Aku adalah barang – https://iiumc.com/forumv2/
Salam,
Pukul 11.12pm, aku di bilik aku sedang mengenangi dan memikir kan tentang diri aku. Diri aku yang kadang2 aku fikir orang selalu ambil kesempatan atas kebaikan diri aku sendiri. Kadang2 terasa diri ini seperti barang yg bila sudah digunakan, dibiarkan begitu saja. Hanya di pakai apabila perlu. Bila tidak di pakai, di jenguk pun tidak, apatah lagi di sentuh dan di tanya kabar.
Aku merupakan bekas pelajar UIA dan sudah bekerja sekarang. Sejak dari zaman belajar, orang memandang aku hanya sebagai tempat untuk di gunakan kerana aku mempunyai kereta sendiri. Aku juga hanyalah tempat untuk kawan2 mengadu masalah dan kesedihan. Aku gembira jika dapat membantu kawan2 aku. Tapi selepas itu, mereka terus senyap menyepi. Ada kala nya whatsapp aku di block oleh kawan yang selalu datang minta nasihat pada aku. Atas alasan apa? Atas alasan boyfriend suruh block. Block seorang teman yg terlalu care kepada kawan2 sendiri. Kawan2 sering juga meminjam kereta aku. Aku tak pernah minta isi minyak walau sekali pun kerana aku ada duit yg cukup untuk isi minyak. Bila aku memerlukan pertolongan mereka, masing2 bagi alasan. Busy la,tak larat la, dan macam2. Aku redha. Kadang kala aku terasa bodoh kerana di tipu kawan sendiri. Aku masih ingat sewaktu di UIA, aku di ajak oleh seorang teman untuk makan di luar bersama. Aku gembira kerana aku fikir ade orang yg ingin lepak bersama aku. Tapi itu hanyalah trick semata2. Rupanya dia hanya mahu aku bawa nya ke mall untuk beli belah selepas makan. Hanya untuk kepentingan diri sendiri. Berjam2 membeli belah dan kami pulang, terima kasih pun tidak di ucap kan. Begitu bodoh diri aku ini.
Masa berlalu dan kini aku bekerja, di tempat kerja juga sama seperti di UIA dulu. Digunakan. Di ambil kesempatan. Aku tidak faham dengan rakan sekerja aku. Aku tolong dia dengan banyak, bukan mahu berkira tapi ini realiti. Tapi kenapa layanan kepada aku sangat kasar dan berbeza dengan orang lain. Kenapa boleh layan orang yg tak pernah tolong, dengan begitu baik dan sopan. Kenapa sampai perlu berkasar dan tidak sopan pada aku. Kawan dia sakit, dia risau bukan main kepalang. Risau yg menunjukkan dia terlalu care pada kawannya sampai nada suara bergetar2 hampir nangis. Aku sakit, engkau buat tak tahu, engkau tidak tanya khabar, tidak jenguk aku. Aku keseorangan di katil menahan sakit migraine aku. Di mana mu teman? Apakah aku tidak cukup menolong mu? Apa beza aku dengan teman mu itu? Cara kau memandang orang lain, sangat berbeza apabila kau memandang aku. Kau memandang aku dengan penuh menjengkel kan. Seperti aku ini terlalu annoying.Padahal kau selalu datang pada ku untuk minta tolong. Ya kau layan aku dengan baik sebelum meminta tolong. Selepas itu?Kau masih layan aku dengan baik?Tidak.
Aku memang suka menolong orang.Kerana aku penuh dengan belas kasihan.Tapi cukup sampai sini. Aku bukan barang. Aku fikir, tidak salah untuk aku jadi selfish. Asal kan aku tidak sakit hati. Teman2 ku tidak kisah pada aku walau sedikit pun.Apa guna untuk aku menolong mereka.Cukup sampai sini teman2.Cukup…
– Mr.Oblivion