Aku benci mak aku. Aku tinggal dengan mak aku tapi aku benci mak aku.
Aku Mimi. Berusia awal 30an dan masih bujang. Aku mempunyai kerja tetap di sebuah syarikat jauh dari tempat asal aku.
Aku ditukarkan tempat kerja dekat dengan rumah mak aku sejak 1 tahun yang lepas.
Tiada sekelumit pon rasa gembira yang aku rasa lepas aku dapat tahu perkara ni. Aku gembira dengan keadaan aku waktu tu. Persekitaran, kawan-kawan, tempat kerja, semua aku suka.
Aku menangis selepas mendapat tahu tentang perkara ini. Aku tak bersedia. Aku tak suka.
Macam-macam senario yang bermain dalam fikiran pada waktu itu. Apa yang akan terjadi pada aku nanti. Aku sungguh tak bersedia.
Disebabkan tempat kerja baru aku hampir dengan rumah mak aku, aku terpaksa tinggal di sana. Ada mak aku, ayah dan adik perempuan aku.
Menyewa rumah lain bukan pilihan yang aku ada. Apa alasan yang patut aku beri sedangkan tempat kerja aku berada dalam kawasan yang sama dengan rumah mak aku.
Aku buntu. Aku nekad beli rumah sendiri. Tak jauh dari rumah, juga tak jauh dari tempat kerja. Sekurang-kurangnya aku ada alasan kukuh untuk aku tinggal seorang nanti.
Keputusan aku untuk membeli rumah membuatkan aku bergaduh besar dengan mak aku.
Dia rasakan yang aku tak mahu tinggal dengannya dan tak mau menjaganya dilanjut usianya nanti. Pernah kau dengar kes macam ni? Mak kau tak suka kau beli rumah? Pernah kau dengar?
Mak aku tak macam mak orang lain. Cara dia tunjukkan kasih sayang tak macam mak orang lain. Peluk cium, ungkapan sayang bukan cara dia tunjukkan kasih sayang. Mulutnya langsi.
Kadang-kadang, pertanyaan ringkas anak-anak akan dijawab dengan jawapan yang sangat sarkastik dan sangat-sangat menyakitkan hati.
Dia senang marah. Lebih-lebih lagi ketika dia penat. Segala penat lelah akan dihamburkan pada anak-anak. Aku benci. Sumpah aku benci.
Makin hari makin aku benci pada dia. Sampaikan setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya membuat aku jadi marah. Setiap perbuatannya membuat aku menyampah. Sungguh. Aku benci.
Tak lama lagi, rumah aku akan lengkap. Cukup kelengkapan. Dah boleh diduduki.
Tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan dengan betapa tak sabarnya aku untuk berpindah ke rumah sendiri. Hidup sendiri. Tanpa orang yang boleh menyakitkan hati aku dan merosakkan mood aku.
Aku selalu berfikir. Kenapa begini? Kenapa jadi begini? Akan menyesalkah aku dikemudian hari? Akan meratapkah aku satu hari nanti?
Dapatkah aku merasai kasih sayang sebenar seorang ibu satu hari nanti? Mampukah aku menjadi ibu yang baik kepada anak-anakku satu hari nanti?
Adakah karma akan mencari aku dan anak-anak aku akan melayan aku seperti mana aku melayan ibuku hari ini?
Apakah rasanya mempunyai ibu yang mencurahkan kasih sayang dan kelembutan kepada anak-anak? Derhakakah aku kerana membenci dia? Di mana silapnya?
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya Allah samaa😭aku tak pernah rasa kasih sayang,belaian , kata2 positif & semangat dari mak sendiri. Apa yang aku selalu dengar ialah perlian,makian & cacian. Dia susah sangat nak cakap lembut2 dengan anak2. Padahal oleh je nasihat elok2 lagi2 dgn anak yang sudah meningkat dewasa ni. Klu anak kecik2 lagi rasanya boleh kot mcm nak tegas,klu anak dh dewasa,itu cara yang salah sebab bila dah besar ni kita ada rasa sifat dendam & benci tu. Kalau boleh aku tak nak balik cuti semester pun sebab aku tak suka dengar mak aku berkata-kata..sangatlah menyakitkan hati. Mak,aku benci mak