aku bukan aku – 7:08 PM

aku bukan aku

assalamualaikum.aku pljr ipts,umur 20an(anak2 90an) dan bakal grad tidak lama lagi n kerja.keluarga bukanlah orang susah bukan juga senang tapi selalu pindah randah kerana abah kerja kerajaan.aku x ramai kawan tp ramai kenalan sbb selalu n dah baisa aku tinggalkan dan ditinggalkan oleh kawan2.rupa paras alhamdulillah x lebih x kurng cuma aku x cantik even ada rakan yang memuji aku manis..(lelaki pon x pernah pndg aku dua kali kalo berselisihan,so assume aku x cantik ok!)…aku ada satu mslh dr dulu sampai skrg.,iaitu aku cepat perasan n rendah diri.nak dijadikan cerita aku dulu sekolah rendah biasa (lelaki perempuan) n agama menengah(perempuan shj).ini bermakna aku x tahu perangai kelakuan lelaki mcm mana..sbb asyik dgn perempaun je…even dgn adik lelaki aku x rapat…slps keputusan spm rezeki murah dapat tawaran mara di satu ipts yg course dia memg azab nak bljrnya.(dirahsiakan~lol).masuk je ipts,hidup aku berubah.culture shock lg2 masuk ipts yang bg aku agak sosial.(maaf tp ini bukan pukul rata)..hari pertama orientasi:aku awkward x tahu camna nak interaksi dgn students dlm dlm satu group sbb mostly mereka foreigners n melayu speaking sesama melayu.well aku x kisah semua tu tapi aku x reti nak bercakap .then aku realize yang aku pandai english hanya dlm kertas bukan dimulut.sia2 BI aku A.mostly mereka x brckp dgn aku sbb aku x pndai respons,x sumbang idea hanya pandai angguk.aku sometimes x dpt tgkp apa yg diorg ckp buat aku jauh.aku kecewa.esoknya aku x dtg orientasi seminngu straight..(ipts x strict sgt bab orientasi tu sbb kita yg byr lulszz,berani nak tatatertibkan kau sbb x dtg?? ~eh eh,Aku berani sbb kelas sekolah selau ponteng tapi spm11A,ceh!).seminggu tu aku merayau keliling bandar,mkn2,lyn movie,huh.bermulannya kelas,aku diuji soft skill aku yang memg tahap ciputlah ilmu tu didada.biasanya org normal akan cari kengkwn baru kenal2,tapi aku x,senyap jek baca buku nota chemistry spm yang aku tulis kumpul sjk dr f4.aku tunduk je baca buku log kecil tu.memg aku x endahkan orang.(gilakan?spm dah lepas tapi bajet x nak tinggal ilmu kononnya).orang tanya sepatah aku jawab sepatah.sbb aku memg xtahu cane cara nak buat kawan baru.serius.dalam kelas aku duduk depan,hujung sbb x nak orang dtg approach baik [email protected] dijadikan cerita,aku siap2 nak kemas buku balik bilik sorang lelaki dtg tegur hai.aku jawab hai.dia tanya nama sape?aku jawab nama aku X.pastu aku blah…..tapi aku terus perasan fikir dia suka aku sbb difikiran aku dlm ramai2 perempuan kenapa tegur aku but at the same time aku rasa menyampah asal lak nak suka aku(see,aku perasan)…buat semak hidup je.aku pon x tahu kenapa aku x mcm perempaun lain yg tergedik gedik kat lelaki.aku akui perempauan ni mudah perasan tapi ni lain mcm.,aku x mudah suka kat lelaki tp mudah perasan kronik.n aku x tahu nak kawan dgn lelaki jadi baik aku show yg aku x minat nak kawan.n kami akan ditakdirkan terserempak di area kolej tu.naik turun tangga,di balkoni,dia masuk aku keluar(time ni lg la perasan sbb dia bukakan pintu,pintu kaca) hmpir setiap hari weyhh…at that moment,dtg kelas aku mesty buat muka kononya aku x suka dia,,mata slek ke atas muka masam(alah muka cam kau benci org tu la)..dia pon realize jgk la,pastu mcm dia terasa then dia x endahkan aku.tapi aku tgk dia baik je dgn rakan2 sekelas yg lain..6 bulan slps tu baru aku tahu yg dia anggap aku mcm classmate shj x lebih dr tu.mak we pon hot stuff kau!(aku baru tahu sbb aku x ambil port bab gosip).kalaulah aku x perasan lebih,mesti aku berkawan dgn dia skdr classmate,tp sbb aku perasan kami x bercakap lgsg.pd fikiran aku mesty dia fikir ek eleh pompaun tu perasan lebih2.malu aku smpai skrg dgn dia.n kitaorg mcm x pernah kenal.then aku realize ni berpunca dr sikap yg dtg dlm diri aku.INNER SELF.aku terbiasa dgn persekitaran x ada lelaki,kawan perempuan yg boleh dikira dgn jari dan buat hal sdr.aq culture shock giler2 di situ.semuanya berbeza dgn hidup aku di sekolah.oh yaa, balik sekolah aku terus balik rumah.lepak kdg2 shj sbb x de kawan.aku kecewa sbb aku x de soft skill.introvert sgt.aku teruskan hidup mcm biasa,x ramai kwn baik laki pompuan n buat hal sdr sehingga ramai yg fikir aku ni pelik sampai ada org geli nak kwn dgn aku(aku x tahu kenapa dia geli hahahh),tp aku x pelik dgn diri aku sbb ni yg aku develop dr kecil.bila lecturer suruh bentuk grup mesty aku sorang je yg kena minx masuk grup org bukan org yg minx aku masuk.kiranya aku bukan target diorg utk buat members ahh..dlm grup discussion lglah aku fail..aku fhm je konsep sesautu benda tu tp utk aku xplain dkt org bukan mudah sometimes mereka x fhm yg hanya aku shj faham.ni menyebbkan bila aku lontar idea mereka buat endah x endah sdgkan idea org lain fikir tu sama dgn apa aku xplain td n aku dah lama fikir.sedih~.n result aku low sbb bila aku x fhm aku x reti nak tanya lecturer yg mostly mereka foreigners juga.tp nasib aku survive,rezeki..tu pon sesak nafas.selama year1 aku buatt hal sdr..masih dgn gaya intovert,sombong dgn semua lelaki yg aku jumpa(sbb aku nak elak sifat mudah perasan ) tapi cakap guna saya awak dgn lelaki sbb aku x biasa(ni silap aku plg besar gak r sbb members lelaki ckp diorg geli do ckp saya awak kalau kau tu not someone special in their life)..,x pndai speaking(pandai english x bermakna kau pandai brckp,lain tau)

masuk tahun 2-3,aku ubah cara aku,aku akan jadi lebih bebas.aku mula ubah cara pakaian aku.dulu berbaju kurung manis diganti dgn seluar slack hitam n blouse.aku nekad untuk jadi lebih talkative n peramah x kira dgn siapa.orang nmpk perubahan aku.mereka mula mendekat.it was a struggle mula mulanya utk kau gain confident org tp aku yg initiate dulu semua benda.terserempak dhn org aku say goodmorning n salam,selisih dgn org aku senyum,byk bertanya,byk buat lawak…aku bljr english dgn ckp2 n embebel sorg2.apa yg foreigners ckp bahasa pasar aku tulis dlm buku.aku byk tanya diorg cane nak guna bahasa psr…aku juga x lupa bahasa arab yg aku ambil dulu..aku cuba rapatkan diri aku dgn budak syria mesir jordan kat kelas aku.english lak aku suka slang afrika hahah x tahu kenapa.english aku improve sampai kwn aku impress aku boleh gelak2 ckpdgn lecturer ireland(dia teman aku masuk office lecturer tu) mula2 aku awkward gila bila org nak kwn aku sbb aku dah biasa sorg2 tp lama2 aku terbiasa.aku buang semua perasaan aku yg lama.AKU NEKAD BEREUBAH.yg pastinya semuanya berubah.since aku mula dah blend dgn culture ipts aku jd terikut.pergi ke kelab mlm tu x lah,aku ada agama kot cuma aku dah pandai lepak mkn kat kafe dgn laki pompuan tp aku masih lg jg batas aku dgn x bersentuh lgsg x kira berlapik atau x.aku cuma geleng kepala jek bila kwn bertepuk tmpr laki pompuan,aku mula bljr cane cara nak gurau kasar dgn lelaki,guna aku kau dgn lelaki,ckp straight2 i,x berckp manja dgn lelaki mcm ckp dgn pompuan,tebak apa yg difikiran lelaki bila kau tgh ckp@pakai,x guna emoticon senyum bila kau wasep@sms laki n pape je bout males(but not everythg laH).semua ni aku bljr sbb niat aku x nak perasan n x nak lelaki perasan aku suka dia jgk n juga aku x nak mana2 lelaki berharap kat aku..aku suka x pe hahhahah(aku pndai control perasaan suka aku).aku suka bersama kawan lelaki bila diorg anggap kau kawan n takde rasa lebih (cinta)utk kau..aku rasa happy sbb aku x de engaged dgn sesape sbb prinsip aku aku x ready nak kenal lelaki sblm aku nikah ,rncg nak kawen umur 28 n aku suka konsep bercinta slps nikah tp aku x tahu nasib rezeki aku allah tentukan camna. tapi aku manusia.aku terlepas pndg.ada hamba allah suka aku(aku tahu sbb aku ada serap ilmu cara laki nak ngorat pompuan cane dr 3 kwn laki baik aku)..dia tan,tinggi,bergaya,lagi tua dr aku,course lain..aq pulak hitam manis,rendang,comot sikit.perkara ni buat rasa rendah diri aku dtg balik slps bertahun lamanya.aku terfikitr kenapa dia suka aku sdgkan pompuan lain ada.dia juga bukanlah seorg yg layan pompuan ikut pemerhatian aku.again,mentality aku x dpt diubah..disbbkan aku rasa rendah diri aku buat benda yg sama dkt dia apa yg aku buat dkt lelaki masa aku first year.aku pon dah lupa teknik cara nak handle laki cane.aku hilang pertimbangan.asal dia ada je aku masamkan muka..aku buat tu sbb aku minat dia sikit jadi aku x nak bazir masa kenal lelaki n plg penting nak buang rasa rendah diri aku yg aku x mgkn dptkan dia.bodohkan?….n result dia juga sama dgn lelaki tu punya action.kami awkward sampai skrg….cara aku yg terbuka n berubah menyebabkan ramai lelaki dtg approch(test market kononnya,p/s:lelaki ada yg suka bila ramai pompaun suka dia) sbb ada yg fikir aku ni easy to get n catch(playboy mesty tahu prinsip ni).aku peramah dgn semua sbb kisah silam aku bukannya bg harapan..aku cuma nak blend dgn msyrkt..tu je…aku mula rasa x suka dgn perubahan diri aku.aku dah jauh dgn hidup aku..aku rasa aku terlampau bebas.baju kurung hilang.batas pergaulan still ada cuma dihujung tanduk.setakat ni aku belum keluar mkn dgn mana2 kwn lelaki yg baik dgn aku dikolej itu,kawan dr sek agama mula fikir aku ni seorg yg sosial kerana dulu sgt menjaga………

tahun 4—->hmpir grad
aku ubah diri….kurangkan bercakap…kawan2 pon pelik dgn sikap aku yg berubah……n sampai skrg aku keliru dgn pilihan diri aku utk berubah,seperti aku bukan aku..aku x happy..complicated…org x fhm cara aku,aku x fhm org…….aku cuba nak amalkan konsep wasotiyyah tapi aku x tahu mcm mana
salahkah cara aku bersosial dgn mereka??aku loss identiti…mohon bantuan dr korang..
-syukran

– saya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *