Assalamualaikum. ADMIN PLEASE APPROVE! :'(
aku benci keluarga aku. Sebabnya aku tak tahu apa salah aku, apa dosa aku sampai macam ni diorang layan aku. Ke aku yang tak move on?
Alkisahnya masa kecik dulu aku ada kemalangan kecil (bukan kat jalan raya ye, kek umah yo ) . Kemalangan tu menyebabkan aku berjalan lebih lambat dari adik aku. Aku still merangkak, dia dah berjalan. aku rasa ni faktor adik aku layan aku teruk. Dan merasa dia lebih besar dari aku.
Orang kata, waktu kecik Aku ni tak ada orang sayang dan sangat sensitif dan terlalu takut kat orang. Mula-mula aku kurang percaya tapi bila aku tengok balik album aku… yeah, thats right . Perlahan-lahan aku cuba terima hakikat.
Aku tengok dalam album aku :'( , adik- beradik lain baju lawa-lawa, kasut pun cantik tapi aku baju buruk then pakai selipar jepun je. And, setiap dalam gambar mesti aku duduk sorang-sorang jauh dari adik-beradik yang lain. Keluarga ku sayang, apa salah aku?
Bila aku kenang balik, aku cuma dapat ingat sikit je kenangan aku di rumah. Selebihnya aku di rumah orang. Hmm tak ada siapa pun yang nak jaga aku. Seingat aku, adik aku selalu buang apa yang dia dapat dan ambil aku punya. Contoh barang yang dia ambil -kasut, baju dll. Dan itu lah faktor aku selalu kena marah sebab lambat bersiap, bukan aku sengaja pun. Aku lambat sebab cari barang aku :'( .
Masuk je sekolah rendah, abang dan adik aku selalu buli aku. Suruh basuh kasut dll. Diorang pernah juga buat aku tertinggal bas untuk ke sekolah dan akhirnya di marah oleh mak ayah aku. Diorang takkan hantar aku , so aku kena jalan kaki. Jarak rumah dengan sekolah 2 km. Dan aku rasa ni faktor aku kurang keyakinan diri.
Aku tak tahu kenapa masa kecik aku tak berani nak lawan. Kalau aku lawan pun, gaduh dan bukan aku yang dipujuk tapi aku yang dipersalahkan sebagai punca pergaduhan. Semenjak tu juga aku jadi pendiam. Sampaikan tiap kali tanda buku rekod di sekolah, soalan pertama ayah aku akan tanya "dia ni kat sekolah bercakap tak cikgu? "
Sebab apa? Sebab ayah aku risau aku ni ada penyakit sebab kat rumah diam kat sekolah pun diam. Sampaikan masa aku darjah 5-6 aku siap2 bawak masuk dalam bilik air dan biskut untuk dimakan. Hanya itu sahaja yang aku makan. Aku lebih banyak berkurung dalam bilik daripada keluar bilik sebab kalau aku keluar bilik pun aku tak tahu nak buat apa.
Sampai ke besar aku macam ni. Bila aku datang kat adik-beradik sebab nak borak dengan diorang mesti diorang cepat-cepat bangun dan tinggalkan aku. Kekadang bila aku tanya atau cakap dengan diorang, diorang tak jawab soalan aku, jawab pun acuh tak acuh seolah-olah aku ada buat salah dengan diorang.
Tentang kerja rumah hmm tak yah cakap lah. Semua nya aku yang kena buat. Pernah sekali tu masatu aku nak trial pmr, aku tak sempat baca buku sebab terlalu banyak kerja rumah. Aku buat kerja sampai nangis-nangis. Aku merayu dekat adik aku tolong aku buat kerja sebab aku nak belajar, tapi dia buat tak tahu dan dia teruskan belajar sedangkan dia nak pmr tahun depan.
Balik asrama, kerja aku tidur sebab terlalu letih, kerja sekolah? Aku tak pernah buat. Hanya guru yang garang-garang je yang aku buat. Sepanjang pmr aku hanya jawab kertas periksa guna sebatang pen yang dakwatnya dah nak habis. Alhamdulillah cukup, aku jimat bebetul sebab risau tak cukup. Tiap kali exam mana ada mak ajak pi beli kelengkapan,, apa yang ada guna. Kecuali adik-beradik lain ada lah.
Masa aku form 4 , aku kena beli baju raya sendiri. Aku hanya mampu senyum :'( . Alhamdulillah, rezeki aku ada ustazah bagi aku duit raya tapi duit tu aku buat beli baju raya mak. Sebab setahu aku mak belum beli lagi. Aku iron siap2 dan tak sabar nak tengok mak aku pakai. Sayangnya mak aku tak pakai pun. Dan sampai sekarang aku tak pernah nampak dia pakai. Yang paling menyedihkan, baju tu mak buat jadi kain buruk :'( :'( . Aku sanggup korbankan baju untuk aku.
Masa aku spm, aku tak baca buku sebab buat pertama kali nya aku gaduh dengan mak. Mak mesej aku cakap
"Kau ni bodoh. Nak uruskan borang simple pun tak reti. Menyusahkan aku nak kena pergi uruskan borang kau. " " buang duit je sekolahkan kan kau "
Mak, akak, abang , adik, aku ni anak angkat ka? Aku ni anak pungut ke? Nak kata ya, muka aku sebijik ikut muka abah.
Pernah sekali tu, akak panggil adik aku.
Aku terus bagitahu dia yang adik tidur dan aku tanyakan kenapa sebab mana tahu aku boleh bantu.
"Adik tidur. Kenapa? Mana tahu boleh tolong. "
" ehh kau ni pekak ke aku cari adik dan nak cakap dengan dia bukan dengan kau. Tak ingin aku minta tolong kau dan benda ni tak ada kaitan dengan kau! Kau pergi kejut dia "
":'("
Akak, apa salah aku?
Dan sekarang, sahur tadi. Aku kejut abang & adik aku. Masa kejut abang, aku nampak dia dah bangun tapi aku still tercegat kat situ sebab nak pastikan dia betul-betul bangun tapi apa yang aku dapat
"Ehh sial, kau blah lah. Kau tunggu apa lagi kat situ. Bodoh, aku nak tidur pun tak senang "
Abang, apa salah aku?
Kejut adik pula,
"Bodoh lah kau ni, memekak je pagi-pagi buta, aku tahu lah nak bangun "
Adik, apa salah aku? Aku sekadar ketuk pintu bilik sahaja.
– aesya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Rase ” sayang” pd awak ..tabahkn diri dik.. nk kenal bole?
takpelah , ang belajaq pepandai .. pastu ubah nasib untuk diri ang , create your own life , semoga berjaya
Pm saya, saya bongsu, teringin nak ada adik
SY nk JD adik awek.bole
Hdp ni bukan untuk amik hati org je..bukan stkt nak buat org appreciate diri kita.. kt tahu apa keistimewaan diri kt.. jgnlah berharap sgt org akn lyn kt baik2. Ending dia kt ttp seorg diri. Bertabahlah…
sedihnya..lebih2 yg buat tu ahli kluarga sendiri..knape la mereka buat awak mcm tu..awak kan darah dging mereka…akhir zaman..byk bnde yg kita xboleh jangka..sabar ye awak
Hidup adik ni spt terasing dan dibuang oleh keluarga sndr..malah ibunya juga melayan sebegitu..dah mcm cter Cinderella.. doa ye di bulan ramadhan mulia ni..moga Allah sentuh hati keluarga adik dgn kasih sayangNYA.
Sedihnya. baca ni! ZAfeera ZAharee
Kan.. Sedihnya.. Da ingat kak anis da tu..
Syukur la kita family bahagia dan menyayangi antara satu sama lain! Walaupun mak ayoh selalu gaduh gaduh manje hehehe
Dik. Sabar ye.. Belajar elok2.. Buktikan adik tak bodoh. Kdg2 kena jugak pertahankan diri.
Lau kamu ada terbaca komen komen disini..boleh gak try pm akak.Akak 23 .Gini la…kamu kena belajar bercakap depan cermin.Ekspresi wajah kamu tu.Jangan diam.Jangan senyap! Orang mudah tindas kita nanti.Manusia yang lahir ke dunia ni adalah manusia pilihan tuhan yang hebat hebat.Ada kelebihan sendiri.Kamu diam…so family nampak kamu ni lemah.Mudah dipijak pijak.Maaf akak cakap.Kamu kena berani.Cari kekuatan dalam sujudmu pada Allah.Allah akan bantu.Doa setiap masa.Lau rasa nak luah pape…pm akak yer :’) kita leh sembang dan kongsi cerita.
Kesian sis…sabar ya..
She’s dead inside… Stay Strong sis, Moga Allah bantu…
Sedihnye.. Be strong adik… Buktikan adik boleh berjaya…
apehal adik beradik ko kua ajar sgt..geram plak aku la..xreti nk sygkan ko..kalau aku pn sedih gile2 kalau kene mcmnie..da abis blaja nie..ko g je la dari umah tu..duk berdikari smpai ko da berjaya bru ko tnjuk muke ko kt umah tuh..
Hai mrh nampak
sbuk je eh..kat mana2 ade je hang..
Kikiki…keh, keh…..nampokื bono marah2
Selalunye cite mcm ni..mesti anak2 kesayangan mak yg tak pedulikan mak/x hargai mak in future n anak yg paling mak benci laa slalu jaga mak..ala2 drama samarinda gitu.
Sedihnya Jom kwn dgn saya, saya ada rmai kakak
Aida Azmi sedihnya
Wehhh kesiannya diaaaa
Akk rasa solution terbaik adalah cari kekuatan. kekuatan yg awak perlu adalah kekuatan dalaman sebab kekuatan luaran awak mmg sdg tenat sebb org sekeliling especially family awak tak support awak pun. kekuatan dalaman tu awak mungkin boleh cuba dekat kan diri awak dgan perkara perkara keagamaan, kuatkan kebergantungan awak dgan Allah, He knows everything dan awak kena berpegang pada ayat ni Allah takkan uji hamba Nya sesuai dgan ksanggupanNya. Awak boleh, harap awak tabah dan sentiasa dalam lindungan Dia. Kalau awak sedih duduk di rumah mungkin awak boleh sibukkan diri awak dengan hadirkan diri dengan majlis2 ilmu, insyaAllah nnti ada jalan nya. Yakin ok dengan janji Allah. hmm sebolehnya jgan ada rasa nak lari dari rumah walaupun hakikatnya perit tapi risiko untk terdedah dan terjerumus kepada bahaya tu lebih besar dalam keadaan awak yg tertekan, dan itu lebih bahaya untk diri awak. Adik boleh keep pray and pray. Doa org yg di zalimi itu Allah makbulkan.
Semoga ditabahkan hati..ameen
Judgement reflects their inner character. Don’t listen. Just be good to ppl. Allah knows what u do. Positive . Pray , one day they will change .
satu je boleh cakap. doa banyak bulan ramadhan ni. doa sungguh. mintaklah apa kau nak.
series sedih hidup macam ni. keep strong weh
Moga kuat tempuhi dugaan..
Hi. Sedih pulak baca crita awk. Stay strong, build your confidence, jangan nampak lemah. Biasa kalau senyap sgt, orang mudah buli. Doalah byk2, dekatkan diri dgn Allah. Cuba mingle dgn org lain, cari kawan ramai2. Jgn duk pendam sorg2.
Allah..sedihnyaaa..Sedihh sgat2..smpai aku pown tertanya apa slah hg kt depa
Pasepa dapat layanan mcmni..Hg sabaq nahh..Allah tengah uji hg..Nnti ada balasan kt sna..Sabaqq tao..Nk tlg tktao gu mna..Aku doakan hg dri jauh..Smoga Allah trus kekalkan kesabaran n ketabahan dlam hati hg..Aamiin..Kalo nk kwn bcita..bole pm aku..aku sudi dgaq n jdik kwn hg..
One thing i can suggest for you is majukan diri, develop diri. Bila org perendahkan kita, kita, diri kita sendiri kena naikkan diri kita. Ye betul, mungkin sakit sangat sakit, bila ada favoritism dlm family ni tapi takpe, make it as your booster to success. Satu lagi , kita dgn parents ni ibarat hidung dgn lidah. Lidah kita panjang mana pun takkan cecah hidung, tugas kita taat je kasih diorg sebab tu wajib, soal kasih syg mereka pada awak serah pada dia. Hati manusia Allah pegang, doa byk byk. Mungkin skrg awak rasa mereka tak pedulikan awak, tapi believe me one day bila awak takde (study jauh, kahwin, or mungkin pergi dulu). They gonna miss you like crazy. Biar mereka tak pandang awak didunia, mungkin satu hari awak pembela mereka di akhirat. We never know how Allah create our story. Be strong! Masya Allah menarik kisah awak, Allah bagi pahala utk awak dgn cara ini dan Allah tambah lagi pahala kat awak andai ada org yg ambik iktibar dari cerita ini. Sangka baiklah dengan Allah, He prepare something better for you in future. Amin. In sya Allah, siapa tahu Allah ganti kasih sayang yg awak tk dpt ni dgn hadirkan org yang sayang awak sgt and you mean world to him. Aminnn! Allah Pemilik dan Pemberi kebahagian. Jalan yg Dia susun full of suprises. Be ready, kot kang terkejut bila suprise Allah tu best sangat hehe. Doa doa doa! Keep waiting, Allah loves you sister ❤️
Teringin berkawan dengan sis.
Allah ad bersama awk.. Awk blh bkecik hati dgn adik beradik awk… Tp jgn mak awk… Sejahat mana pun.. Dia ttp mak Awk… Sy doa kn Awk kuat mghdpi ujian ni..pada bulan ramadhan nie… Smga sgala urusan awk dmudahkn… N jgn abaik pljrn… Insyaallah… Biar dia buka mata… Nnati dpt kerja baik.
Sedihhh molekkkkk.
Jadi lah org yg berjaya… Pasti ramai yg mengaku sedara.. Typical of human being… Erm…. Dunia…
Dear.. ape yg penting skrg.. majukan diri.. belajar biar pandai.. dapat kerja bagus².. okay?
Lepas tu aesya akan lihat, org yg dahulu perlekehkan aesya, diala yg akan kejar aesya tau..
Manusia..
Itulah realitinya..
Bila aesya dah berjaya nanti, u will see the difference..
Trust me dear.. ^^
Sedihnya cerita aesya ni. Masih ade parents yg layan anak mcm ni.. mudah2an Allah ilhamkan sis dgn perkara yg lebih baik dan mudahkan urusan.
Hmm..kisah betul ke ni? Knapa kejam dorng sgt mcm dlm drama tv pulak rasanya..
sedihnya..
Kesian dia
Be strong, sis.. belajar elok2 smpai berjaya then bina life sendiri. Kalau sy, lebih baik sy bwk diri..
Sedihnya…be strong sis…kuatkan semangat…better sis pindah dari rumah tu…mungkin dgn cara pindah ni,diorang akn lbih hargai…manusia ni bila ada depan mata x dihargai tp bila dah takdek nnt baru sibuk nk cari…
Sedihnyee
Banyak2 sabar aesya sayang. Allah itu maha mengetahui apa yang ditanggung dri dulu sampai sekarang. Banyak2 berdoa .Sesungguhnya yg baik itu dtg driAllah dan yg buruk itu dri kita semua
Dik..
Kalau adik dkt ngn akk..
Meh la jd adik akak..
Akk sorang² ja dik..
Posa sorang²..
Raya pn sorang²..
Be strong.. Ibu bapa & keluarga tak nampak kelebihan awak ada.. Betul, berhijrah itu adalah jalan yang terbaik.. Pergi sambung belajar atau pergi cari kerja di negeri orang.. InsyaAllah, Allah pasti akan bantu hambaNYA.. Allah pasti akan mudah dan murahkan rezeki awak. 1 hari nanti, awaklah yang akan banyak menolong keluarga awak.. Percayalah kerana sebelum awk, sudah ramai lagi individu yg senasib dgn awk (ibu bapa pilih kasih). Tetapi rata2 mereka berjaya.
Jgn ada dendam terhadap keluarga tetapi peringatan agar kita tidak tergolong dalam golongan zalim untuk anak2 kita pula.. Hidup ini tujuan dia cuma 1, iaitu mencari Redha Allah.
Di Akhirat kelak, kita tidak akan ingat sesiapa melainkan kerisauan kita sendiri utk dihitung amalan.. Berbaik kpd ibu bapa krn itu shj cara utk kita berkhidmat kpd mereka selagi mereka hidup, tidak kira teruk bagaimana layanan dia terhadap kita.