena tipu kami pon blah.tak sampai berape langkah pun berjalan aku saje toleh belakang tgok2 dia tengah kesat air mata.alamak rase cm besalah la pulak.last2 aku cakap dgn membe2 jom la kite sedekah je bg je berape yg ada.kalau dia tipu pun kite still dapat pahala sedekah.so kami pun pakat keluar la sikit sorg.rasenye total x sampai 2 euro pon kami bg sbb msg2 pon bkn ad duit bnyk.refugee tu pny la happy gila sampai dok berterima kasih tak sudah2.so petang tu kami pg bus station utk pergi next destination.tengah2 cari bas mane kami patut naik tetibe out of blue ade one guy ni tetiba approach kami pastu hulur note 20 euro kat membe.membe ckp la tu bkn duit dia duit dia takde cicir pun.that guy just senyum then cakap it’s ok just take it then dia trus blah tanpa kami tau pun sape dia apa nama dia.waktu tu rase mmg dpt pertolongan allah la kan sebab kami pun mmg bajet2 utk trip kami tu.so duit tu kami guna last skali utk mkn sbb duit euro kami dh hbs wkt tu since wkt tu pon kami tgh transit kt abu dhabi tgu next flight blk malaysia.mmg kalau kita ikhlas bsedekah tanpa mengharapkan balasan insyaallah cepat atau lambat ada bahagian utk kita.

  9. Yes, sy setuju dengan hebatnya kuasa bersedekah. Pernah sekali tu sy makan di sebuah kedai, hari pun dah malam time tu. Ada sorang pakcik ni dtg dari meja ke meja mintak sedekah. Katanya anak nya OKU dirumah tgh sakit. Mula2 sy was was sebab takut kena tipu. Sebab banyak kes org mintak sedekah ni sebenarnya sindiket je. Tp entah kenapa sy keluarkan jugak duit. Sy sedekah rm10. Kalau pakcik tu tipu tu antara dia dengan tuhan. Tp sy fikir kalau mmg betul2 anak pakcik tu sakit mesti pakcik tu terdesak sampai kena tebalkan muka minta sedekah kat org. Niat sy cuma nak tolong ringankan beban pakcik tu walaupun time tu sy tgh pokai jugak la. Then, 2 3 hari lepas tu tiba2 abg sy call mintak number akaun, dia masukkan rm 200 untuk sy belanja since sy belajar jauh. Time tu mmg terharu gila la sebab mmg tengah hidup berjimat, nak mintak duit kat mak pun tak sampai hati. Memang syukur gila2. Jd rajin2 lah bersedekah inshaallah murah rezeki kita

  10. Power of sedekah….setuju sangat… sy punya habit lak..klu beli mknn tu tak reti sikit…cth beli srpn pagi..nasi lemak bungkus..rm1… sy mesti beli lebih.. bg kwn2 mkn kat kantin sekolah.. cikgu2 ni akan ucap terima kasih n akan cakap ko ni selalu belanja.. sy balas..tak pe..akk doakan sy murah rezeki 2nd baby…masa tu anak sulung 7y.. MasyaAllah… hujung thn 2014 tu rezeki sy mengandung… bulan 7 2015 sy selamat lahirkan baby boy yg sihat…. beza yg sulung ngan adik 8y… POWER OF SEDEKAH…. MasyaAllah…rezeki yg Allah bg tanpa diduga… sy masa tu mmg dah x berharap..ingt xd lagi rezeki anak… tp BERKAT ORG YG MENDOAKAN….

  11. Aku banyak baca pasal kisah org yg sedekah duit dia in the end dia dpt balik duit berlipat kali ganda dr jumlah yg dia derma. Dan yg menarik perhatian aku, dlm Semua cerita yg aku pernah baca (seingat akulah), cerita2 diorng ni akan ada satu persamaan yg akan menyebabkan penderma tu dapat wang berlipat kali ganda dr jumlah yg diorng derma. Persamaan dia ialah yg menderma tu pasti time tu dia dah kesempitan wang atau urgent nak guna duit tapi diorng guna jugak duit yg diorng ada tu utk menderma. Seriously mmg semua cerita yg aku pernah baca mesti akan ad situasi penderma kesempitan wang atau urgent nk guna duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *