Aku Bukan Jodohnya

Salam semua. Ini kisah aku dan sisa rasa dari kisah silam.

Aku telah berkahwin. Suami ku (Sir A) adalah orang yang aku kenal dari sekolah.

Sepanjang kami berkawan. Kami bukan kategori orang bercinta. Sekadar teman sekolah. Tapi friendship kami lama.

Suamiku melanjutkan pelajaran dan grad sebagai officer kerajaan.

Dan aku juga berjaya bertugas sebagai staff gomen, semasa aku mulakan kerjaya, aku telah “dikenenkan” dengan seseorang dari skop kerja yang sama.

Lelaki tersebut aku gelar sebagai Mr M baik akhlaknya, ada rupa, lelaki A-class. Lelaki tersebut menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku pada ibu ayah.

Cara nya sangat terhormat dan berakhlak. Aku pulak pada ketika itu belum declare apa2 dengan suami (kawan la pada waktu itu).

Maka sebagai sahabat. Aku luahkan apa yang berlaku.

Dan tidak aku tahu, atau maybe aku jenis yang slow, rupanya selama ni suami diam2 menyimpan perasaan pada ku.

Dan beliau belum menyatakan hasrat untuk bercinta sebab beliau belum stabil sebab baru grad dan bekerja.

Jadinya apabila aku luahkan situasi pada Sir A, melompatlah beliau merayu untuk terus bersamanya.

Aku yang pada ketika itu masih mentah, mohon bimbingan dari ibu ayah.

Sir A pun A-class dari latar belakang keluarga educated, beliau sendiri terpelajar, akhlak baik dan orang yang beragama.

Mr M juga ada class yang sama.

Aku sangat buntu untuk memberi jawapan saat itu sebab kedua dua nya ada ciri yang aku idamkan.

Akhirnya, setelah istikharah dan dengar kata hati, aku pun memilih suamiku.

Suamiku sudah terbiasa dengan rajuk dan gila ku. Maka pada waktu itu berkecai lah harapan Mr M.

Setiap petang dia akan datang ke rumah dan merayu pada ibu bapa ku untuk memohon aku memberi ruang untuk menerima dan mengenal hati budinya.

Jujur cakap, pada ketika aku, hati aku amat tertarik dengan watak Mr M sebab gaya nya kemas dan cara jalan dia tegap dan menarik.

Suaranya besar tetapi tutur katanya berakhlak sebab setiap kali dia datang untuk review pesakit di wad, memang bukan dilakonkan.

Cuma waktu itu aku risau andai aku memilih Mr M, adakah beliau boleh terima gila2 ku yang Sir A dah hadap selama ini.

Maka aku pun memberi kata muktamad padanya supaya carilah wanita lain yang terbaik. Dengan penuh kecewa, Mr M pun akhirnya membawa diri dan berkahwin dengan wanita yang baik.

Setelah beberapa tahun berlalu, alangkah kecil dunia ini, setelah aku berpindah ke negeri lain, tidak aku jangka, Mr M posting di ward yang sama denganku.

Maka terpaksalah aku berhadapan dengan nya sehari hari. Tetapi aku tidak dapat mengungkapkan sebarang kata kata dengan dia. Dia datang ke depan, aku lari ke belakang.

Aku tak mampu kekalkan professionalism sebab the spark from previous feeling tiba2 triggered.

And aku dapat rasakan dia juga punya perasaan yang sama sebab kerap kali bila mata kami bertentang, akan berlaku suasana seperti detik masa yang beku antara kami berdua, sunyi tapi banyak kata2 dalam hati.

Aduh Ya rabbi, janganlah kau bolak balikkan iman di hati kami,

Mungkin disebabkan aku cuba elakkan untuk berhubung dengan dia. Dia juga menjadi segan denganku.

Hinggalah pada satu ketika semasa aku berseorangan attend pesakit, dia mampir mendekat dan berkata,

“Apa khabar? Tak kenal saya ke?”

Terkesima. Berpeluh dahi. Aku pulak sejenis yang kalau cuak, automatic hidung berpeluh.

Kemudian dia tertawa kecil, “hidung berpeluh. Sama macam dulu”.

Aku terus terdiam dan cepat2 selesaikan pesakit tanpa membalas nya.

Aku risau sekiranya aku mula menjawab, akan berlaku episode perbualan lagi. Dan itu memberi peluang pada syaitan. Berbalik pada suamiku.

Sir A lelaki sempurna. Tidak tergamak aku mengkhianatinya walaupun hanya sekadar lintasan ingatan rasa di hati pada Mr M.

Aku mau tanya pada pembaca. Perlukah aku berhubung dengan Mr M atas alasan proefssional, atau elakkan terus?

Adakah dengan cara professionalism mampu mendamaikan kesedihan di masa lalu, atau terus elakkan seperti sekarang?

– Kodaline (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *