Aku Bekas Penghuni Tirai Besi III

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-bekas-penghuni-tirai-besi/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-bekas-penghuni-tirai-besi-ii/).

Hai, assalamualaikum. Miss me? Anyway, aku nie adalah aku didalam cerita Aku Bekas Penghuni Tirai Besi part 1 dan part 2.

Kali nie aku nak sambung cerita aku yang tergantung di part 2. Minta maaf sebab part 2 macam tergantung ceritanya. Maklumla puasa. Otak kadang-kadang tak berfungsi. Hehe.

Sebelum tu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang like, yang share dan juga yang komen cerita aku nie kat page IIUM Confession tu. Tak sangka ada juga yang suka cerita nie.

Banyak yang bertanya macam-macam soalan. Tapi soalan tu akan aku jawab bila semua cerita aku nie dah selesai.

Okaylah. Kat mana kita tadi? Ooo, last di part 2 cerita macam tergantung kan. Nie aku sambung cerita pasal puasa di ‘tirai besi’.

Tahun 2023 menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya dan mudah mudahan buat yang terakhir bagi aku menyambut puasa di dalam ‘tirai besi’.

Sungguh, aku sungguh terasa bila mengenangkan perasaan dan suasana ketika menyambut Ramadan disana. Bagi yang tidak tahu, suasana puasa adalah seperti biasa cuma aku terkurung bersama-sama tahanan yang lain.

Waktu sahur adalah pada waktu malam sebelum jam 12.00 malam. Jadi nak tak nak terpaksalah kami semua bersahur ketika itu. Bagi yang tak tahan berpuasa, pandai-pandailah mereka puasa ‘yang yok’.

Di blok Berkat, kalau ada yang tak puasa dan ditangkap oleh pegawai, adalah lah hukumannya. Kena lah terima yer. Aku sememangnya jenis yang kurang makan boleh jer bertahan. Kena bersabar la.

Menu sahur adalah menu biasa yang disajikan ketika hari biasa (nasi+sayur+ikan atau ayam).

Hari pertama berpuasa, aku dah join geng tadarus blok Berkat. Walaupun aku pernah khatam al-Quran ketika zaman sekolah rendah, tapi rasa kekok dan gugup tetap ada. Yelah, otak dan lidah dah lama tak baca al-Quran semua jadi beku dan kelu.

Tetapi, aku teruskan dan lama kelamaan aku jadi lancar membaca sehingga lah aku dah bebas nie. Itula kerja aku ketika berpuasa disana. Waktu tadarus dikhususkan pada waktu pagi sehinggalah tengahari.

Waktu berbuka, juadah diagihkan pada pukul 6 ke 6.30 petang. Nak pergi bazar? Nak murtabak, nak air katira? Semua tu hanya dalam mimpi di siang hari.

Kadang-kadang teringat bazar Ramadan di kawasan rumah. Petang-petang mesti nak pergi bazar nak beli juadah berbuka yang pelbagai warna dan rasa.

Di ‘tirai besi’, hanya satu rasa sahaja. Tawar. Kenalah telan tuk alas perut. Nanti kalau tak makan, kosong pula perut. Dah jadi satu hal pula.

Menu berbuka diupgrade sedikit. Menu istimewa sepanjang bulan puasa adalah ikan keli goreng. Tu pun dah kira mewah juga la tu. Hari-hari ikan keli goreng sampai naik jemu la. Nak buat macam mana, kita hadap la semua nie.

Solat Tarawikh pula hanya dilakukan didalam bilik sahaja memandangkan pintu dikunci dan akan dibuka pada keesokkan hari. Tapi nak buat macam mana, ruang adalah terhad. Nak tidur pun berhimpit. Jadi kami semua hanya melakukan yang wajib sahaja di dalam bilik.

Memang Tarawikh tu sunat yang dituntut sebab hanya ada di bulan Ramadan sahaja, tapi kenalah mengikut keadaan semasa. Harap anda semua paham la yer.

Didalam bilik, tanpa tv dan radio, hanya al-Quran sahaja yang menjadi peneman. Setiap jam 4 atau 4.30 pagi, aku mesti bangun. Bukan nak buat tahajjud tapi nak baca al-Quran.

Ketika itu, dengan suasana sunyi pagi hari ditambah dengan keadaan bilik yang suram (lampu bilik tiada, hanya harapkan lampu koridor saja), aku duduk berteleku membaca al-quran. Sebak. Terharu. Semua rasa datang ketika itu.

Aku cuba muhasabah diri. Cuba analisis diri apa yang kurang dekat diri nie. Kadang air mata nie mengalir sendiri tanpa dipaksa. Betapa banyak dosa yang aku dah lakukan sehingga aku berada di ‘tirai besi’ nie. Aku cuba bertenang dan apa yang berlaku nie ada hikmah di penghujungnya.

Pertengahan bulan puasa, aku dan beberapa orang yang lain tercalon tuk berpindah ke blok yang lain. Hampir 200 orang (campur dengan wing kiri dan wing kanan) berpindah blok kerana sudah cukup tempoh matang. Blok Cahaya, blok yang ke arah pendidikan.

Seperti Berkat, Cahaya masih ada 3 wing, kanan, tengah dan kiri. Pada kali nie, aku ditempatkan di blok kiri iaitu Halaqah. Seperti namanya, Halaqah, wing nie hanya dikhaskan tuk tahanan yang beragama Islam dan mualaf sahaja.

Manakala wing tengah dan kanan (PB dan TC), dibolehkan tuk campur agama (Islam + Budha + Kristian + lain-lain).

Bilik aku, mempunyai 8 katil bertingkat (double decker) dan 2 bilik air serta tempat untuk mencuci pakaian. Bagi aku, tu semua sudah mewah walaupun sebenarnya serba serbi kekurangan.

Walaupun pada mulanya aku tidur dibawah berlantaikan simen yang dihamparkan selimut, tetapi lama kelamaan aku ditawarkan untuk tidur diatas katil. Ini semua sebab senior bilik ada yang telah dibebaskan ataupun berpindah blok yang lain.

Katil double decker pula bukannya seperti katil dirumah yang ada tilam empuk. Hanya ada sekeping papan besi menjadi pengalas tidur. Mujur ada member bilik yang bagi pinjam tilam (tilam yoga). Merasalah tilam walaupun nipis ya amat.

Di blok Cahaya, setiap pagi selepas sarapan akan diadakan solat sunat Dhuha dan solat sunat Taubat. Pada hari Jumaat pula diadakan bacaan Yaasin dan doa selamat.

Pada sebelah petang pula, kami semua diberikan waktu untuk beriadah. Tak kira la samada nak main sepak takraw ke, nak jogging ke, nak tidur ke itu semua terserah.

Di Halaqah, kami diajar dan dibudayakan dengan ajaran agama. Walaupun hanya basic, tapi tu semua sudah mencukupi tuk kami yang kadang-kadang alpa dengan urusan dunia.

Ceramah agama, majlis bacaan Yaasin, tadarus a-Quran (ketika Ramadan), Maulidur Rasul dan sebagainya yang menjuruskan agama dilakukan di Halaqah.

Aku bersyukur walaupun tidak seperti institusi agama yang lain, banyak perkara yang aku tidak tahu dapat dipelajari disini. Bagi mereka yang hukuman lama, ada sekolah Tahfiz ditawarkan tuk mereka.

Aku pada mulanya ingin memasuki sekolah tersebut, tetapi dikhabarkan hanya mengambil mereka yang hukuman lama sahaja. Tidak mengapa, yang ada sekarang ini pun sudah mencukupi.

Suasana Ramadan disini juga tidak jauh berbeza dengan blok Berkat. Cuma disini, pintu bilik kami hanya dibuka pada waktu pagi dan hanya ditutup sebelum Maghrib setiap hari.

Kami juga dibolehkan untuk melawat bilik-bilik tahanan yang lain tetapi hendaklah mengikut peraturan yang sedia ada.

Muster dan aktiviti kerohanian dijalankan di foyer wing. Masih lagi dalam bulan Ramadan, menu berbuka dan sahur masih sama lagi. Tidak mengapa. Aku sudah boleh membiasakan diri.

Nasib baik, aku ditawarkan bekerja di wing sebagai AJK yang mengawal keluar masuk tahanan. Walaupun gaji yang diterima tidak seberapa, tetapi ianya sudah cukup menggembirakan hati aku. Tidak la aku bosan memandang dinding bilik setiap hari.

Ini juga memberikan aku lesen tuk pergi bilik ke bilik jika ada tugasan yang perlu diselesaikan. Rutin harian aku masih lagi bermula jam 4 atau 4.30 pagi.

Al-Quran menjadi teman aku sehingga aku boleh khatam sebanyak 5 kali di sini. Itu satu pencapaian yang amat membanggakan bagi diri aku. Ini membuktikan satu-satu kerja tu boleh di laksanakan dengan bersungguh sungguh. Dan hasilnya amat manis sekali.

Walaupun tiada majlis khatam al-Quran (teringin pulut kuning dengan rendang ayam), tapi aku tetap bersyukur.

1 Syawal pun menjelma. Malam raya, satu blok bergema dengan takbir raya. Satu suasana yang aku takkkan dapat dimana mana. Rasa sebak, terharu, sedih semua kunjung tiba didalam hati. Walaupun keluarga jauh dari mata, tapi mereka masih ada lagi didalam ingatan.

Baju raya? Ada tapi kat rumah masing-masing. Tema baju raya aku tahun tu adalah warna merah. Yela, baju yang aku dapat kan warna merah. Satu Halaqah tema warna yang sama. Kami semua dah macam boria dipagi raya.

Time muster, tuk raya pertama, dibolehkan tuk bertakbir bersama sama. Walaupun sedih, tetapi aku rasa seronok dikelilinggi oleh mereka yang sama-sama merasa menyambut raya di ‘tirai besi’.

Menu raya, nasi impit dan kuah kacang tuk sarapan (tetap tiada rasa) dan nasi minyak tuk makan tengahhari (menu istimewa raya) di agihkan kepada kami. Dapatla rasa ‘mood’ raya tu. Aktiviti raya adalah sama seperti aktiviti harian. Tiada yang ‘special’ pun.

Nak ‘collect’ duit raya? Tunggu jer la tahun depan. Itupun kalau dapat. Raya kedua, kami semua dibenarkan tuk menghubungi keluarga tercinta. Dapatla mengubat rindu walau hanya seketika.

Selepas musim raya, kami semua menjalani rutin harian seperti biasa. Hanya menunggu tarikh bebas sahaja.

Untuk makluman, hukuman yang aku jalani juga mensabitkan aku tuk menjalani hukuman rotan.

Ketika di mahkamah dahulu, ketika aku diberitakan akan menjalani hukuman rotan, terbayang perasaan dan cara hukuman tu akan dijalankan. Mula lah aku dimomokan dengan berbagai cerita mengenai rotan.

Di bilik aku, ada beberapa orang yang pernah kena rotan. Masing-masing bercerita mengenai rotan. Ada yang sakit, ada yang tak sakit. Aku hanya ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

Tiba hari tersebut, aku masih ingat, 25 Mei 2023, aku menjalani hukuman rotan. Walaupun hanya satu kali sahaja, tetapi ianya menjadi memori yang takkan aku lupakan.

Pernah tengok demonstasi rotan yang kat muzium penjara Melaka tak? Haaa macam tu la keadaan dan suasana yang aku hadapi ketika menjalani hukuman rotan.

Bayangkan mereka yang kena 10 atau lebih hukuman rotan. Ada yang sampai pengsan. Ada yang sampai bernanah punggung. Ada yang berlubang daging punggungnya. Ngeri dan sadis. Jadi, anda semua nak kena rotan? Kalau nak, marilah masuk ‘tirai besi’.

Mesti ada yang tanya, keluarga aku tak datang melawat ke? Semestinya keluarga aku datang cuma ketika aku berada di Ledang, keluarga aku tidak dibenarkan melawat. Ketika berada di Kg Gajah barulah mereka datang melawat. Itupun hanya sebulan sekali dan tidak semua yang datang.

Hanya 5 pelawat sahaja yang dibenarkan masuk. Yang lain kenalah bergilir. Aku bersyukur kerana masih ada lagi keluarga datang melawat. Semestinya air mata ini tumpah jika mereka datang.

Keluarga aku akan datang setiap bulan dan mereka akan membeli barangan keperluan seperti tuala, sabun, ubat gigi, makanan ringan dan sebagainya untuk aku. Maklumla, mana ada kedai kat kawasan blok.

Mereka juga ada membelikan kad telefon untuk aku gunakan ketika hujung minggu. Dapatla aku mengubat rindu terhadap mereka walaupun di dalam telefon sahaja.

Ketika hari lawatan, kami semua dibenarkan bersua muka secara berhadapan tetapi dihalangi dengan sekeping plastic kaca. Hanya telefon yang ada di situ sahaja yang dibolehkan untuk digunakan. Macam drama Rindu Kasih tu.

Bayangkan selama setahun aku hanya boleh berkomunikasi hanya melalui media seperti itu. Perit rasanya. Perit.

Selepas hukuman rotan dijalankan, aku masih lagi bekerja di wing dan masih lagi berada disitu sehinggalah aku bebas.

Setiap hari aku menyaksikan ada tahanan yang bebas membuat aku rasa tidak sabar menunggu hari pembebasan aku nanti. Hati bagai dipaut-paut kerinduaan.

Di Halaqah inilah aku pelajari ‘term-term’ baru. PBSL, PAROL, POCA dan sebagainya aku pelajari disini (kalau nak tau apa maksudnya, silalah google sendiri yer).

Makin hari, hubungan aku dengan tahanan yang lain menjadi semakin akrab. Semuanya umpama keluarga sendiri dan kawan-kawan.

Mereka la juga yang membantu aku jika berada didalam kesusahan. Walaupun masing-masing dari usia dan latar belakang yang berlainan, tetapi semangat kekeluargaan tu tetap utuh.

Sehingga hari ini, setelah aku bebas, aku masih lagi berhubung dengan mereka, bertanya khabar berita dan sebagainya. Aku tak nak hanya kerana satu kekhilafan menjadi asbab tuk merenggangkan silaturahim. Sehinggalah pada 4 Januari 2024, aku dibebaskan.

Sebetulnya tarikh aku dibebaskan adalah pada 6 Januari tetapi diawalkan kerana tarikh itu jatuh pada hari Sabtu (Jumaat, Sabtu dan hari kelepasan tiada pergerakkan keluar masuk untuk mereka yang ditahan). Syukur alhamdulillah aku dibebaskan awal 2 hari.

Sesungguhnya aku rasa seperti seekor burung yang boleh terbang bebas di udara ketika itu. Bebas dari sangkar ‘tirai besi’. Tetapi aku juga rindu dengan suasana di dalam ‘tirai besi’ itu.

Rindu dengan gelagat dan perangai mereka yang ditahan. Rindu dengan segala jenis perintah dan arahan yang dikeluarkan. Tapi aku harus akur untuk teruskan hidup. Banyak lagi benda yang kita boleh buat diluar sana dari terkurung di dalam ‘tirai besi’.

Sesungguhnya pengalaman di dalam tidak akan didapati dimana mana. Banyak lagi cerita yang aku nak ceritakan tapi biarlah ianya menjadi kenangan dan pedoman untuk aku sendiri. Cukuplah hanya secebis sahaja pengalaman aku untuk dikongsikan kepada anda semua.

Sesiapa yang ada nak bertanya, dipersilakan. Aku menerima semua jenis komen dan soalan.

Akhir kata, kalau ada masa lagi, aku akan cuba jawab semua soalan yang diajukan. Maybe di part 4 atau 5? Anda yang tentukan. Banyak soalan yang aku terima pada part 1 dan part 2 nie. Tunggu yer.

Terima kasih semua. Jumpa lagi guys. Assalamualaikum.

AKU BEKAS PENGHUNI TIRAI BESI

– Akira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. saya pernah melawat ex husband dekat penjara sg buloh. mintak tolong kawan yg ada bawak kan saya dgn anak yg umur 3 tahun masa tu. bertiga naik moto. bila sampai and lalui proses nak masuk jumpa, ex husband langsung tak pernah tanya saya dgn anak cukup ke duit, cukup ke nak makan, susah ke hidup tak ada dia. setiap kali cuma mintak duit dia nak makan. saya harap Akira jgn masuk semula ya penjara. Stay strong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *