Aku Berharap Aku Gila

Terlalu banyak emosi, terlalu banyak tekanan, terlalu banyak suara. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, moga-moga semuanya sihat dan gembira. Malaysia…merupakan negara yang indah dan sentosa. Aku suka akan penduduknya, aku suka akan makanannya, aku suka akan budaya serta berbilang kaum, aku suka semuanya. Namun, kita masih ‘muda’. Ya, muda dalam menghadapi perkara-perkara baru antaranya ialah gangguan mental. Luaran, aku hanyalah seorang manusia biasa, mampu senyum, mampu petah berkata, mampu gelak ketawa, tetapi itu hanyalah wayang kepada penyakit mental yang aku hadapi. Aku memakai topeng untuk menutup apa yang lebih menakutkan disebaliknya.

Oh, mungkin semua yang membaca akan mempersoalkan adakah ini tipu atau rekaan novel? Aku sangat berharap aku mereka cerita ini. Apakan daya kerana aku telah menjadi sebegini pada masa yang lama. Aku akan membawa kamu semua ke perspektif seorang penyakit mental. Seingat aku, sejak kecil lagi aku begini namun keluargaku tidak tahu. Aku sukakan darah, aku sukakan keganasan, aku sukakan kuasa, dengan membuli haiwan-haiwan yang lemah. Malah tidak ada masalah untuk aku membunuh mereka. Kerana semua itu memuaskan nafsu aku. In other words, it gave me a boner.

Lama-kelamaan, aku sedar akan perkara ini dan aku cuba untuk kembali menjadi normal. Aku cuba sedaya upaya, aku cuba dengan sekuat diriku, aku cuba dengan apa sahaja cara asalkan aku tidak menjadi diriku yang lagi satu. Penyakit ini lebih dikenali dengan Multiple Personality Disorder (MPD). Boleh aku katakan, cara aku berjaya…mungkin. Aku pernah menikam kawanku dengan secara tiba-tiba tetapi dia dapat menghalang. Tetapi apa yang menakutkan aku ialah…aku menyesal…menyesal kerana tidak tikam dia dengan lebih kuat. Aku mahu lihat dia menggelupur, di saat nyawa-nyawa ikan. Itulah diriku yang lagi satu, cuba menghasut aku untuk membunuh, untuk menyeksa. Dulu haiwan, sekarang manusia. Hanya kerana ‘ingin tahu’.

Oleh itu, aku dapat rasakan, diriku yang lagi satu semakin kuat meronta untuk dilepaskan. Apa yang aku buat, pasti akan ada bisikan di dalam kepala aku menyuruh aku buat sebaliknya. Memotong sayur? Apa kata cuba tikam jiran. Mengurut bahu kawan? Cekik dia dan lihat dia meronta. Berdoa pada Allah? Allah takkan selamatkan kau, kau hanya ada ‘aku’. Aku semakin takut kerana semakin hari dia semakin kuat membisik. Ketakutan itu juga apa yang menghalang diriku lagi satu daripada terus mengganas dan mengambil alih diriku yang sebenar. Mungkin. Aku tidak berjanji kerana sekali sudah aku ‘meletup’.

Namun, penyakit ini juga membuatkan aku mengalami severe depression dan bipolar disorder. Pernah 4 kali aku cuba membunuh diri hanya kerana perkara kecil, atau perkara besar, dan pernah juga aku terfikir untuk membunuh diri agar diriku terkubur bersama diriku yang lagi satu. Mungkin Allah sayangkan aku, maka semua cubaan itu gagal. Adakah aku gila? Kerap aku bertanyakan soalan itu. Tolonglah…aku nak gila. Penyakit aku semakin kuat, malah, aku bersumpah aku dengar orang gelak atau memanggil namaku. Suara itu sangat dekat dengan telingaku.

Gila merupakan perkataan aku kerap dengar semasa sekolah menengah. Mereka yang tahu tentang penyakit aku akan membuli aku, memanggil aku orang gila, membaling sampah terhadapku, memulaukan aku, malah membuang beg aku semasa di sekolah menengah. Bunuh mereka…bunuh mereka!…BUNUH MEREKA! Sungguh kuat bisikan itu sampaikan aku hampir patahkan leher salah seorang daripada mereka. Tetapi syukur ada cikgu datang dan meleraikan kami. Bisikan itu datang “Merdu jika leher budak itu patah, indah jika melihat keluarga mereka menangis dikubur”. Sebab itulah aku tidak memberitahu sesiapa sehingga sekarang. Kerana aku takut dipulaukan.

Akhirnya, atas nasihat doktor, aku sedang menerima rawatan psikiatri. Agak kekok mulanya apabila bercerita segala masalah aku tetapi doktor tidak gelak malah mendengar dengan serius. Aku terharu kerana pertama kali seseorang mengambil berat tentang penyakit mentalku ini. Pelbagai ubat diberikan, boleh dikatakan berjaya, mungkin tidak. Aku masih lagi mendengar bisikan, nampak bayangan, depression, mood cycle, seperti biasa. Siapa tahu, mungkin mengambil masa untuk aku pulih kembali dan akhirnya menjadi normal. Aku tidak berjanji. Aku penat…tetapi aku harus kuat agar ‘aku’ tidak mengganas dan mencederakan orang yang aku sayang.

Kerana di hati ada dua ekor serigala,
Putih dan hitam warnanya,
Putih diberikan makan sentiasa,
Namun hitam mengganas mahukan haknya.

Untung kamu tidak sepertiku..

– P.0801

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit