Sexual Harassment

Assalamualaikum & hi korang.

Sebenarnya aku pun tak tahu luahan ni sesuai ke tak kat sini. Cuma aku nak minta pandangan dan cadangan dari pembaca semua.

Aku, seorang ibu yang bekerja, ada anak perempuan. Tahun lepas, sewaktu aku di tandas awam, aku kena intai dengan budak lelaki usia 20an. Muda lagi budak tu.

Aku kena intai, dia rekod apa aku buat dalam tandas tu. Aku buang air besar tau. Apa lah dalam fikiran budak tu. 

Pendekkan cerita, waktu budak tu buat benda terkutuk tu, aku perasan.. Check cctv, budak tu kena tangkap,

Aku buat report polis, polis dah bukak kes, dah panggil aku & saksi untuk beri keterangan, tertuduh pun dah mengaku salah.

IO aku cakap mungkin ambil masa selama 3 bulan untuk keputusan mahkamah apa semua lah. 

Dan.. Aku menanti, aku tanya IO apa perkembangan kes aku, IO cakap, masih dalam siasatan. Dan kali terakhir aku dapat info dari IO, tertuduh dilepaskan dengan jaminan polis.

Aku pun tak faham ayat tu membawa maksud apa. Bila aku tanya tanya dan tanya, hanya bagi aku bluetick sahaja.

Aku takda call ke apa. Hanya berhubung melalui whatsapp sahaja. Sehinggalah sekarang dah setahun lebih kes aku berlalu tanpa update apa apa.

Persoalan aku yang memerlukan jawapan dan pendapat semua.. Apa patut aku buat? Boleh ajar step by step. Ke step aku yang sebelum ni salah?

Salah ke aku nak tuntut keadilan untuk diri aku sendiri?

Sebab ada orang pertikai kata kes yang macam ni, kes terpencil.

Waktu aku cerita benda ni kat mak aku, mak aku cakap kesian budak tu. Baru nak mula hidup. Tapi kat aku tak kesian ke?

Suami & keluarga aku akan malu ke bila benda ni tersebar? (ini aku sangat memerlukan pendapat dari seorang lelaki)

Maafkan kalau ayat aku ada yang korang tak faham, ada short form ke apa. Waktu aku tulis ni pun, aku dah macam stress, teringat ingat, sedih nak nangis..

Walaupun benda ni dah jadi setahun lepas, jujur aku cakap, nak masuk toilet awam pun takut. Mata melilau sana sini.

Aku tak dapat bayangkan macam mana dunia ni nanti bila anak aku nak membesar kalau sekarang dalam toilet pun dah tak selamat.

Terima kasih pada yang sudi baca & beri nasihat pandangan kat aku.

– Cattleya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *