Akak Ipar

Kisah ni aku pilih untuk tulis disini sebagai tempat aku untuk meluahkan apa yang terbuku kat hati,

Kerana aku rasa sinilah tempat terbaik untuk meluahkan tanpa berpanjangan dan orang pun tak kenal aku siapa jadi tak ada lah mengaibkan sesiapa.

Suami aku ada seorang kakak yang mulut dia masyallah seram kalau dengar dia mengata orang.

Semua orang dia nak mengata, suami dia, mak dia sendiri, mak mentua dia tentunya dan adik beradik dia sekali kiranya semua lah dia mengata..

Cuma yang aku tak dengar lagi mesti lah aku dan suami ja. Yelah tak kan nak mengata kat depan kan.

Aku ni tak dak la baik sangat pun.. mengata juga adik beradik sendiri tapi tak dak lah macam sampai aku rasa kalau adik beradik dia dengar ni mahu setahun tak bertegur sapa.

Ayat dia memang tak padan dengan imej dia yang sangat muslimah.

Mengungkit pun satu hal.. serius lepas dengar dia kata adik beradik dia sendiri, aku ni nak makan kat rumah dia pun fikir 10x sebab dia mengungkit tau adik dia datang rumah dia tau makan ja suami dia pun melahap.

Bila dia mengata adik beradik dia yang lain aku selalunya akan angguk-angguk ja sebab aku tau mesti kalau aku tak dak kat situ aku pun antara bahan kecaman dia juga.

Aku sampai sekarang tak boleh nak hadam kenapalah dia mengata orang sampai macam tu. Suami dia pun dia mengata siap pakej tak redho dayus semua cukup..

Depan suami, dia sangat mithali, suami dia teringin makan apa-apa terus dia buatkan.

Dengan mak dia sendiri pun macam-macam dia kata sampai tahap aku tumpang sekaki benci mak mentua aku nasib lah aku cepat-cepat munasabah diri fikir balik mak mentua aku ni tak pernah masuk campur hidup kami suami isteri.

Ayat- ayat mengata kakak ipar aku ni aku rasa dah boleh jatuh anak derhaka. Aku mcm biasalah angguk-angguk ja kat suami pun aku tak cerita sebab tu aku pilih nak luahkan kat sini.

Aku rasa kakak ipar aku ni banyak sangat tak puas hati tapi dia pilih berlakon baik depan orang.

Jadi bila semua dia tak luahkan dia mengata belakang. Sepatutnya dia pilih luahkan apa yang tak puas hati at least dia tak sakit hati gaduh pun habis kat situ.

Ini cerita 10 15 tahun lepas dia masih mengungkit contoh adik dia pilih renowned rumah dari tolong dia padahal masa tu dia susah sangat.

Aku rasa benda tu dah 10 tahun lepas dan adik dia pun mesti ada sebab tak tolong.

Aku takut sangat bila dengar dia mengata orang sebab fikir balik apalah dia kata aku suami isteri. Benda yang dia mengata tu dasyat sebab depan orang tu dia baik sangat.

Harap dia boleh berubah dan aku selesa nak jenguk mak mentua aku.

Tolong doakan dia semua, sebab dia ni amalan dia dengan Allah sangat hebat jadi sayanglah kalau habit dia ni menghalang dia mencari Syurga Allah.

– Bisu tapi tak pekak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *