Akhirnya, Yang Ada Kabel Juga Menang

Assalamualaikum wbt. Selama ni ramai orang cakap “kalau ada kabel senang dapat kerja gov”.

Well aku tak pernah percaya dengan kabel2 ni semua dulu. Sebab aku percaya, itu dah memang rezeki dia. Tapi selepas aku mengalaminya sendiri, akhirnya aku sedar. Dunia ini penuh dengan penipuan.

Aku sentiasa straight As dari UPSR sehinggalah SPM. Dapat biasiswa untuk buat degree & master. Alhamdulillah.

Sepanjang buat degree & master tu aku ada buat kerja part time untuk cari pengalaman kerja. Walaupun busy kerja part time, aku masih mampu dekan setiap semester. Alhamdulillah again.

Semua aktiviti kokurikulum aku join. Wakil itu wakil ini. Dapat banyak anugerah. Aku memang sengaja aktifkan diri sebab aku selalu dengar senior2 cakap “yang membezakan kamu dengan calon lain semasa iv kerja nanti adalah attitude & kokurikulum”.

Kalau nak cakap pasal result & kepandaian, terlalu ramai manusia pandai zaman sekarang & pandai sahaja tak cukup untuk masuk kerja.

Well, semuanya bermula selepas aku tamat master. Aku tamat master pada usia 24. Jika diikutkan aku dapat tawaran buat PhD fast track, tapi sebab aku rasa skip the journey tak begitu exciting.

So aku follow the flow saja. Ingat nak terus sambung PhD but at the end aku rasa nak try masuk dunia pekerjaan dulu. PhD buat sambil kerja pun boleh.

Aku apply semua kerja yang ada di dunia ni. Dari kerja gov sampailah kerja swasta, semua aku isi. Bila aku letak expected salary RM2K, takde satu pun iv aku dapat.

Pernah aku attend beberapa iv swasta dan aku demand gaji cuma RM 1,800. Tapi sewaktu iv interviewer siap minta nego lagi nak turunkan gaji hingga ke RM 1,300. Aku tertanya. Beginikah harga graduan master zaman sekarang?

Aku rasa hina. Resume aku useless. Akhirnya semua iv kerja yang aku pergi diisi oleh calon yang ada spm dan diploma sahaja. Ya, dan gaji mereka hanyalah RM 1,200.

Majikan seboleh mungkin mengurangkan kos dan mengerah tenaga pekerja sehingga ke tahap maksimum. Dan kita, sentiasa jadi kuli kena patuh apa sahaja arahan bos dan syarikat.

Aku tak memilih. Aku lebih berharap dengan kerja kerajaan, tapi satu pun tak pernah dipanggil.

Genap 8 tahun selepas grad, aku masih tak pernah dapat mana2 offer kecuali jawatan pegawai tadbir diplomatic. Itu pun tak pernah lulus setiap exam online setiap tahun.

Dan aku hanya attend 5 kali sahaja exam PTD, sebab tiap kali aku jawab exam aku selalu bernasib malang.. masa nak jawab exam tu lah server crack, tak boleh nak masuk jawab exam. Setiap kali itulah aku rasa down. Portal SPA tak pernah improved. Dari dulu.

Disebabkan aku jenis tak suka menganggur lebih sebulan, aku akan buat saja apa2 kerja walaupun kerja kampung.

Aku pernah kerja jadi buruh binaan buat rumah, pernah jadi cashier di warung gerai pisang goreng, pernah jadi cleaner, pernah kerja di pasaraya…. dan disebabkan aku kerja di kampung saja, setiap kali itulah aku akan di perli oleh rakan-rakan sekolah ku.

“Ehh best student zaman sekolah jual pisang goreng saja tepi jalan”. Yang mengejek aku semuanya budak-budak kelas belakang yang paling tercorot waktu exam, tapi sekarang mereka semuanya bergelar penjawat awam & ada juga di antara mereka bekerja sebagai guru.

Rezeki. Rezeki benar-benar tak mengira semua itu. Kadang tertanya juga, apa kurangnya aku.

Aku selalu check SPA & SPP, mengharapkan khabar gembira sehinggalah suatu hari… aku dapat interview!!

Alhamdulillah. Family aku sangat gembira. Ibu siap masak pulut kuning banyak2 dan beri kepada jiran-jiran dan orang kampung.

Aku bersedia dari hari pertama dapat email. Aku record video aku bercakap, evaluating myself. Jangan terlalu over confident dan jangan sesekali gugup. Everything is very smooth sehinggalah tiba hari interview.

Ada satu sesi group interview, sekali masuk 5 candidates. Aku calon terakhir kena bercakap, Alhamdulillah aku rasa Allah sangat permudahkan untuk aku. Tiba masa aku bercakap, calon lain semua khusyuk mendengar hujahanku.

Bila keluar dari bilik interview pun calon lain siap cakap “Confirm kau dapat. Hujahan kau padu teruk bro”. Aku ketika itu, masih humble. Tapi dalam hati, aku doakan semua doa mereka.

Masing2 kagum dengan aku. Aku memang debater zaman sekolah sehingga ke zaman uni. Jadi aku dah biasa dengar orang puji communication skill aku.

Kami masih keep in touch dengan calon2 lain dalam group kami. Tiba hari keputusan keluar, akhirnya dalam group kami cuma seorang yang dapat kerja tu. Dan dia adalah Fauzi. Calon paling tak perform masa interview.

Semua terkejut. Aku lagilah terkejut. Interview dia sangat hancur. Bila interviewer tanya soalan, dia terlalu terketar-ketar (panik mungkin) sehingga dia tak mampu jawab pun soalan panel.

Dan ketika itu, semua fikir dia takkan berjaya pun sebab iv dia terlalu hancur. Tapi plot twist terbaik, dia yang paling hancur iv tulah dapat kerja.

Calon lain siap buat group WhatsApp lain sebab nak persoalkan “how he can get the job? We all see how worst he was during the iv”. Semua orang pelik.

Tapi aku slow talk dengan Fauzi. Bila tanya Fauzi sendiri, dia cakap,

“Razif.. jujur aku cakap aku ingat kau yang dapat.. sebab kau terlalu hebat.. tapi panel yang iv kita haritu semua kawan ayah aku dan ayah aku dah mintak ejas bagi aku dapat.. sorry Razif.. aku pun baru tahu diorang kawan ayah aku.. sebab tbh aku memang agak aku fail iv haritu.. “.

Tak boleh salah kan Fauzi. Dia pun tak tahu ayah dia dah pasang kabel siap-siap. Dan sesiapa sahaja yang berada di tempat dia, yang sudah bertahun tak ada kerja, tak akan melepaskan peluang keemasan itu semata-mata sebab ada prinsip dan integriti.

Aku move on. Cari kerja lain. Kemudian dapat lagi 1 interview job lain under SPA. Here comes again the interview session.

Macam biasa, aku sentiasa well prepared. Aku duduk di sebelah seorang calon bernama Fauzan. Fauzan ni nampak gementar. Dia ada sembang juga dengan aku.

Pastu aku masa tu bangun dan berjalan ke ceruk bangunan dan aku nampak Fauzan di situ bersama seorang lelaki berbadan tegap dengan berblazer. Aku terdengar conversation mereka.

“Takpe jangan risau Fauzan… interview ni semua buat syarat saja… Kami memang dah pilih kamu… Jangan nervous ok..”, by the time aku dengar conversation tu, hati aku berkecamuk.

Kemudian lelaki berblazer itu keluar dari corner tersorok itu dan masuk ke bilik interview. Rupa-rupanya dia adalah ketua panel interview kami!

Aku tetap perform macam biasa masa iv dan dipendekkan cerita, beberapa bulan lepas tu, memang Fauzan antara yang dapat job tu.

2 tahun lepas, aku apply kerja kerani yang cuma memerlukan SPM sahaja. Aku apply dan dalam resume aku buang semua degree & master aku. Hanya result SPM & pengalaman kerja saja yang aku highlight.

Tup-tup kawan sekolah aku yang paling kelas belakang, paling tercorot dalam exam, paling nakal kat sekolah, paling teruk result SPM, dia yang dapat. Dia ada SPM sahaja dan SPM dia banyak D. Satu pun tak ada A.

Aku risik dengan dia, tanya camne senang sangat dia dapat kerja tu. Dia bagitau aku “Sekarang zaman kabel bro.. kau pandai macam Einstein pun kalau takde kabel susah bro”.

Aku rasa terpukul. Aku give up. Aku kalah dengan orang yang ada kabel. Dan begitu lah dunia berputar, yang ada kuasa, kaya, mereka akan terus maju ke hadapan. Manakala orang yang naif seperti aku, berprinsip tetap tidak akan ke mana.

Akhirnya prinsip aku tu tak membawa apa-apa keuntungan pun untuk aku. Aku demotivated, down, kecewa, marah.

For the first time aku rasa nak keluar dari Malaysia dan kerja overseas. Tapi hakikatnya isu kabel isu worldwide. Even di overseas pun ada isu ni.

Di mana-mana sahaja ada salah guna kuasa, ketidaktelusan… kita tak boleh ubah sistem dan dunia. Orang yang berpengaruh, mereka akan sentiasa take for granted for their own sake first.

Hari ini, aku tekad. Aku nak jadi orang yang berpengaruh. Aku nak ada kuasa. Supaya aku boleh ubah semuanya. Aku mahukan dunia yang jujur, adil & telus. Tiada kroni, tiada kabel, hanya yang betul2 terbaik dapat kerja.

Doakan misi aku untuk jadi perdana menteri Malaysia. Demi mengejar misi itu, aku perlu menjadi kuli kepada orang ternama terlebih dahulu. Masih jauh perjalanan aku. Mungkin makan masa 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun atau 50 tahun, aku akan sabar.

Masuk ke dalam dunia politik ni ibarat seperti masuk ke lubang najis. Banyak sangat kekotoran dan bau busuk. Doakan aku mampu membersihkan lubang najis ini.

– Razif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit