Apa aku alami ni telah berlaku 2 tahun lepas. Aku minta pindah dari tempat kerja untuk dekat dengan anak-anak supaya jimat kos dan mudah uruskan hal anak-anak.
Namun apabila dah dekat, anak-anak pula menjauh kerana ikut ibunya berpindah. Kami dah berpisah hampir 5 tahun. Takkan aku nak minta pindah lagi?
Lagipun semasa dekat dengan anak-anak, aku telah membeli sebuah rumah flat. Asalnya beli untuk mudah anak-anak berada di rumah aku.
Sebelum ni aku hanya menyewa bilik sahaja, jadi susahlah anak-anak nak datang ke rumah.
Apabila dah hampir setahun berjauhan, kewangan memang makin sakit. Sehinggakan aku nak balik ziarah emak di kampung pun tiada modal.
Emak aku tak tahu sebab aku payah nak balik, aku cuma bagitau abang aku hal tu.
Aku sekarang di Kajang, anak-anak pula di Karak dan emak pula di Kuantan.
Aku perlu rancang cuti dan kewangan dan masa sama memang cuti dah nak habis dan sedang alami keberhutangan yang serius.
Sebagai penjawat awam aku telah ditegur oleh penyelia dengan keadaan kewangan ini.
Aku memikir samada nak pindah dekat dengan anak-anak atau dekat dengan emak. Kalau pindah dekat anak-anak aku perlu menyewa lagi.
Rumah yang aku beli nak dapatkan sewa sementara apabila berpindah pun bukan terus ada penyewa. Untuk sewa rumah memang aku tiada duit dah untuk deposit. Takkan nak pinjam lagi.
Balik tinggal dengan emak memang rumah arwah ayah. Cuma tak sampai hati apabila nak pergi kerja jika tak siapkan emak dulu untuk ke pejabat.
Ini kerana emak aku mengidap strok yang hampir 3 tahun.
Ketika ini abang aku yang uruskan namun emak sentiasa sedih kerana abang aku garang dalam memguruskan emak.
Dalam keadaan yang berlaku aku tak tau macamana hari mendatang. Sebab aku dah boreout dengan tugas kerana keadaan pentadbiran, aku selalu burnt out sebelum ini.
Sememangnya aku masih dalam rawatan psikiatri, hari-hari ubat perlu ditelan.
Bila keadaan begini, aku memang tak boleh nak fokus, aku risau aku takkan bertahan untuk teruskan kehidupan.
Setakat ni aku luahkan apa aku hadapi, sebenarnya luahan ni bukan penutup tapi banyak nak diluahkan cuma aku rasa nak berhenti luah setakat ini dulu.
– NoarBosankor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit