Tanah Yang Dijanjikan III

Untuk part I, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/tanah-yang-dijanjikan-ii/).

Assalamualaikum, Hai korang.. Amin bukan nama sebenar lagi. Harap korang tak bosan la ye dengan aku. Setelah confess berkali kali. Haha.

Anyway, aku nak ucap terima kasih kat admin, kerana siarkan kisah yang nak aku ceritakan untuk kesekian kalinya. Terima kasih admin. Dan harapnya yang kali ketiga ni pun admin siarkanlah jugak ya.

Baiklah, tanpa membuang masa jom, Lets walk to another world. Bukan alam balik mata bang.. Alam masa lampau. Glimpse of the past gitu.

Untuk kali ni, aku takkan recap terlalu banyak. Sebab previously aku rasa, agak lama jugak recap cerita aku sampai dah makan separuh cerita untuk recap. Dan aku nak mintak maaf jugak kalau penceritaan aku sebelum ni banyak menyimpang jauh. Bukan apa, mungkin sebab terlalu banyak membaca dan kadang kadang ada part yang aku rasa aku kena cerita jugak. Kena clarify jugak.

Untuk berkongsi maklumat, info dan ilmu yang aku rasa penting. Sebab tu korang nampak aku macam menyimpang jauh, tapi aku akan cuba sedaya upaya comeback to the timeline penceritaan. Hopefully.

Plus, writing is not my forte. Aku lebih kepada hands on people, suka pegang spana, repair repair barang, keje comot comot. Sebab tu bab penceritaan aku ke laut. Ye bang, ke laut.. Ke laut dalam. Haha.

Okay, lets comeback. Menyimpang jauh lagi. Adoi..

So, sebelum ni kita dah go tru timeline zaman selepas kewafatan Nabi Musa. Dan kita dah pun lihat zaman para hakim atau the judge kaum Bani Israel.

Dan kita pun ada sedikit sebanyak berbicara tentang beberapa jugde atau hakim yang telah di angkat menjadi nabi. Seperti Nabi Samuel, the last judge. Nabi Samuel ni la yang akhirnya memilih Talut sebagai ketua atau raja bagi Bani Israel. The first king of Bani Israel.

Dan kita pun lihat bagaimana Bani Israel menolak insight atau pilihan dari Nabi Samuel, kerana mereka tak suka pilihan Nabi Samuel. Sebab Talut ni kan miskin, tak have have.

Sebenarnya apa yang diorang nak, ialah diorang sendiri yang di lantik menjadi Raja. Para para pembesar Bani Israel ni la.. Tapi, Allah tak pilih mereka. Sebab itulah mereka marah, dengki dan lain lain sifat busuk hati yang ada pada manusia.

Biasa la gais, bila yang dipilih tu dari level bawahan, takde nama, takde pekerjaan yang bagus, tak lepak starbuck, mana orang nak pandang. Betul tak? Busuk hati is real gais, zaman berzaman.

So long story short, Talut dilantik menjadi raja atau ketua bagi kaum Bani Israel setelah kembalinya peti tabut kepada mereka. Peti tabut atau the ark of covenant ni adalah beberapa tinggalan Nabi Musa dan keluarga Musa which is nabi harun.

Dan peti Tabut ni memang ada sampai sekarang, dan kita kena beriman dengan Tabut, sebab memang disebutkan didalam Quran. Cuma dimana keberadaan dia, Wallahuallam, Allah juga yang lebih tahu.

Kenapa peti tabut ni penting? Sebab Peti Tabut ini lah sumber kekuatan bagi Bani Israel. Kata Al Quraan, Tabut ni adalah sumber ketenangan Bani Israel.

Dengan adanya peti Tabut ni, Bani Israel merasa bersemangat dan bertambah keyakinan. Kira macam moral booster la, dengan adanya tabut ni, Bani Israel kembali menjadi berani dan konfiden. Ni bukan aku kata taw, tapi Allah yang kata.

Tapiii.. ingat tak timeline sebelum ni? Di mana mereka lost selama 40 tahun. Yang lost tu bukan diri mereka je, Peti Tabut tu pun lost jugak. Memang tak boleh healing dah, sebab tu asyik kalah je. Lebih kurang macam tu la sebab nak bagi faham cerita.

Dan salah satu barakahnya atau tepatnya pilihan Nabi Samuel memilih Talut sebagai ketua, akan kembalilah peti tabut yang dah hilang tu kepada Bani Israel. Kenapa aku masih menggunakan term bani israel? Bukan Yahudi?

Sebab kat timeline ni, Bani israel masih lengkap 12 tribe kesemuanya. Mereka masih tak berpecah. Sebab itu aku masih guna term Bani Israel, belum yahudi lagi. Harap kat sini clear la eh? Okey?

So, bila dah terbuktinya petanda bahawa Talut ni adalah pilhan Allah untuk jadi ketua mereka, lalu mereka pun bersiap lah untuk pergi berperang. Berperang dengan Jalut@Goliath yang masa itu adalah ketua kaum Kanaan. Di ceritakan yang Jalut ni memang kuat, bertubuh sasa dan digelar Raja Musuh.

Maksudnya, diantara musuh musuh atau enemy enemy ni, he is the king. King of enemy. Ini Boss punya boss la dey. Jadi untuk melawan Jalut ni, of course kena bawa Kumpulan yang bukan biasa biasa. Betul tak? Kena bawak team yang luar biasa untuk menang.

Dan Allah ceritakan dalam Al Quran tentang kisah Talut merentas Sungai dengan Bani Israel. Talut ni bijak tuan tuan. Antara sifat yang perlu ada pada pemimpin, adalah bijaksana.

Al quraan tak letakkan syarat kena kaya, ada pengaruh baru boleh jadi pemimpin. Orang miskin macam Talut ni pun boleh, dengan syarat bijak. Look to the future gitu.

Jadi Talut tahu akan perkara ni. Dia perlukan tentera yang bukan biasa biasa untuk menang. Sebab tu bila dia dan which so called “tentera” dia lalu di kawasan sungai, dia tak bagi minum air Sungai itu kecuali seceduk air.

Kalau imbas sekali pandang, memang Nampak macam tak berhati perut, tapi sebenarnya apa yang Talut buat tu betul.

In order untuk menang perang, kita tak akan menang perang dengan askar yang half hearted, tetapi akan menang perang dengan askar yang ingin kemenangan penuh. Bulat tekad untuk menang, yang mampu obey kata ketua.

Sebab dalam ketenteraan ni yang paling penting adalah disiplin tuan tuan. Ya, disiplin. Sebab kalau takde disiplin, tentera ni hancur.

Sebagai contoh Tentera special uthmaniyah sendiri which is tentera Jenisari yang mula hancur pada abad 18 Masihi kerana terlalu leka dengan arak dan hiburan. Dan mereka terlalu inginkan harta rampasan perang. Akhirnya menjadi barah dalam Negara.

Kalau ada masa kita masuk bab zaman Uthmaniyah ya. Nt kita pergi timeline selepas Nabi kita pulak. Tapi tu cerita asing la.

Aduh.. tersasar lagi. Takpelah, selingan je tu sebagai contoh.

Okay, back to the story. Jadi sebahagian besar Bani Israel masa tu memang tak dengar cakap ketua diorang ni. Diorang fikir diorang dah haus, nak minum air. Tak nak minum seceduk je, nak minum bergelen gelen macam unta minum tu. Padahal Talut tak bagi ni. Talut cuma bagi minum seceduk je.

Tapi Bani Israel ni kata lantak Hang la, Hang sapa nak tegur kami. Hang pun miskin. Sebab Allah pilih hang ja kami ikut perang.. Ha.. lebih kurang macam tu la.

So memang sebahagian besar tu tak ikut. Mereka langgar arahan ketua mereka. Cuma sebahagian kecil yang betul betul beriman dan berpegang teguh dengan arahan ketua mereka yang tidak minum atau minum seteguk sahaja bagi menghilangkan haus.

Dikhabarkan yang sikit ni cuma 313 orang je dari berpuluh ribu kaum Bani Israel yang ikut. Dan salah seorang tentera yang taat ini, ada satu figure yang nanti akan menyatukan keseluruhan tribe Bani Israel ni, which is David, atau Nabi Daud.

Haaa.. Daud ni la yang nanti akan jadi King David. Bukan sekadar Nabi, bahkan king, menjadi Raja. Bendera Israel yang korang tengok hari hari tu, yang ada bintang tu, tu la logo Star of David. Which is cop mohor Nabi daud. Cop yang ada kat cincin Nabi daud dan kemudiannya diberi kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Daud ni masa dia dalam rombongan Talut ni, dia kecik lagi. Pemuda, tapi kecik la. Dan dia di antara yang mengikut perintah Talut agar tak minum air Sungai tadi. Jadi golongan yang sedikit ni memang di akui keimanan mereka.

Allah sendiri catat dalam Al quraan, ketika hampir keseluruhan Bani Israel menarik diri bila dah nak perang, hanya segelintir yang kecil ni yang tinggal dan Allah rekod perkataan mereka ketika itu, mereka kata dengan penuh keimanan bahawa Berapa banyak yang telah terjadi yang sedikit mengalahkan yang ramai dengan Izin Allah.

Tentera Jalut ni ramai tuan tuan. Orang dulu berperang bukan macam orang sekarang, gerila dalam hutan, main sniper je dari jauh.

Orang dulu ni diorang tak bawak sekampung nak bantai sorang. Diorang bawak geng diorang berpuluh ribu. Macam cerita Lord of the ring tu. Boleh bayangkan tak tentera Jalut yang ramai ramai tu dengan sekelompok kecil je Bani israel dalam pertempuran tu?

Yang lain lain tu pergi mana? Yang lain lain dari Bani Israel tu Allah kata dalam Quran mereka berlepas diri. Tak ada daya dah nak melawan Jalut dan tenteranya.

Yelah tuan tuan, cuba tuan tuan bayangkan dah minum air segelen. Nak berlari dalam perang pun pipi goyang laa.. Tu tak kira perut penuh air. Yang buncit buncit tu lagi la. Senak tengok diorang nak berlari. Aku tau la, aku pun buncit. Haha.

Gais, korang kena ingat.. Bani Israel ni bukan asalnya tentera. Mereka ni asalnya hamba je dekat mesir. Nabi Musa yang bawak mereka keluar. Jadi diorang bukan ahli perang. Pengecut. Sampai sekarang pun pengecut. Sedangkan Kaum Kanaan ni, dalam Al quraan Allah gambarkan kaum Jabar, atau pun kaum bangsa yang kuat, cekal, Berani, gagah perkasa. Kiranya cekang la.

Bangsa ni la yang sekarang yang mendiami palestin. Mereka adalah orang Islam. Terbalik dah. Sekarang orang Kanaan ni lah yang beriman.

So masa berperang ni, Jalut King of enemy ni dia open kepada Bani Israel, untuk lawan one by one. Aku nak sentuh sikit bab ni, supaya korang faham. Bukan nak menyimpang, tapi aku perlu explain benda ni. Orang dulu tuan tuan, kalau diorang berperang, ada beberapa tradisi.

Sebagai contoh, diorang akan mula dengan lawan one by one dulu dari pihak musuh, kebiasaannya adalah panglima panglima la. Ada one by one, ada three by three.. Ikut lah. Kira first step ni sebagai moral boost la untuk team mereka yang lain nanti. Dan Tradisi ni bukan hanya ada pada satu tamadun je, bahkan tamadun islam pun sama.

Ingat tak Ketika masa perang Uhud, ketika Baginda Nabi meminta beberapa panglima islam seperti saidina Hamzah, dan Abu Dujanah untuk start the war with duel of death atau Bahasa skemanya perang tanding. Tapi kita tak nak go through Panjang pasal tu. Tu cerita lain, nanti korang kata aku menyimpang. Haha.

So sama la macam ni. Cuma bezanya, permulaan one by one or duel of death dimulakan oleh Jalut sendiri. Ketua orang Kanaan masa tu. Jalut macam kita cakap sebelum ni, memang susuk tubuh yang gagah perkasa, handal berperang, berkarisma. So dia sendiri offer diri dia untuk start the duel.

Dan dari pihak bani Israel, Talut bertanya kepada tentera yang sedikit tadi, siapa dikalangan kalian yang hendak bertempur dengan Jalut. Tidak ada jawapan, hinggalah kali ke tiga, sehingga Talut sendiri yang ingin ke kehadapan. Tetapi..

Haa.. jap kita clarify dulu…

Apa yang Talut buat ni bukan sebab dia takut ya. Normal bagi sesebuah komander perang, atau Raja akan meminta panglima mereka yang percayai untuk start the war with the duel. Sebagai tanda tingginya penghargaan dan kepercayaan kepada tentera sendiri.

Plus, kalau ketua atau raja sendiri yang pergi, kalau duel itu kalah, maka automatik perang itu di menangi oleh pihak lawan. Tak perlu lah beramai hilang nyawa dalam peperangan.

Dan ketika itu, Talut tahu tentang keupayaan tentera Bani Israel itu sendiri. Kalaulah dia yang pergi dulu dan tewas, maka yang selebihnya memang auto kalah tuan tuan. Auto. Dan Bani Israel ni akan Kembali menjadi hamba.

Tapi tak bagi Jalut, sebab Jalut kan overconfident. Haaa… Bagi untuk senang ingat, korang ingat je la huruf J untuk Jahat which is dalam Story ni Huruf J is for Jalut. The enemy.

So ingat tak tadi Talut dah tanya dah siapa yang nak By one dengan Jalut? Sebenarnya masa ni dari first pertanyaan lagi dah ada orang angkat tangan. Tapi orang tu kecik, sebab masih muda sangat. Orang tak Nampak.

Sampai la kali ketiga tu ada orang dikalangan Bani Israel yang nampak. Orang yang angkat tangan ini tuan tuan adalah Nabi Daud atau David. Masa ni tak jadi Nabi lagi ye. Masih budak budak.

So Talut pada mulanya agak keberatan untuk membenarkan David atau Nabi Daud ni berperang. Yela, budak lagi kan?. Tapi kita short story je la eh. Akhirnya Talut benarkan juga Nabi Daud berperang one by one dengan Jalut.

Sebenarnya korang, sepanjang perjalanan sebelum menentang Jalut, Nabi Daud ni ada jumpa beberapa batu. Batu ni berbicara dengan Nabi Daud, supaya bawalah mereka ke medan perang. Nabi Daud pun ambil. Jalan depan lagi, ada lagi batu yang minta supaya dikutip. Maka Nabi Daud pun kutip dan bawa batu batu ni sekali menuju medan perang.

Nabi Daud ada satu senjata, seperti diceritakan oleh ibnu kathir. Senjata ni aku ringkaskan sebagai lastik la. Tapi betul ke lastik tu aku tak tau. Tapi ciri ciri yang diceritakan, memang boleh kita buat perumpaan senjata itu adalah lastik.

Bila di isi batu dan ditarik, tercampak lah batu tu. Kang aku kata pistol, melampau sangat. Haha. Tapi pistol pun lebih kurang definisi yang sama la kan? Isi peluru, picit, tembak. Haaa.. Ikut lah nak letak apa pun, yang penting senjata.

Dan semasa berlawan dengan Jalut, senjata atau lastik inilah yang digunakan oleh Nabi Daud. Pada awalnya memang Jalut merendahkan Nabi Daud. A

dat la tuan tuan, orang yang jauh lebih kuat akan sentiasa pandang rendah pada lawan dia. Diorang ingat boleh tapau je yang kecik kecik ni. Sama la macam kisah ni. Nabi Daud tu memang dipandang sebelah mata je.

Sambung.. Diceritakan, semasa mengelak dari libasan libasan pedang Jalut, masa ni la Nabi Daud ambil peluang snipe kepala Jalut. Ditarik lastiknya, dan dengan batu yang ada tadi… Papp!! Headshot. Headshot, tersungkur Jalut. Jadi pemenang bagi one on one ni adalah Nabi Daud.

Ingat tak tadi kita cerita, apa kesannya kalau Raja yang kalah dalam one on one ni? Kalah la tuan tuan. Gais.. korang kena bayangkan zaman dulu, apa pentanda perang itu tamat?

Satu, apabila ketua atau raja terbunuh, atau dua, pemegang panji atau bendera jatuh di tanah dan takde orang kutip dah panji panji tu.

Sebab tu zaman orang arab perang semasa zaman Baginda Nabi, kita ada baca cerita tentang adanya sahabat yang sanggup putus tangan dari biarkan bendera atau panji orang Islam Jatuh.

So long story short, menang lah Bani Israel atas orang Kanaan Ketika itu. Dan masuk la mereka ke dalam Tanah Canaan. Dan ini adalah kemenangan yang besar ye gais. Seluruh palestin atau Kanaan Ketika itu dapat ditakluki oleh bangsa Israel.

Oh lupa, sebelum ni Talut ada berjanji sesiapa yang dapat mengalahkan Jalut akan di jadikan menantunya. Jadi Nabi Daud mengahwini anaknya dan akhirnya menjadi Raja mengantikan Talut.

Kalau ikut bible, David ni raja ketiga, bukan raja kedua. Tapi aku tak nak bahaskan tu kat sini. Dan aku rasa penting untuk aku clarify something.

Since maybe this story akan keluar ke tiktok, jadi aku rasa aku kena tegaskan Kembali pegangan kita since from the very beginning. Pegangan kita adalah Alquran dan hadis, dan apa apa yang dari bible selagi tak menyalahi keduanya, kita terima. Yang salah, kita tolak. Yang Tengah Tengah ni, haa yang ni betul2 kena kritikal thinking.

Sebab dalam tiktok, u can talk about everything. And I mean literally everything. And people will be convinced. Ni bahaya. Sebab aku takut nanti korang akan encounter cerita tentang Talut yang dengki dengan Nabi Daud dan akhirnya berniat untuk membunuh Nabi Daud. Which is pada aku, not really accurate. Sebab apa?

Sebab dalam Al Quran dah mengatakan yang pilih Talut tu adalah Allah. Dan Pilihan Allah tak pernah silap. Jadi kita kena berpegang, yang bahawa Talut tu adalah orang yang baik baik yang Allah pilih.

Tuan tuan, Allah kalau sebut nama dalam Al quran, means orang tu betul2 special. Sama ada baik atau jahat je. Yang baik of course la nabi nabi dan ada juga yang bukan nabi macam Imran, luqman. Tapi yang jahat pun ada jugak, macam Haman dan Qarun.

Haaa… So next time, kita kena berhati hati. Sebab tu aku tak go into detail sangat apa yang diceritakan dalam Alkitab sampai kita hanyut dengan benda yang tak pasti. Hingga semua kita bahaskan for the sake of knowledge. No. We have to draw the line. Okey? Membaca, melihat dan berfikir.

Sambung.. So long story short, setelah Raja Talut meninggal, Nabi Daud pula yang mengambil alih takhta Kerajaan sebagai Raja. King David. Semasa zaman King David inilah permulaan zaman kegemilangan Bani Israel. The first nation state of Israel ataupun Israel Raya.

Tapi Kerajaan Israel Ketika ni Kerajaan Islam ye. Kerana mereka masih menyembah Allah dan masih mengikuti syariat Islam. Bukan Israel sekarang. Israel sekarang adalah yahudi yang dah bercampur aduk sangat dah..dan tak berpegang dah pada old and new testament, mereka berpegang pada Talmud.

So, semasa zaman King David atau Nabi Daud memerintah ini lah zaman keemasan Bani Israel. For once, a peace really become a reality. Masa ni memang zaman keamanan. Kerana Nabi Daud sendiri seorang Raja yang hebat.

Tuan tuan, raja zaman dulu tak boleh nak samakan dengan Raja atau sultan pada zaman zaman sekarang. Sebab Zaman dulu king atau sultan ni all roundess. Semua benda dia hebat. Matmatik, fizik, falsafah, taktik peperangan, eh semua lah. Dan Raja Daud ni memang Raja yang hebat.

Dibawah Baginda lah 12 tribe of Bani Israel bersatu. Nation State. Negara berasaskan bangsa. Sama macam Tanah melayu dulu la. Dan Raja Daud ni memang disayangi oleh seluruh rakyat dia ketika itu. Masa tu setiap dari Suku kaum bani israel ni dapat tanah masing masing. Kira macam setiap suku tu ada negeri masing masing.

Dan dalam Israelraya ni ada 12 negeri which based on keturunan Bani Israel. Seperti Kingdom of Judah, Tribe of Dan, Ruben, Mannaseh dan lain lain.

Dan Allah cerita dalam Al Quraan, yang Nabi Daud ni adalah orang yang bijaksana dan mempunyai Hikmah. King kan?

Macam aku cerita tadi. King zaman dulu all roundess, dialah komando perang, dialah yang pegang pedang, dialah yang turun jadi hakim untuk rakyat, pucuk pangkal semua lah. King dulu memang betul2 servant, in order untuk mereka menjadi real Kings. Well, its supposed to be that way, betul tak?

Jadi Allah rakamkan dalam Quran tentang kebijaksanaan Nabi Daud tentang penghakiman dia terhadap dua orang yang datang kepada dia bergaduh tentang satu Issue.

Dan kat sinilah yang kalau kita membaca Surah Sad, kat part ni la yang kita diminta bersujud seperti bagaimana Nabi Daud bersujud. Tapi, aku tak nak go tru detail untuk bab ni. Homework gais? Yeah, ni la homework korang kali ni. Haha.

Nabi Daud ni gais, ada beberapa kelebihan yang Allah beri pada dia. Salah satunya adalah kemahiran Nabi Daud melembutkan Besi. Kira besi tu dia boleh custom made la. Sebab tu la ketenteraan masa zaman Nabi Daud adalah kententaraan yang advance masa tu.

Yela, cuba korang bayangkan baju besi ni boleh custom made untuk ketenteraan, boleh bayangkan tak betapa kuat askar dia?

Kat sini aku bukan cakap kosong taw, sebab sebagai ahli dalam bidang kejuruteraan lebih lebih lagi dalam microstructure, besi ni boleh berubah kepada properties yang kita mahu dengan cara yang betul.

Sebab tu kita tengok dalam movie kalau para tukang besi buat pedang, dipanaskan dulu pedang tu kemudian diketuk dan dicelup terus ke dalam air. Proses ni adalah untuk mendapatkan custom properties dari besi tu. Supaya nanti dalam perang, pedang ni tak mudah patah.

So Tuan tuan, Allah memang bagi King David atau Nabi Daud ni satu kelebihan yang besar dengan mampu melembut kan besi tanpa melalui semua proses proses tu. Hebat kan?

So korang bayangkan la kalau such technology exist nowadays, apa akan jadi? Nak bentuk besi tak perlu panas, cukup pegang dan bentuk. Nak besi tu ringan sampai boleh terbang, atau nak besti tu berkilat tanpa karat?

U name it. Negara yang memiliki teknologi tersebut automatic menjadi negara yang terkuat. Sebab boleh custom made even senjata. Can u imagine that?

Selain dari tu, Allah beri Nabi Daud ni kelebihan dengan suara yang merdu. Hingga suara yang merdu Nabi Daud mampu membuatkan burung burung dan gunung ganang ikut bertasbih bersama. Ingat tak kitab kitab yang kita perlu beriman ada berapa? Empat kan? Taurat, Zabur, Injil dan Al Quraan.

Dan Allah beri kitab Zabur ni kepada Nabi Daud. Kerana Zabur ini berirama, dan apabila di baca oleh Nabi Daud, maka terhasillah tasbih berirama yang memuji Allah hingga menuntun setiap jiwa yang mendengarnya. Dan Zabur ini mukjizat Nabi Daud.

Okay, lets back to the timeline. Nabi Daud atau king Daud ni, dia ada ramai anak, which aku taknak go into detail. Cukuplah korang tau dia ada ramai anak dan salah satunya adalah Sulaiman, ataupun Solomon. Kita mengenali dia sebagai Nabi Sulaiman.

Haa… Dah nak best dah cite ni. Tapi tapi.. Tapi gais, untuk kali ni, aku nak tamatkan sampai Nabi Daud je dulu. Kita akan buat satu entry special untuk King Solomon nanti.

So, Nabi sulaiman ni adalah shehzade dalam Bahasa turki. Yang bermaksud Putera Mahkota, Anak Nabi Daud. Putera Mahkota ni maksud dia, kalau lah Raja bagi sesuatu Negara tu Mangkat, maka next in line adalah Putera Mahkota yang akan naik menjadi Raja, menggantikan Raja sebelumnya.

Masa ni, Nabi Sulaiman masih muda remaja. Allah khabarkan dalam Al quraan, Allah beri kefahaman yang lebih pada Nabi Sulaiman. Nabi Daud ni sendiri dah penuh hikmah, tetapi Nabi sulaiman Allah kata, Allah lebih kan lagi. Ni bukan aku yang cakap tau, ni apa yang Allah sendiri ceritakan dalam Quran.

Aku cuma petik satu kisah yang diceritakan dalam hadis yang panjang tentang kebijaksanaan Nabi Sulaiman. Ketika ada satu peristiwa ni, Ketika ada dua orang wanita sedang berebut kan seorang bayi, dikatakan bayi salah sorang di makan seringala, tinggal seorang je bayi, maka dua orang Wanita ni berebut. Satu muda, satu dan satu lagi berusia.

Kita kena bayangkan, zaman dulu tak sama macam zaman sekarang. Zaman dulu takde day care, atau taska atau sekolah. Jadi kalau nak buat keje, bercucuk tanam ke, cari makanan ke, diorang tak simpan anak dalam rumah. Diorang kena bawak, dan di letakkan di satu tempat.

Mungkin tempat tu boleh dilihat atau tidak jauh dari tempat mereka berkerja. Jadi sama la kes ni. Mungkin waktu dan ketika itu, mereka berdua datang dan bekerja, lalu diletakkan di tempat yang sama. Yela nak bagi senang kan?

Takdir Allah, mereka pun tak tahu akan ada serigala datang dan makan salah seorang bayi tu. Ni aku suruh korang bayangkan tau, bukan apa yang terjadi. Sebab dalam membaca teks lama, kena kritikal thinking sikit. Lebih2 lagi kalau hadis, kena betul cermat.

Sebab ni kata kata Baginda Rasul 1400 tahun yang lalu, which is takde Bahasa macam sekarang. Kena hati-hati. Lebih lebih lagi Al quraan itu turun melalui Baginda Nabi kan? Jadi Bahasa Hadis tak sama dengan bahasa yang biasa biasa.

So, long story short, bila dua dua Wanita ni balik dan hanya ada satu bayi, mereka pun berebut dan bergaduh. Masing masih kata ni adalah baby mereka. Yela, masa tu kan mana ada Dna test.

Plus korang kena bayangkan, kalau korang lah ibu tu, mampu ke korang kenyataan yang anak dah dimakan oleh serigala? Kadang2 bukan nak menipu, Cuma tak mampu terima kenyataan. So dalam tak sedar menipu diri sendiri. Just want some comfort, isn’t it?

Jadi mereka datang ke Nabi Daud, dan mereka adukan perihal masalah mereka kepada Nabi Daud untuk dihakimi.Long story short, apa kata Nabi Daud?

Nabi Daud mendengar kedua dua perbahasan dari Wanita ini, cumanya perbahasan Wanita yang lebih tua ini lebih meyakinkan. Lebih kemas orang kata. Jadi Nabi Daud Daud pun buat keputusan, untuk memenangkan Pihak Wanita yang tua tu.

Personally, aku rasa tak salah pun pandangan Nabi Daud. Mungkin pada Ketika itu Nabi Daud juga berfikir, Perempuan muda ni masih muda, masih mampu beranak ramai, sedangkan yang tua ni mungkin itu anak terakhir dia. Who knows? Mungkin.

Wanita yang muda ni of course la tak puas hati. Meronta ronta berteriak.

Tapi, Nabi Sulaiman interup. Dia kata wait papa.. please hear me out. I have different opinion on this. Lebih kurang macam tu la. Nabi Daud kata apa? Please my son, enlighten me. Chewah.. Takdela diorang speaking, tu for the sake of the story je tu. Tapi nak kata kat sini, Nabi Daud tak ego.

Korang bayangkan la, King bagi hukuman tetibe Putera mahkota masuk campur. Pride sebagai Raja membolehkan Nabi Daud tolak je permintaan Sulaiman, tapi tak.. Dia memang penuh Hikmah. Nabi Daud izinkan Nabi Sulaiman beri pandangan.

Nabi Sulaiman pun mintak pedang. Lalu datang kepada bayi tu dan berkata pada Ayah dia, Papa, I want to split this baby into two. Aku nak belah bayi ni kepada dua, supaya boleh dapat sama rata. Masa ni Nabi Daud dah Nampak dah permainan anak dia. Kira dah dapat baca la. So dia pun kata, please My son, please proceed. Potonglah nak..

Jadi Nabi Sulaiman pun angkat pedang, masa nak hayun kan pedang tu, Wanita muda ni berteriak. Wait wait my prince… Please wait.. Jadi Nabi sulaiman pun berhenti. Wanita tu terus teriak, “Tu anak kak tu, bagilah la kat dia. Saya bukan Mak dia. Kesiankanlah kak tu, bagi lah kak tu..

Nabi Sulaiman pun tersenyum, dan seraya berkata “Papa, this is the true mother of this baby.. Ayah, inilah mak sebenar kepada bayi ini. Kerana dia tidak tegar bayi ini dibunuh, kerana baginya biarlah anak nya tetap hidup walaupun bukan dengan dia.

Jadi fahamlah semua orang, dan Nabi Daud pun memulangkan semula bayi itu kepada maknya yang sebenar, which is Wanita muda tu. Cerita ni Ni based on hadis ye tuan tuan. Kalau korang nak homework lebih, boleh cari okay?

Nabi Daud ni, dikenali sebagai orang yang amat protektif dengan Isterinya. Di khabarkan, Nabi Daud bina satu mihrab untuk Isterinya sorang je. Orang lain tak boleh masuk kecuali dia dengan Isteri dia.

Maka ramailah pengawal yang mengawalnya. Masa ni ibu negara Israel raya ni kat Palestin, which is baitul maqdis. Baitul maqdis ni dah lama dah dibina, sejak zaman Nabi Adam lagi. Cuma aku tak nak bahaskan isu ni, nanti lebih jadi Panjang. Cukuplah korang tau, bahawa Sejarah ni ada beberapa pandangan atau versi.

Eleyh, korang dengar cerita tentang Mawie dengan Eykyyn tu pun ada beberapa versi kan? Haa sama la macam sejarah. haha. Ni Cuma nak bagi faham je.

So long story short, ada satu hari ni Isteri Nabi Daud nampak dekat dalam mihrab tu ada seorang lelaki yang hensem mabeles segak bergaya dengan seekor kuda putih.

Korang jangan la bayangkan mihrab tu satu je ada kat situ. Of course la Nabi Daud sediakan macam taman sikit2, ada pokok2, ada tempat berehat untuk dia dengan isteri dia. Bukan lah kecik mana.

Jadi mungkin ketika itu isteri Nabi Daud baru je nak masuk, dan ternampak. Lalu terdetik dalam hati isteri dia, kalau Nabi Daud tahu maka lelaki ni akan dihukum mati.

Long story short, Nabi Daud pun datang. Bila ternampak lelaki ni, of course la dia marah. Dia marah campur pelik. Yela, sebab tempat tu dikawal rapi kan? Macam mana boleh masuk? Betul tak? Lalu dia pun bertanya, Siapa kamu?

Lalu lelaki tu menjawab, aku adalah lelaki yang tidak takut pada para raja. Bahkan semua raja tunduk kepadaku. Aku adalah lelaki yang sentiasa mendapatkan apa yang aku inginkan, tiada tembok yang tidak mampu aku tembusi, tidak ada suatu tempat pun yang tidak mampu aku pergi.

Maka Faham lah Nabi Daud, bahawa lelaki itu adalah malaikat maut yang ingin mengambil nyawanya. Tuan tuan, kalau malaikat maut datang, Siapa pun tak mampu nak rasuah malaikat maut. Kaya mana pun, raja mana sekali pun, bila sampai masa, thats it. Youre time up.

Lalu King David atau Nabi Daud ni pun wafat. Masa ni seluruh negara bersedih. Sebab Nabi Daud ni adalah figure raja yang sangat baik dan disayangi seluruhnya oleh Bani Israel.

Semasa hari pengebumian dia di khabarkan beratus ribu orang datang hadir sebagai tanda penghormatan. Dan pada hari ini lah, kali pertama direkodkan bahawa Nabi Sulaiman, mampu bercakap dengan burung. Haa.. Saspen tak?

Tapi yang tu aku terpaksa mintak maaf, sebab aku terpaksa sambung lagi sekali. Bukan apa, kerana aku nak specialkan satu entry khusus untuk Nabi Sulaiman. Korang nak dengar lagi ke? Sebab kali ni, aku rasa memang betul panjang aku menulis ni.

Oh dan aku Cuma nak ingatkan, aku Cuma ingin bercerita tentant asal usul bani israel, bukan kisah Nabi nabi pun. Cumanya, memang Nabi nabi tu memang ramai diturunkan pada Bani Israel, jadi aku ceritakan lah timeline dia.

Mungkin akan ada Nabi yang aku skip, sebab kita nak stick pada pengkisahan asal. Which is Israel. Dan Nabi sulaiman ni pun memang asal dari Bani Israel, dari susur galur Yahuda.

Jadi kali ni, aku akhiri dulu kisah aku ni pada kewafatan Nabi Daud, dan aku akan start cerita tentang King Solomon ni next story, boleh tak?

Dan aku mintak maaf, kalau bahasa aku agak tidak tersusun. Sebab aku baca komen korang yang kata aku banyak menyimpang, indeed precisely la yang cerita aku susah nak faham. Aku mintak maaf ya, sebab memang penulisan ni bukan my strongest forte.

Aku akui awal awal. Im not a writer, walaupun pernah la aku confess kat IIUM Confession sebelum ni, tapi still aku bukan writer. Plus cerita aku sebelum ni pasal SPM, bagi motivasi kat adik adik, yang kita belajar ni bukan kerana A. Tapi A menujukkan yang kita ni belajar. Kita belajar supaya kita boleh berfikir. Aku pun tak ingat dah entry aku tu. Haha.

So gais, sikit lagi. Next kita akan pergi ke zaman Nabi Sulaiman, dan kita akan bahas kan tentang temple of Solomon yang feymes tu, tentera Nabi sulaiman yang terdiri dari jin, manusia dan haiwan.. dan last sekali kita akan pergi pada berpecahnya Bani Israel setelah kewafatan Nabi Sulaiman.

Haa.. Dan dari sini nanti aku akan start guna term yahudi. Sebab Yahudi ni adalah salah satu dari kaum sulur galur Bani Israel yang survive dari malapetaka yang menimpa Kaum Bani Israel nanti. Hingga akhirnya hilang sepuluh susur galur Bani Israel tu. Lost tribe? Maybe..

Cuma, aku takkan sentuh detail sangat, sebab macam aku cakap tadi, lets stick to the timeline first. Ada masa, aku sasar kan sikit tentang lost tribe tu, okey?

Tapi ada teori yang mengatakan orang Melayu ni adalah dari salah satu Tribe yang Lost tu, betul ke? Haaa.. Tunggu perbahasan tu nanti. Haha.

Oklay la korang, aku rasa sampai sini dulu kot penulisan aku kali ni. Ada masa, aku akan sambung tentang Nabi Sulaiman pulak.

Terima kaish Daun Keladi. Apa yang baik tu korang amiklah, apa yang tak tu, korang tapis lah.

Aku undur diri dulu, Assalamualaikum.

– Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. please sambung!! nice content.
    btw amin bole ke share reference buku2/novel2 yg amin rujuk utk kisah tanah yg dijanjikan? sbb sis pon lately da baca alquran, & yes bahasa al-quran ni memang padu dan sastera nya memang another level tinggi nya supaya dapat faham timeline, kisah2 nabi dan kaum2 yg di mentioned dlm al-quran.

  2. Dear writer amin, i don’t think your penulisan ni bnyk menyimpang, its just sejarah mmg bnyk kaitan sana sini, toksah ckp sejarah, dalam sehari pon kdg bnyk bnde yg menyimpang sana sini, contoh dlm sehari tu kite plan nk gi keje buat tu buat ni tapi last2 lain yg jadi, so i just want to tell you, i can follow your story just fine.. coz ade arah, ade misi, just there’s too many to tell, i understand and thank you very much for sharing!!! No thank you is enough! Your writing about this particular history is very fun to learn although bloody but i hope you get my point. Please continue sharing! ❤️

  3. niceee..saya tak rasa menyimpang pon.
    boleh je follow..nak tanya la apa jadi pada org kanaan selepas bani Israel menang ke atas orang Kanaan? saya assume orang Kanaan pon hidup aman bersama bani isreal yg lain la ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *