Akhirnya Ada Tindakan

Bila KPM nak ambil tindakan tegas dekat cikgu yang jadikan murid sebagai content sosial media, saya sebagai ibu rasa syukur sangat-sangat. 

Banyak sangat rungutan dan aduan daripada netizen terutamanya mak ayah yang concern pasal content sosial media yang ada kelibat murid.

Sampai bergaduh mak ayah dengan cikgu-cikgu pangkat influencer yang muat naik content sosial media dedahkan murid untuk kepentingan peribadi dan tujuan bisnes. 

Bila ada parents tegur cikgu-cikgu influencer kaitkan dengan isu keselamatan, ada yang backup cikgu-cikgu tersebut. Sini Malaysia bukan Amerika. Sini selamat, tak ada kes tembak dan culik budak. Mak ayah yang overthinking. 

Nak tunggu sampai jadi kes polis tak pun kes interpol budak kena culik bawa ke luar negara baru nak ambil tindakankah?. Baik cegah daripada sekarang. 

Kalau ditanya agensi keselamatan dan peguam-peguam syariah yang handle kes penceraian, banyak sangat kes waris bawa lari anak-anak semasa di sekolah. 

Mak datang sekolah dengan keadaan risau anak hilang, rupanya bekas suami bawa lari anak tanpa pengetahuan.

Ada yang tukarkan anak-anak ke sekolah lain atas sebab-sebab peribadi macam ni. Nakkan anak-anak selamat di tempat baru. 

Tapi cikgu pulak dedahkan secara umum dalam live dengan tak private account entah sesiapa boleh tengok.

Ambil gambar dan video murid-murid upload dalam social media masing-masing. Ada murid yang dia tak mengajar pun terselit masuk dalam tu. 

Ada cikgu-cikgu influencer yang bagi alasan dia record anak-anak murid dia je. Salah ke?. Sendiri tengok dan check baliklah content memang betul ada murid sendiri atau ada penampakkan murid lain.

Content sendiri record pun tak check sebelum upload. Dibuatnya ter rekod murid yang parents tak bagi consent, pandai-pandailah reka cerita plot twist. 

Yang bagi alasan alahhh tak jelas pun muka budak-budak tu. Satu sekolah ramai budak. Mana nak perasan.

Maybe akan perasan dan jelas bila cikgu-cikgu galak rekod masa perhimpunan dan semua murid berkumpul. Dengan jelasnya semua wajah anak murid ter rakam. 

Ada mak ayah yang tukarkan anak-anak ke sekolah kampung. Nenek dan atuk tolong jaga demi keselamatan. Datangnya cikgu influencer buat live dan video tayang muka budak seketul-ketul dengan jelasnya.

Bila ditegur dengan netizen, dibaginya alasan mengajar sekolah kampung. Sekolah kampungkan, bahaya apanya?. 

Maaflah saya tak reti nak karang ayat deep nak bagi mak ayah yang tak faham-faham kenapa ada parents yang concern sangat pasal jadikan murid sebagai content sosial media. 

Salah satu sebabnya parents concern sangat ialah isu keselamatan. Keselamatan anak-anak mereka apabila berada di ruang sekolah. Kita tak duduk ditempat mak ayah budak tu so kita tak tahu tahap bahaya dan takutnya mereka. 

Cikgu buat content pendedahan tentang masalah keluarga murid. Cikgu yang dedah pasal hal keluarga murid tu sendiri asalnya dari broken family.

Cikgu bangga canang datang dari broken family. Banggalah mak ayah cikgu settle cerai cara baik. 

Mak ayah murid tersebut belum tentu cerai secara baik dan boleh bagi kesan trauma kepada murid.

Bila dijadikan content, cikgu-cikgu lain dan orang dalam sekolah mestilah dapat agak siapakah gerangan murid tersebut. Tak mustahil, jiran-jiran murid pun dapat agak siapa. 

Apa akan terjadi dekat murid tersebut?. Ada cikgu ni fikir sebelum upload?. Confirm tak fikir.

Bila sudah viral dan kena kecam mulalah tuduh ada pihak tak puas hati dengan bisnes dia, ada niat nak jatuhkan dia. Tak boleh blah, kaitkan content cikgu-cikgu influencer lain yang kononnya up story yang sama tak kena kecam pun. 

Dalam IIUM Confessions pun kita boleh baca trauma pelajar gara-gara mulut cikgu dan perbuatan cikgu. Takkanlah setiap tahun kita nak ulang semula segala jenis trauma ini?

Sepuluh tahun akan datang tak mustahil terkeluar cerita pelajar trauma bila cikgu jadikan kisah hidupnya sebagai content sosial media. 

Melampau sungguhlah yang cari side income dengan content mengaibkan murid secara begini.

Cikgu dapat income lebat. Murid yang didedahkan tu dapat apa? Dapat trauma dan stress seumur hidup. Semua orang tahu kisah hidupnya. 

Kisah hidup murid tu nak dibanggakan kalau hendak dibandingkan macam mana cikgu tu bangga kongsi cerita cerai dan datang dari family broken? Lambat lagi nak bangga.

Malu bertingkat-tingkat murid tu nak hadap masyarakat. Pergi mana-mana orang bercakap dan bergosip. 

Bila ditanya cikgu dapat consent tak up story macam ni?. Dapat. Murid tu sendiri yang kasi.

Pleaselah cikgu-cikgu yang berakal. Tanya dekat murid belum akil baligh dan baik buruk tak reti nak beza lagi buat apa?. Parents dan waris murid tu masih ada. Dapatkan consent mereka terlebih dahulu sebelum nak up apa-apa content sekalipun. 

Makin ditegur dengan followers dan netizen makin menjadi perangainya cikgu-cikgu influencer.

Ada yang ugut lagi suruh netizen buat aduan SISPAA beramai-ramai. Tak heran pon. Gaji masih jalan. Bukan ada tindakan disiplin pun.

Paling teruk pun, kena sediakan surat tunjuk sebab dan jumpa pegawai PPD untuk bagi nasihat secara lisan. Tak jejaskan prestasi dan kenaikan pangkat. 

Sebagai seorang ibu, bila dengar dan baca jawapan-jawapan cikgu-cikgu influencer memang merisaukan. Seolah-olah tiada tindakan tegas yang diambil.

Sekarang bila dapat tahu KPM ada guidelines dan hendak ambil tindakan, memang bersyukur sangat. 

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *