Aku Anak Bongsu

Aku anak bongsu. Ditinggalkan ayah ketika berumur 3 tahun setengah. Since then, tinggal dengan mak aku bersama 8 adik beradik yg lain. Dari darjah 5 lagi aku minta dengan mak untuk tinggal dirumah anak yatim tapi form 2 baru dapat. Bukan sebab family aku miskin sangat ke apa, tapi aku tak nak susahkan mak. Since ,kalau aku tinggal sana, mak tak payah pening pikir pasal persekolahan aku dah. Semua ditanggung.

Disana aku belajar macam biasa walaupun dengan jadual yg sangat ketat macam hapa. Dan aku dapat seperti usaha aku. Aku cuba bertahan walaupun kena fitnah, ramai yang dengki dan warden start boikot aku sebab percaya kepada anasir2 tu even dia kenal aku macam mana. Form 5 aku keluar sebab rasa tak mampu nak belajar dengan jadual rumah anak yatim yg sibuk, orang selalu datang melawat, ada program malam hari sekolah, klu hujung minggu dari pagi ke petang. Cannot cope the situation, i quit.

Tapi aku masih rasa tak nak menyusahkan mak aku. Duit yang aku kumpul sejak sekolah rendah(kwamp), duit bantuan sekolah agama rm 200 setahun yg jarang-jarang aku dapat, duit mara bagi sebab dapt 9A pmr dan duit anugerah lain semua aku guna untuk bayar tusyen intensif spm yg sebulan rm400 time cuti sekolah. yuran bulanan pon guna duit tu juga. Lepas spm, mak tak bagi ambil lesen kereta moto, tapi aku berkeras nak ambil sebab suatu hari aku akn perlukanya. Jadi aku cakap dekat mak, aku akan bayar sendiri.

Masuk asasi, abang aku yg tolong beli barang. Mak aku just bayar yuran masuk je. Tiket bas pegi balik, letrik, kolej dan buku semua aku guna duit sendiri dan elaun. Cukup tau. First pegi sana abang aku hantar, habis asasi aku punggah barang sorang2 balik ke rumah dengan bas(8 jam perjalanan). Mak aku tak pernah hantar ke ambil sebab dia mabuk kenderaan.

Degree, aku dapat unimas. Kali ni abang aku juga yg hantar. Tiket pegi dan sekali balik dia bayar. Then lepas tu aku bayar sendiri. Mahal tau harga tiket dia. Sekali balik(Sahaja) akan habis dekat 300 sekali fetching.So aku hanya balik lepas habis sem. Semua kos dan perbelanjaan disana hanya menggunakan PTPTN SAHAJA. PTPTN. Aku balik ke apa, kalau mak bagi duit, aku akan ambil sikit je. Kalu dia bagi rm 100, aku ambil rm50. So aku heran sangat kalau student lain asyik cakap tak cukup duit dan asyik mintak dgn parents. Kau telan duit ke apa? Please.. even family kau orang senang, cubalah berdikari sebab lepas kau graduate dan tak dapat kerja, cane kau nak hidup kalau asyik bergantung pada dorang?

Sejak kecil, kalau aku nak beli pape , nak keluar ke, beli baju, makan sedap, aku guna duit sendiri. Benda asas cam cam duit sekolah dan makanan harian je mak aku tanggung.

Kesimpulanya, bukan semua anak bongsu manja, suka minta bukan2 dengan parents, pemalas dan tak berguna. Ramai yg anggap macam tu, but dont be prejudice and stereotype. Tolong jangan pandang rendah dan anggap kami lemah. Setiap orang ada kekuatan masing2

– anak bongsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Mula² dah syiok aku baca. Tapi bila kau tanya yg org asyik tak cukup duit ni ‘telan duit’ ke, terus aku nyampah nak baca. Aku dah pernah lalui lah. Kejadah apa ntah 50 tu ckup. Serious aku bkn nk merungut, tp 50 tu tersgt kecil nilai. Kdg2 syg nk pecahkan 50 sekeping sbb nti lps tu kompem tak nmpk apa yg dibeli pdahal dh abis berjimat dah. Hmm takpe lah. Dah rezeki kau 50 boleh tahan berzaman. Aku 50 sekali jln mcm air. Huhuu

  2. Sebab tu allah cakap rezeki masing2..ada yang gaji 5K tapi hujung bulan habis tak cukup dia pun xtau duit tu pegi mane..kadang2 gaji 5K tapi kene bayar macam2 contoh bulan tu kereta rosak or kemalangan kene keluar duit,one of family sakit kene bayar bill hospital and so on…tapi ada yang gaji 2K tapi sentiasa cukup bila hujung bulan still ada baki..kenapa jadi macam tu sebab dia bersyukur dengan rezeki yang dia dapat dan dia percaya pada rezeki allah bagi pada dia insyallah cukup…kalau kita dapat duit sikit kita merugut tak cukup nampak sangat kita tak bersyukur so mmng duit tu akan habis lah.lagi 1 kalau nak rezeki tu murah time kita sesak nie lah kita kene rajin bersedekah bukan time kita banyak duit.insyallah allah akan lipat ganda rezeki kita dalam pelbagai cara.bila bersedekah tu niat tu kene ikhlas and berdoa mohon allah permudahkan rezeki kita,rezeki keluarga kita dan rezeki seluruh umat islam. kawan2 saya dah saya sudah practiskan amalan ni dan alhamdulilah bila takde duit and masa betul2 kita perlukan ada je duit datang dalam pelbagai cara..contoh saya pakai seluar yg dah lame x pakai tiba2 dalm poket ada rm40, saya xde duit isi minyak tetibe jumpa rm20 dlm seat kusyen keta and macam2 lagi..dia bukan buat kita kaya tapi insyallah bila kita perlu je mesti ada cukup2 untuk bantu situasi kita hari tu and dia berterusan..janji kita percaya dengan janji2 allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *