Janda Trauma

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil nak berkongsi cerita selepas baca confession daripada Sis Latipa tajuk ‘kita hanya merancang’

Part I, (https://iiumc.com/kita-merancang-2/).

Part II, (https://iiumc.com/kita-merancang-ii/).

Ini kali kedua aku cuba nak berkongsi kisah yang terjadi kepada aku selepas diceraikan tahun lepas.

Posting semua tak jadi sebab rasa macam buka aib sendiri walaupun orang takkan tahu siapa sebenarnya confessor tu. Kalini terbuka hati selepas baca confession sis tu. Perasaan saya dan confessor Latipa sama ketika ini.

Aku kenalkan diri aku sebagai Milea (bukan nama sebenar). Aku letak nama ex husband aku Ikhwan (bukan nama sebenar juga). Aku dengan Ikhwan mula kenal dan berkawan pada November 2020.

Dengan dia paling aku tak sangka, perkenalan kami dekat medsos ni berakhir dengan pernikahan pada Februari 2022. Sudah tertulis jodoh kan? Walaupun sekejap.

Untuk pengetahuan semua, ex husband aku muda 2 tahun dari aku. Kami berkahwin ketika umur aku 30 tahun, dia berumur 28 tahun. Ramai orang cakap, ex husband ni tak matang, tak fikir panjang tu yang tiba2 boleh buat keputusan drastik.

Tapi pada aku, umur 28 tahun ni dah tak terlalu muda sangat pun untuk nak fikir masa depan, nak fikir mana baik mana buruk.

Aku tak tahu siapa yang menginginkan sangat perkahwinan ni sebab ketika sedang berlakunya gaduh besar sebelum bercerai ni, dia katakan aku yang nak sangat kahwin. Tapi, selepas fikir2 balik rewind balik hubungan kami sebelum decides betul2 kawin, dia yang paling beria.

Kami kerap gaduh juga. Tengah2 gaduh, tak contact few days pun dia boleh keluar beli cincin merisik dengan family dia. Dari awal perkenalan pun, dia dah maklumkan pada family dia serius nak berkahwin dengan aku.

Aku? Berharap tapi sebab dah terbiasa kena ghosting jadi aku letak 50-50 harapan akan berakhir dengan dia sampai lah dia beli cincin tu. Dah beli cincin saiz jari aku, tunjuk efforts itu ini makinlah kuat rasa dia jodoh kita.

Fikir, gaduh2 itu biasalah nak buat benda halal ni. So, aku pun mula lah put efforts dengan hubungan kami sampai lah nikah. Aku pendekkan cerita, bulan februari 2022 aku nikah, bulan ogos kami bercerai.

Jujurnya, perkahwinan kami tak sampai 4 bulan. Sebulan sebelum bercerai, kami memang dah tak jumpa, whatapps aku dia tak reply, call tak berjawab, diajak berbincang secara rasional pun tak dilayan.

Aku pula yang terhegeh jumpa family dia, kakak dan abang dia untuk aku tahu apa sebab dia nak bercerai. Sebab2 yang dia bagi, pada aku terlalu remeh.

Untuk pengetahuan semua, kami pjj. Walaupun jarak rumah kami lebih kurang 30 minit. Tapi dia pilih untuk pjj, tak selesa katanya nak tinggal sementara dengan family aku sebelum jmpa rumah sewa.

Aku as isteri ikutkan aje, malas nak bergaduh, malas nak memaksa. Ok, cukup itu dulu.

Bulan 8 baru-baru ni genaplah lah setahun aku menjadi janda. Dalam tahun ni, tempoh 8 bulan solo, 2 orang dengan niat yang baik untuk halalkan aku sudah aku reject.

Seorang duda anak 1, berumur 37 tahun bekerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta, seorang lagi lelaki bujang umur 35 tahun bekerja sebagai engineer di sebuah kilang berdekatan rumah aku ni.

Dua2 ni sedap mata memandang. Dua2 ni bekerjaya dan stabil so, aku rasa dua2 ni takde masalah kewangan yang serius and tak perlu risau kot2 kalau tersalah kahwin lg sekali, terkahwin dengan biawak hidup ke. Ya Allah, minta simpang.

Oh btw, ex husband aku bekerja sebagai rider hantar makanan. Sebelum kawin, aku tak pernah letak apa2 kriteria pun untuk dijadikan suami. Cukup lah solat 5 waktu, tak amik benda haram. Yang lain2 tu aku fikir boleh diubah selepas nikah.

Tapi tula, silap. Aku rasa perempuan ni kena letak juga lah kriteria lelaki yang boleh dijadikan ketua keluarga. Aku rasa lah.

Ok, back to topics, dua2 lelaki ni baik. Dua ni juga aku reject dengan cara yang baik.

Menyesal ke reject? Entahlah, tak tahu. Selepas bercerai ni, perasaan2 sedih, gembira, excited dapat kawan baru ni tak sama macam sebelum kahwin.

Sama macam confessor tu, lelaki handsome lalu depan mata pun tak galak macam dulu zaman anak dara. Dulu menggeletis la juga sikit2 sekarang no feelings.

Masalah aku sekarang, aku pandang semua lelaki ni sama. Baik yang handsome, muka pecah, baik yang ada duit, yang takde duit. Yang kaya, yang miskin. Semua sama.

Dua2 aku reject sebab perasaan takut tu melebihi segalanya.

Penat ulang alik mahkamah sebelum cerai, ke sana ke mari, panjat naik turun tangga mahkamah ditemani mak yang semakin tua walaupun sudah dilarang ikut dan bertegas nak pergi sorang, insan yang bernama mak ni kan. Macam itulah.

Sobs. Ok sambung, pergi mahkamah sana, procedures macam tu. Bila dah sampai mahkamah sini, procedures lain pulak.

Turun naik mahkamah sebab nak buka fail nak tgok apa reasons suami failkan perceraian. Dlm kalangan family n kawan2 rapat pulak, takde lagi yang bercerai berai jadi tak tahu nak rujuk dengan siapa.

But now, ramai yang tanya kat aku procedures bercerai. Penat sangat masatu. Penat badan, penat otak fikir. Dalam kepala duk fikir nak selamatkan rumahtangga je.

Sekarang masih berfikir, kalau kahwin lagi, agak2 berapa bulan pula rumahtangga ni bertahan. Mindset aku sampai sekarang, lelaki ni sebelum kahwin lain, dah kahwin lain. Dalam kata lain, bermuka muka. Dah sebantal sekatil nanti keluar lah true colours.

Lelaki, honestly trauma wanita dalam perkahwinan ini real. Bukan dibuat buat.

Aku tak tahu sampai bila perasaan ni akan kekal ada. Tetapi kalau boleh haraplah jangan lah lama. Toksik ke aku sebab ada perasaan macam tu?

Alhamdulillah, aku dikurniakan ibu bapa yang sangat supportive, yang langsung tak memaksa aku mencari pengganti.

Aku tak berahsia, dua2 insan yang direject baik ni aku ceritakan pada kedua orang tua aku. Mereka menerima baik berita ni dan langsung tak menghalang aku berkawan dan berkenalan. Bahkan lagi menggalakkan aku berkawan lagi adalah.

Cuma masalahnya aku. Sampai sekarang pun aku tak tahu apa yang sebenarnya aku nak.

Kadang2 rasa nak cepat2 cari pengganti tapi kadang2 ada rasa macam nak hold, nak enjoy puas2 dulu bila da tiba2 single balik ni. Raya baru2 ni paling tak percaya. Terjumpa gambar raya pertama tahun lepas as a husband and wife dengan caption,

“Alhamdulillah raya tahun ni berdua” dengan harapan, raya tahun depan which is tahun ni dapat lah beraya bertiga (kot kot ada rezeki zuriat) Tapi lain pulak yang jadi. Tiba2 team raya single balik hahaha.

Aku takde apa lah nak cerita sangat cuma terpanggil lepas baca confession sis tu dia cakap dia malu kalau orang tahu dia janda.

Untuk Sis Latipa, takde apa yang nak dimalukan dengan title janda. Tak payah nak buat pasal heboh pasal title kita. Biar yang tahu je tahu. If awak da jumpa someone yang awak rasa dia lah jodoh awak, then berterus terang saja dengan dia.

Jangan biar dia tahu dari mulut orang lain, kalau dah jodoh n dia sayang in shaAllah dia boleh terima kita seadanya. Jangan malu dengan title janda ok. Zaman now tak pelik pun sebenarnya ramai yang menjanda.

Takde wanita yang minta untuk jadi janda. Kalau ada pun, tak banyak. Kita tak pilih, tapi Allah yang pilih.

As long as kita pandai jaga diri, buat hal sendiri, tak ganggu rumahtangga orang, kitalah tu janda yang high class. Enjoy all the moments. Tak salah pun jadi janda daripada terus menerus tersakiti.

Better la menjanda daripada duduk tahan je perasaan yang membuak buak, daripada duduk membela biawak, daripada mendapat penyakit yang bukan2.

Ada sorang ustaz tu pernah cakap, nak tenang, bernikahlah. Balik rumah, serabut perut tak tenang rasa nak marah, overthinking untuk apa nak diteruskan lagi.

Aceeewah gittew tau kata2 nasihat daripada orang yang dah move on. Tapi tula, sesungguhnya aku sunyi. Perlukan teman ke sana ke mari. Penat lah asyik berjalan, healing sorang sorang. Tapi perasaan takut masih ada lagi. Macam mana ni, adoi…

Korang, doakan kami yang trauma ni dihapuskan perasaan yang tidak baik ni cepat2 ya. Doakan kami juga dipertemukan dengan lelaki dan jodoh yang baik.

Itu sahaja confession aku.. Jadi panjang pulak, terima kasih korang yang baca sampai habis. Minta maaf kalau penulisan aku ni boring dan bersepah. Dah lama tak buat karangan, hahaha.

– Milea (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *