Hai semua. Aku Melur, 30an, dah berkahwin & ada 3 orang anak perempuan.
Dalam dua minggu lagi nak raya & aku tak tau macam mana nak explain betapa aku tak nak balik beraya.
Sebenarnya begitulah perasaan aku setiap tahun, tapi kali ni rasa tu terlalu kuat yang aku tak mampu nak kawal.
Dari aku kecik memang aku takde perasaan suka nak raya, biasa2 je. Mungkin sebab masa kecik aku orang susah, banyak kenangan sedih dari yang indah pasal raya ni.
Bila dah besar, dah sedikit mampu, aku dah tak boleh ubah rasa tu, masa bujang aku balik juga setiap tahun, sebab nak gembirakan mak ayah aku, tolong dorang masak, layan tetamu etc. Walaupun aku tak suka, aku fake je.
Aku jenis tak boleh suasana ramai2, aku jadi serabut. Aku jenis kenapa kena sambut raya ni berhari2, cukuplah rai sekadarnya 1 syawal tu. Nak fikir biskut raya bagai, langsir, juadah. Herm jenis aku ni, pagi raya makan nasi goreng pun takde hal.
Lepas aku kahwin, things more complicated. Aku ingat aku boleh blend dengan family suami aku, aku try untuk mix family besar dia, cara keluarga dia yang lagi lah kalau raya, pagi petang siang malam fikir juadah, ketupat pun anyam sendiri.
Selama ni walaupun aku tak suka, aku boleh je jadi fake, so aku yakin aku boleh teruskan fake aku dalam keluarga mertua aku. Tapi lama2 jiwa aku rasa mati & sakit. Lagi2 bila parents aku dua2 dah takde, every time raya memang akan balik rumah mertua.
Aku tak mampu nak fake sebab aku takde time untuk ‘rehat’ dari jadi fake. At least dulu ada lah masa aku balik rumah parents aku, ada ruang kejap untuk aku bertenang.
Rumah mertua aku ni, tetamu kunjung tak putus, time takde tetamu, dorang akan terus ready nak beraya rumah sedara mara pulak. Aku takleh dah sebab non stop. Aku mentally & physically exhausted. Aku tak boleh nak catch up. Aku tak taulah macam mana nak explain.
Tapi event raya ni dah macam jadi trauma besar kat aku. Kemuncak nya bila aku dibandingkan pulak dengan ipar duai lain. Dorang pandai buat kek, biskut aku memang tak pandai.
Bukan tak nak belajar resipi pun zaman sekarang ni semua di hujung jari, tapi aku sendiri struggle dengan diri aku. Aku nak makan pun kena paksa diri, aku just survive for tomorrow je, apatah lagi nak masak benda yang less priority pada amuku.
Tapi aku tak pernah la duk berkurung kat bilik kalau balik kg tu. Memang setiap masa aku tolong apa patut. Basuh pinggan, prepare bahan2, kemas lepas tetamu balik memang penatlah. Tapi tak cukup di mata mereka.
Setiap tahun, aku gagahkan juga sebab of course la suami & anak2 aku sangat ternanti2 nak balik kampung beraya. Aku memang tak dapat explain benda ni kat suami aku, dia jadi boleh salah faham yang aku tak suka family dia, dan boleh buat spoil mood dia nak happy beraya.
Tapi tahun ni, aku betul2 tak mampu. Dari sekarang ni aku dah start tak keruan bila fikir pasal nak balik raya. Tak boleh nak tidur. Lama2 aku jadi down sendiri, kenapa benda macam ni pun aku nak jadikan isu.
Tapi percayalah….. Aku memang dah tak boleh….
Aku sampai fikir macam2 untuk buat aku skip dari balik raya. Tapi semuanya menjurus cederakan diri nauzubillah, takut pulak aku dengan dosa. Sampai nak doa bukan2.. so aku ada excuse dari balik beraya tapi aku takut. Takut Allah tak redha sebab minta benda bukan2.
Sungguh bila aku baca balik aku jadi down sangat2 kenapa lah benda macam ni pun masalah besar pada aku.
Aku tengok besarnya ujian orang2 kat G*** apalah sangat apa aku rasa ni…. Tapi kan benda tu tetap tak dapat nak hilangkan kerisauan aku tentang raya.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Rasa macam saya tengah tulis benda ni. I pon sama. I x suka benda benda raya ni. And same my husband family jenis besar dan suka duduk beraya- tak org dtg, dorang dtg rumah org. And same, aku terlalu lahhh tak suka.
Tak tau la org boleh faham ke tak. And yes tgh pk skrip juga ni. Tak larat, x suka, malas, i nak rest, i mmg benciiiii semua benda beramai ramai.
Bg tau la ending you camana nnt 😔😔
Awak bukan berseorangan..
Saya pun sama.. cuma xde kekuatan nak cakap “saya xnak balik!”
Keluarga belah saya pun dah xde, setiap kali raya mmg belah suami je. Dah 3 tahun masuk tahun ni..
Rase penat gile nak “pakai topeng” setiap kali balik rumah mertua.. cuba nak happy kan diri, sekejap boleh la.. kalau lama² mmg mood swing..
Moga kita dan mereka² seangkatan dgn kita tabah!
Satu je advice saya…please seek help. Pergi ke klinik bantuan psikiatri dan dapat kan rawatan. Sebelum benda ni dah terlambat. Deep down u tak sedar yang you were mentally ill. Demi masa depan sendiri dan anak anak…please go seek help from psy doctors
saya pun tak suka bab raya ni. tambahan bila dah tua ni. tak faham kenapa ramai beria nak sambut. sekadar 1 syawal dah la kan. meraikan kemenangan dan bersyukur setelah sebulan puasa. Saya dulu pun tak suka balik sebelah suami. kalau keluarga suami sahaja ( emak, adik ipar dua orang, biras seorang, anak buah dua orang ) yang ni saya selesa dan ok. Yang tak ok nya style keluarga mereka bergabung. ( segala sepupu sepapat, mak mak saudara, biras semua la, jadi besar dan kos tinggi sangat). Saya selalu kata, tak boleh ke raya setakat keluarga abg saja tanpa gabung semua keturunan
It same goes like me. Rasa tak sukanya nak balik Raya. Sebab raya tahun ni suami tak Raya, beliau kena kerja. Kebiasaannya suami akan hantar sis & anak2 balik kg. Even mak & Abah masih ada. Rasa tak seronok & excited sebab ada sedikit isu dgn adik2. Pendek kata kecik hati dgn adik2. Sis sampai terfikir tak nak balik Raya walau rmh mak abah sendiri & nak pergi umrah sebagai alasan tak nak balik Raya. Tapi itulah kesian pulak kat anak2. Entahlah sedang prepare mental nak hadap raya nanti adik2 & sedara mara semua. Doakan sis dapat pergi umrah raya tahun depan. Sis tak nak balik Raya!
Sama la. Sangat-sangat tak suka balik beraya kampung suami. Aku ni dah la ada anak kecik-kecik. Penat sangat. Kakak ipar aku sorang tu jenis suka buat juadah banyak-banyak. Bayangkan pernah dia masak 4 jenis makanan berat untuk makan pagi raya. Yang jadi mangsa nya orang lain kena tolong dia siapkan bahan. Dia hanya campak-campak je dalam kuali. Dah la bilik air ada 1 jer boleh guna, 8 keluarga dok tunggu giliran. Rasa macam nak gila. Dengan kaum lelaki dalam keluarga ni pemalas. Semua nak kena kaum perempuan siapkan. Lepas makan pinggan, cawan. gelas tak basuh, berlonggok kat dapur. Last sekali si ipar duai perempuan ni yang kena basuh. Lepas tu keluarga suami aku ni jenis suka berkonvoi beraya rumah orang. Serius, aku penat mental dan fizikal!!!
ramainya rupanya tak suka balik kampung beraya….. semua nampak kaum ibu….
Salam sis, saya faham dan saya bersimpati. Luahan sis buat saya terfikir, adakah kita semua golongan introvert yang dah penat pakai ‘topeng’ extrovert sampai tahap exhausted dan burn out untuk jaga hati orang lain? (huhu). Semoga kita semua diberi kekuatan amin 🤲