Aku anak org kaya

Salam semua..

Aku anak org kaya. Dan cucu org kaya(atuk dan nenek aku kaya jugak). X, bukan aku nak berlagak, aku hanya nak citer kisah hidup aku je. Dari kecik aku ada maid. Dari kecik lagi, sejak umur setahun lebih aku dah ada maid. Jadi ye, mmg aku tak biasa buat keje rumah. Tapi janganlah salahkan mak ayah aku. Ayah aku bagi mak aku maid sebab nak mak aku senang, takyah penat2, lakikan, kalau dah mampu mestilah bagi isteri maid.(lain org lain preference, silalah paham)

Aku dah kawin, tinggal dgn mertua. Takdelah tak pandai sangat buat keje, baju pon aku basuh sendiri, masak pun banyak lauk aku blh masak, jadi walau ada maid dari kecik, still aku boleh je buat keje rumah. Tapi…… Aku buat keje rumah lembab, taklah laju, kalau aku buat keje sorang2 aku ok je, tapi taktau kenapa depan mak mertua aku buat keje clumsy sangat. Tumpah kadang2..

Mak mertua aku cerewet jugak kadang2, hatinya baik, tapi dia kuat jugak mengomen. Kdg die tgk aku buat keje nampaklah kat muke die mcm erkkkk je. Lembab, buat semua benda slow. Bg aku, tak slow dah aku buat tu, mak mertua aku je mmg jenis laju. Penah tu aku alter masakan die, sampai jd x masin dah, dia macam tak puas hati sbb tak sama macam dia masak.

Penah ade org komen aku, air pon tak reti masak(tak tau air masak tu bila dah mendidih, apa ke bodo sangat aku ni pon aku taktaula hahhaha, sebenarnya aku tau tapi aku macam blur masa tu huhu) Mak aku dgr.. Yer, malu aku rasa masa tu, bukan semua benda aku tak reti langsung buat.. Janganlah hina aku, sabarlah dgn aku, aku dh 20 tahun ada maid.. Tak mintak dilahirkan untuk ada maid sampai jadi tak reti nak buat keje laju2..

Citer kat suami pun, suami kata mmg memalukan pun. Mcm tu pun taktau, agak teruklah aku rasa. Tu buat aku rasa lagi teruk(aku mmg sensitif sket). Btw aku cite ni banyak lagi yg dah jadi sebelum2 ni tapi takpela aku simpan je dulu.

Ada pepatah kata, kalau kita ambil isteri kita dari istana, lepas kawin sepatutnya macam tulah kita bagi layanan kat dias(sekufu). Tapi, aku serius tak kesah pun tu. Yg aku nak cuma org paham. Aku mencuba.. Aku mencuba kot. Keje2 rumah ni memang penat.. Lagi2 tambah bila aku jaga anak jugak. Aku tak biasa bila takde maid. Ye aku tau aku salah, tapi aku mencuba. Bila aku penat cubalah paham aku.. Org lain yg biasa buat keje rumah boleh cakap penat. Tapi kenapa aku tak boleh? Sebab org yg penah ada maid mmg buat keje sket dah mengada2 penat yeh? Sebab org yg tak penah ada maid tu layak penat, sbb dorang tak penah ada maid, dah biasa buat keje sendiri, so dorang tau level penat tertinggi setakat mana yeh. Gitu ke? Oklah.. Lega dah luah.. Maaf tersilap dan salah kata.. Salam semua

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit