aku budak pjj
hai semua,
umur aku 23 tahun.pejam celik, pejam celik tahun nie kiranya dah nak abes tahun ke 2 aku jadi budak pjj kat uia gombak nie.
aku ada baca pasal confessor yang confius sama ada nak buat pjj atau full time.. tapi bila scroll tak jumpa dah. jauh sangat kot.
aku just nk share sikit jela pasal life aku sebagai org yang bekerja dan student pjj nie.
macam yang korang tahu, isnin sampai jumaat mostly pjj student nie kerja. depends keja gov or swasta.
macam aku, aku keje swasta dan selalu kena buat overtime sebab lambakan kerje.every single day!
pastu sabtu n ahad plak aku kene pergi kelas seawal jam 9-5 petang ( depends on lecturer) kalau dapat lec yg suka lepaskan awal, lege laa sikit. kalau tak berasap laa ktorang. oh ya, bukan tak ada cuti, ada jer..biasanya selepas sebulan akan ada satu minggu yg xada kelas.
segala assignment, presentation, quiz,final same je macam korang. kiteorang pon kena buat jugak. tak de istilah lec nak bagi markah free ke hape.. mmg xade.
boleh korang bayangkan x, isnin smpai jumaat keje full. malam nya pulak korang bersengkang mata nk siapkan assiment. tu pun kalau dan nk siapkan..biasanya aku tido macam paus dah.keletihan.
kadang2 esok nak present malam tu baru kau and whole ahli group baru terhegeh2 nak cari isi segala bagai.transfer2 bahan guna email jer.
mase tulaa kalau internet n laptop buat hal segala tok nenek sumpah seranah keluar.hehe..
serius aku cakap wei, penat memang penat. dah laa tak de life. tapi ada banyak benda aku sedar,nampak and belajar masa aku buat pjj nie.
1)aku tahu dan lebih hargai setiap saat yang aku ada.bila masa aku patut keluar, balik kpg, berpoye2.. dll
2) aku tak buat sebarang pinjaman utk sambung degree nie sebab aku bayar setiap sen yuran guna gaji aku setiap bulan. aku x bebankan parents aku. so, parents aku legaa sgt..sebab adik2 aku ramai lagi nak guna duit.
3) aku dapat classmate dan lecturer yg baik :) nie memang aku hargai sangat. serius we, lec uia yang ajar ktorg memang best. sgt memahami kekalutan kami..hehe
4) aku dapat pengalaman bekerja dan aku dapat degree at the same time. berbaloi.
5) aku jadi pandai manage duit.
6) aku jadi lebih knowledgeable. life aku tak sia2 setiap hari. sentiasa proaktif. sebab aku xada masa nak layan2 jiwang2 dan perasaan yang tak tentu hala.i love to get buzy.
korang boleh hadam tak apa yang aku taip nie..hahaha.. btw kalau
ada pape nak tau pasal pjj nie next time aku taip lagi..
kepada kawan2 yang sedang buat pjj tu, bertabahlah ye. anda memang hebat!
– sizuka