Aku bagaikan air musta'mal
Baru-baru ini lecturer sy ada share status mengenai seorang perempuan yg pernah bercouple, dia adalah air musta'mal, bukan air yg suci, hanya digunakan untuk mencuci najis dan apa-apa yang menjijikkan. Itu baru couple. Bagaimana yang telah berzina, yg telah mengandung anak luar nikah. Air musta'mal ini juga dikatakan tidak boleh disucikan lagi. Maka tidak layak lah diguna seperti penggunaan air suci.
Nampak tak disini yang sebenarnya orang macam sy ini tidak layak untuk orang yang baik-baik atau elok agamanya. Macam ramai lelaki yang 'suci' lagi tu, yg menjaga agama, nafsunya, tubuh badan nya dari ditakluki, berhak mendapat yang suci juga. Maka golongan yg mcm sy, pernah terlanjur, adalah jijik bagi sesetengah orang.
Sy seperti ramai perempuan lain yg ada famili tidak menitikberatkan agama. Salah kami kah? Tidak didik dengan agama, terpengaruh dengan rakan dan akhirnya tergoda dgn hasutan nafsu dan godaan syaitan hingga tergadai maruah. Bagi sy, sy akui sy silap, keluar airmata darah pun takkan dapat kembalikan 'suci' itu. Namun sy gagahi diri ini utk tidak lagi tergoda. Bagi yang terdidik dalam famili yang beragama, hubungan antara lelaki dan perempuan yg cukup terjaga, nafsu kau tewaskan, tahniah. Namun ingatlah, dugaan datang dalam pelbagai cara. Jangan dihina sy dan rakan2 yang pernah terpesong. Sehina-hina kami, kami kuatkan diri untuk mencari sinar keredhaan-Nya.
Sy juga pernah dihina dek lelaki yang berkelulusan tinggi dalam bidang agama. Hanya kerana kesilapan sy dahulu. Benarlah kata orang, sy diduga dgn nafsu, kini si dia diduga dengan ilmu agamanya. Sy tak sedih, sy tahu sy ni jijik sekali dipandang lelaki yang suci. Sy kini tidak lagi mengejar cinta seorang lelaki. Kerana walau sehebat mana pun ilmu agama lelaki itu, walau sy harap dia dapat bimbing sy ke jalan Allah, tapi akhirnya kerana kisah silam ku, dia herdik dan hina diri ini. Maka, biarlah hati ini mencari cinta Illahi. Andai kata hingga kehujung nyawa sy masih tidak bertemu jodoh, tak mengapalah, biarlah Rasulullah menjadi kekasihku, Allah menjadi cinta sejatiku terulung.
Ramai yang tertewas dengan nafsu, tapi jangan dihina mereka. Seharusnya memberi dorongan untuk kembali kepada Allah. Jangan rasa takbur dengan 'sucinya' diri tu, andai suatu hari Allah mendugamu, nescaya kau akan jatuh tersungkur jatuh lebih dalam berbanding kami.
– Aku lah air itu