Kepada budak poli dan UiTM, saya tulis confession ni sebab saya banyak baca kebelakangan ni banyak confession tentang budak poli dan UITM dipandang sinis oleh masyarakat hanya kerana bukan belajar di universiti (kecuali UiTM)
Biar saya ceritakan kisah saya sebagai budak Poli dan UiTM. Saya adalah budak poli, buat sijil bukan diploma. Lepas SPM saya hanya dpt sambung poli sedangkan sepupu sepapat yang sebaya dengan saya dpt sambung U. Masa tu rasa sedih sangat bila orang cakap "kesiannya awak tak dapat sambung universiti". Sedih sebab kita dibandingkan dengan orang lain. Tapi disebabkan nak lawan mentaliti orang yg macam tu, saya pilih untuk masuk poli dan belajar bersungguh2 dan berjaya graduate sebagai graduan terbaik course saya masa itu. Di poli saya belajar kenal diri saya sendiri dan berubah menjadi orang yang lebih baik.
Lepas habis sijil, saya sambung diploma dan degree di UiTM. Masa diploma, saya gunakan ilmu yang saya dapat masa di poli utk buat service format laptop dan lain2 yang berkaitan dengan komputer untuk student perempuan. Masa tu ramai student perempuan bergantung dengan student lelaki jika ada masalah komputer. Saya bukan saja dapat tambah duit poket dengan ilmu saya dapat dari poli malahan saya dapat tolong student lain dengan tawarkan harga murah untuk service saya berbanding di tempat lain. Masa degree, saya mula berjinak dengan business online dan dengan business tu saya dan adik saya mampu menampung kos hobi kami yang agak tinggi.
Lepas 5 tahun di UiTM, saya graduate dengan 1st class degree, result saya lebih baik daripada kawan2 yang bukan produk poli dan diploma UiTM. Sekarang saya sedang sambung master oversea under scholarship dan insha Allah akan tamat pada september ini. Banyak yang saya belajar masa belajar di POLI dan UiTM dan disebabkan pensyarah2 di sanalah yang membentuk siapa saya hari ini. Alhamdulillah dengan usaha, doa dan izin daripadaNya, saya berjaya tunjukkan siapa saya pada mereka yang dahulunya memperkecilkan saya.
Kepada sesiapa dari politeknik atau UiTM, jangan bersedih. Nasihat saya jangan tunduk dgn mentaliti masyarakat kita kerana bukan mereka yg tentukan future awak tapi awak yang tentukan hidup awak sendiri. Abaikan pandangan sinis orang yang kata budak poli atau UiTM lekeh sebab saya bangga saya boleh beritahu semua saya budak poli dan UiTM dan saya boleh pergi jauh disebabkan saya hasil dua2 ipt ni. Belajarlah bersungguh2 untuk tutup mulut dan mata orang yang pandang sinis pada awak. Insha Allah, usaha anda pasti ada hasil dengan izinNya.
Kepada sesiapa yang pandang budak poli dan UiTM ni lekeh, silalah lihat diri anda sendiri. Daripada merendahkan2 orang lain lebih baik anda perbaiki diri sendiri dulu sebab anda pun belum tentu sebaik dan sebagus orang yang anda perlekehkan.
I am proud to be a poly's and uitm's graduate.
– nhk
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
#uitmdihatiku. hee
Eiza Salwani
F6 cam na lak?dok kt kolah lg Hahahahaha
Hyae Rwanie, can be u n me?
Ya… U r right….
UiTM dihatiku..