First time saya tulis kat sini. Harap tak kena kecam. Saya sebenarnya buat praktikal kat satu company ni.
Bos kami perempuan melayu dan sangat garang dan tegas. Semua orang tak berani dengan dia. Tapi kami ada akauntan nama kak Shima (bukan nama sebenar).
Dari apa yang saya perhati, kak Shima ni selalu melawan bos, bangkang keputusan dia. Macam dia pulak garang dengan bos.
Tapi bos pun macam tak berani nak cakap apa, macam terpaksa akur dengan kata-kata kak Shima.
Kak Shima selalu tak approve perbelanjaan apa-apa. Contoh macam hari tu, HR suruh buka cheque apa tah, tapi kak Shima kata tak boleh. Company tak cukup duit, nanti nak bayar gaji staff tak lepas.
Suruh dia bayar duit dia sendiri (duit bos).
Saya dalam hati, eh tu kan bos. Boleh ke kita orang bawah cakap macam tu. Sebab duit tu duit dia jugak kan. Dia berhak ja nak ambik apa pun.
Kenapa kak Shima act macam tu duit kak Shima pulak.
Lepas tu kalau perbelanjaan macam bos nak pergi outstation, kak Shima tak bagi pun pakai duit company.
Dia kata client belum bayar, nanti untuk perbelanjaan lain tak akan cukup. Melainkan suruh dia pun duit 200k, boleh la aku luluskan amount ni.
Duit sekarang pun nyawa-nyawa ikan. Lagi nak bazir itu ini.
Lepas tu saya terfikir la, kalau bos nak pakai duit company, tak boleh ke dia ambik sendiri ja.
Kenapa perlu kak Shima yang luluskan, kak Shima tu pekerja ja.
Bos adalah bos. Tapi kenapa akauntan nampak lebih berhak pada duit company berbanding bos sendiri.
Tak kan bos tak de id online banking company.
Tapi saya tak berani la nak tanya apa-apa kat orang sana, takut kena marah pulak. Lagipun saya baru sangat kat sini, tak rapat sangat dengan sapa-sapa.
Tanya kat sini tak pe la, orang bukan kenal saya.
Hehe, hari tu dalam meeting, depan semua orang kak Shima tegur bos.
Kak Shima cakap macam ni, puan kalau lepas ni beli-beli makan tu jangan claim duit company ye. Kalau boleh pakai la duit puan sendiri, jangan claim atas company.
Hari tu saya dah explain dah status kewangan kita.
Tapi mad (office boy) datang claim duit company. Kali ni saya approve sebab dia dah guna duit dia dulu. Tapi lain kali saya tak akan approve ye.
Hari tu bos kami belanja makan pizza untuk staff, tapi dia suruh mad ni claim duit dekat kak Shima kot untuk beli pizza.
Bos dalam meeting tu diam ja, angguk-angguk. Sepatah pun dia tak cakap apa. Ataupun marah kak Shima.
Mesti dia malu kak Shima hentam dia dalam meeting depan semua orang. Tapi bos kami sebenarnya sangat garang.
Orang tak berani nak lawan cakap dia. Kalau A dia kata, A la jawabnya. Tak boleh nak cona-cona dah.
Tak tahu la kak Shima ni pakai ilmu apa, dia berani ja bangkang semua keputusan bos. Bos pun macam terus lembik dengan dia.
Agaknya semua akauntan dalam dunia memang macam ni ke ye.
– Alucard (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dia buat kerja dia kot, kang ko tak dapat gaji melalak pulak