How I Met My Husband

Assalammualaikum dear readers.

Aku doakan semoga korang sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera, aamiin ya rabb.

Lama bukan tak bersua. Rindu semua.

Aku Hyun. Sebelum ni aku pernah hantar dua confessions. Tahun lepas lah tapi. Boleh rujuk disini ya. Hehe.

https://iiumc.com/jodoh-tak-semestinya-datang-dengan-cara-yang-kita-nak/

https://iiumc.com/perkara-perkara-yang-buat-kita-turn-off-bila-cari-jodoh/

Based on the title, ya. Aku rasa korang dah boleh agak. Alhamdulillah, aku dah pun selamat diijabkabulkan. Baru je lagi, hehe.

Dulu aku fikir nak jugak menulis barang seperenggan dua masa dah jumpa calon tu. Tapi bila aku fikir balik, lebih baik jangan. Tunggu lah dah kahwin dan betul-betul confirmed, barulah aku beritahu.

Maaf ya, kenduri tak jemput. Maklumlah, kenduri dibuat secara sederhana saja, hehe. Tapi kalau tak keberatan, aku pohon doa dari korang.

Moga masjid yang aku bina bersama suami dikurniakan sakinah, mawaddah dan warahmah. Aamiin.

Well, berbalik kepada topik asal aku. Sebenarnya aku segan nak cerita, tapi memandangkan korang pun tak kenal aku, jadi bolehlah aku share ya, keke.

Alhamdulillah, aku rasa journey dan misiku mencari zauj ni Allah permudahkan. Dan ya tuan-tuan dan puan-puan, aku dapat jodoh melalui cara yang aku paling nak elak, iaitu online platform.

Itulah dia. Kalau dah namanya jodoh, Kau pusing lah ikut mana pun, kalau memang dah tertulis itu caranya, maka itulah dia.

Aku mula daftar laman web cari jodoh online B**********M bulan Januari 2021 dan aku subscribed selama dua tahun. Just in case kalau aku tak dapat cari dalam masa terdekat, aku masih ada masa sebab aku dah siap-siap subcribed selama dua tahun.

So bila aku dah start tu, memang macam-macam jenis calon yang aku jumpa.

At the first place, memang aku ada rasa turn off. Tapi aku tak berhenti. Aku cuma rehat sekejap. Then aku sambung balik bila aku rasa ok.

Yang ni kalau korang nak baca apa yang buatkan aku turn off, boleh baca dekat previous confession aku.

https://iiumc.com/perkara-perkara-yang-buat-kita-turn-off-bila-cari-jodoh/

Long story short. Masa tu bulan Julai 2021. Aku sebenarnya baru je kena ghosting dalam seminggu dua macam tu.

So kira macam tak berapa nak ada mood nak terima salam baru. Tapi itulah, bila kita dekat dalam portal online ni. Kita memang kena ready mental dan emosi.

Macam-macam boleh jadi. So aku pun tak nak hanyut sangat dengan perasaan sedih kena ghosting ni, sebab pada aku kalau aku sedih lama-lama, aku yang rugi. So, alternatively move on is better. Then, aku pun tengok lah calon-calon yang beri salam tu.

Dalam ramai-ramai yang beri salam, ada seorang calon ni yang aku rasa profile dia macam click dengan aku dan dia memenuhi basic requirement yang aku nak. So, dengan bismillah, aku pun jawablah salam calon tersebut.

Mula-mula bersembang tu korang tahu. Aku rasa macam ada dua ketul nerd tengah bersembang. Ayat skema. Ayat starter pack nak buat karangan bahasa melayu.

Tapi aku tak kisah, aku lagi suka sebab bahasa dia mudah dan senang faham. Flow pun smooth je. Masing-masing kenalkan diri dan cerita sikit pasal background diri.

Aku biasanya akan comfirmkan balik pasal basic requirement aku tu. So aku pun tanya lah calon ni. Alhamdulillah, memang betul dia memenuhi basic requirement aku.

So since aku rasa dia macam ok, dia pun rasa aku ok, aku pun memang dah buat istikharah, so kami pun decide untuk set up meeting dekat satu tempat ditemani adik aku.

So Ogos 2021, lebih kurang sebulan lebih kami kenal, kami set up lah meeting dekat satu tempat ni, then tiba hari yang dijanjikan, kami pun berjumpa.

First thing first yang aku nampak, mata dia. Yelah, basically sebab semua orang pakai mask kan, of course lah tak nampak muka, nampak mata saja. Hehe.

Walaupun dia pakai mask, aku tahu yang dia tengah senyum sebab mata dia pun tunjuk smiling eyes atau kata lainnya smizing which can be referred to smile with your eyes. So ya. Aku nampak yang dia tengah smizing. Hehe. Well, ok lah tu kan, dia senyum.

Mula-mula jumpa tu aku tengok dia macam akward jugak. Nasib aku ni jenis tak krik-krik walaupun dalam hati ni Allah saja yang tahu betapa cuaknya aku.

Masa ni masih tak boleh dine-in, so aku ni ikut je lah sebab masa tu dia nak beli barang. Mall aku pergi ni tak besar sangat pun.

Limited space, so pusing-pusing dekat situ je. Tapi dekat public kan, memang kita tak boleh nak buka mask.

So since tak boleh nak dine-in, kita jumpa pun memang sekejap. Tak sampai half an hour. Tapi masa nak balik tu, aku ada pass barang dekat dia, adalah sikit buah tangan untuk dia dan family.

Sambil tu, sempat juga aku buka mask sekejap, ingat bagi dia tengok juga at the same time. Masa tu kira dia berhadapan dengan aku. So by right, dia sepatutnya nampak.

Niat aku bukan apa, biar dia nampak macam mana rupa aku yang sebenar. Aku tak nak ada isu gambar lain, rupa sebenar lain. Maklumlah kita ni kenal dekat online platform. Nanti kena ghosting lagi, aku juga yang sedih. Confidence level sah-sah lah turun.

Masa aku buka mask tu, aku perasan yang dia macam terdiam bila tengok aku. Dia pandang je aku sambil aku bercakap. Tapi aku buat tak tahu je. Aku sambung bercakap macam biasa. Hehe.

Sebenarnya aku pun cuak juga. Tapi control, buat biasa-biasa je. Yelah, tengok tu ada dua.

Tengok samaada berkenan atau tak sebenarnya. Yang aku pula memang tak dapat tengok dia sebab dia buka mask sekejap saja. Itupun masa dia tengah jauh. Jadi, nampak tapi tak berapa nak nampak, ha, faham tak. Haha.

So dah settle bagi barang tu, aku pun balik lah dengan adik aku. Dia pun sama. Masing-masing balik ke rumah masing-masing. Aku ni sebenarnya dah redha. Kalau lepas jumpa ni, dia tak mesej ke apa-apa, aku faham sendiri lah.

Tapi macam biasa, kalau aku mahukan kepastian, biasanya aku akan mesej untuk tanya dan aku bagi time frame dulu untuk tengok. Dah memang langsung tak ada jawapan, aku akan consider calon ni ghosting lah.

By the way, ini kali pertama aku jumpa orang secara fizikal dari online platform. So aku memang dah standby dengan apa-apa kemungkinan.

Alih-alih, dia mesej aku petang tu. Dia tanya, so far aku rasa dia macam mana?

Aku jawab aku rasa dia ok. Aku pun tanya soalan yang sama. Dan dia pun jawab ok. Kiranya kalau dua-dua dah setuju, memang terus jumpa mak dan abah aku je.

Tapi aku kan bagi tahu korang sebelum ni yang aku sebenarnya tak nampak muka dia sangat sebab dia buka mask masa aku dengan dia tengah jauh.

Aku ni dah lah rabun, mana nak nampak oii. Haha.

Tapi masa first impression tu aku dah rasa ok, cuma sengaja aku initiate untuk second meeting supaya aku lebih clear sebab aku memang tak nampak langsung dia buka mask.

Perkara nikah kahwin ni besar. Nak hidup dengan orang ni bukan sehari dua, In Sya Allah sampai hujung nyawa.

Bukan nak cakap yang kita ni kena pandang rupa semata. Tak, tapi pada aku cukup sekadar sedap mata kita memandang.

Maksud aku, bila korang tengok korang rasa berkenan. Rasa tenteram. Rasa selesa dengan dia. Karakter dia boleh masuk ke tidak dengan kita. Bukanlah sampai nak jatuh cinta tergolek-golek.

Berkenan ni penting sebenarnya sebab berkenan ni ibarat benih. In Sya Allah, kalau benih ni dah ada, perasaan yang lain-lain tu akan turut bercambah. Aku cuma quote balik apa yang brother Aiman Azlan cakap.

Well berbalik pada cerita aku, aku pun initiate lah second meeting. Nak jumpa kali kedua ni pun berdebar weh. Haha.

Ha, masa ni baru aku nampak clear sebab dah boleh dine in. Jadi duduk lah dekat kedai makan tu kita makan sambil borak-borak. Tapi yang sebetulnya, dua-dua tak lalu nak makan. Hehe.

Aku perhatikan, kebanyakan masanya dia cuma jadi pendengar. Aku yang pung pang pung pang lebih. Katanya aku ni ramah. Hehe.

Tapi nak buat macam mana. Memang spesies aku ni jenis mesra alam sikit. Jumpa orang mesti ada je benda nak cakap. Tapi tengok orang dan juga keadaan lah kan.

Masa ni kan sebenarnya aku perasan satu benda. Eye gaze dia sama macam mula-mula aku jumpa dia, tapi kali ni lagi clear. Kalau korang jenis bercakap pandang muka orang, korang mesti perasan kalau cara orang tu pandang kita lain dari orang lain.

Mukanya pula macam nak senyum, tapi tertahan-tahan. Jadinya, dia macam senyum sipi-sipi je. Aduh, keras pulak perut aku kalau dikenang-kenang. Haha.

So lepas sembang-sembang sekejap sambil makan, aku pun nak balik lah dengan adik aku. So kami pun berpisah lah dekat situ. Aku balik dengan hati yang lapang sebab aku dah rasa clear.

Alhamdulillah, aku rasa aku dah dapat jawapan samaada nak teruskan atau tidak. Cuma terpulang pada dia. Boleh jadi hatinya berubah, kita pun tak pasti kan.

Tapi balik tu pun dia ada whatsapp. Dia tanya aku macam mana ok ke. Aku jawab Alhamdulillah aku ok je. Aku pun tanya lah dia jugak.

Awak macam mana? Dia pun jawab, eh saya mmg ok dah. Saya risau awak je. Ah sudah. Rupanya dua-dua risau satu sama lain. So balik tu, lepas bincang dengan dia, dia decide utk meeting kali ketiga dikediaman keluarga aku.

Maksudnya terus jumpa mak dan abah aku. So start dari situ, kita terus plan untuk ke next step.

Bulan oktober 2021 which is kali ketiga kami berjumpa, dia datang seorang diri dulu.

Alhamdulillah, nampak dia boleh bawa diri bila berborak dengan mak abah. Aku ni risau jugak sebenarnya sebab abah aku ni quite garang. Buatnya kalau abah tak setuju, naya pak karim.

Tapi apapun aku tawakal dan berdoa je. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Nampak macam ok. Tak ada masalah kalau nak diteruskan. Jadinya bermula dari situlah kami sama-sama merancang.

Alhamdulillah, kami telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2022 dan telah selamat diijabkabulkan pada pertengahan tahun 2022.

Aku sampai sekarang macam susah nak percaya yang aku jumpa penyejuk mata dan penawar hati aku ni dekat online, tempat aku paling nak elak dulu, hikhik.

Oh by the way, have I ever told you guys yang birthday kami sama, cuma lain tahun je, hehe.

Lepas tu satu lagi kebetulan yang aku rasakan agak aneh tetapi manis, setiap kali jumpa, colour baju mesti sama walaupun tak pernah pulak whatsapp tanya esok nak pakai apa.

Aku perasan sebenarnya banyak perkara yang sama. Tapi tak perlu lah kut aku sebutkan semuanya dekat sini. Geli-geli pulak korang nanti. Hehe.

In Sya Allah kalau ada rezeki lagi, mungkin aku boleh sambung menulis. Hehe, jangan marah ya.

Until then, take care dear readers.

Buat suami tercinta yang juga imamku,

Assalammualaikum abang,

Sayang minta maaf kalau sepanjang abang kenal sayang, sayang ada buat salah dan silap.

Terima kasih sebab sudi terima sayang seadanya dalam hidup abang.

In Sya Allah, sayang juga terima abang seadanya dalam hidup sayang.

Sayang tak minta lebih.

Cukuplah perasaan sayang, kasih dan kasihan abang pada sayang.

Moga masjid yang kita bina sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, dipenuhi keberkatan dan moga kekal hingga syurga, aamiin ya rabbal alamin.

Ikhlas,

Kesayangan abang,

Bukan kupandang kopiah dan serban,

Tapi agama dan akhlak yang jadi ukuran.

– Hyun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *