Assalamualaikum wbt. Sebelum meneruskan menaip biarlah aku minta maaf andai mana2 rangkap ayat dalam penulisan aku ini bakal menghiris hati sesiapa. Aku pelajar U ini.
Aku Bukan yang Dulu.
Dulu aku berniqab. Berpurdah. Pakai jubah. Tapi aku bukan lah sperti trending niqabis sekarang, pakai warna warni. Pakai celak. Pakai wangi satu padang dah dpt cium bauan dia. Aku budak biasa je. Pakaian smua lengkap hitam. Aku jenis tak pakai wangian.
Itu aku yang dulu.
3 tahun aku mengamalkan pakaian sunnah. Aku masih ingat. 4 tahun lepas. Aku berhenti. Aku berubah. Bermulanya zaman ketidakpenerimaan keluarga. Abah dan umi aku yang mulanya suka tengok aku mcmtu tiba2 berubah. Umi aku slow talk dgn aku. Dia ckp dia boleh terima aku. Teruskan lah pakai macamtu. Tapi bukan waktu ini. Mungkin lepas aku kahwin, aku pakai lah apa yang aku nak pakai. Umi ckp, abah menangis mintak aku buka semua tu. Semua org ketawa kan aku katanya. Org perumahan semua cemuh katanya. Org ofis pandang sinis katanya. Kawan dia bawa main2 maruah dia katanya. Abah tak tahan. Dia malu. Argh. Mentaliti prejudis.
Aku akur. Aku angguk. Mungkin aku pentingkan diri sendiri. Tak faham org tua aku.
Akhirnya aku buka niqab aku. Aku bukan yang dulu lagi. Aku fikir banyak kali. Apa gunanya aku hidup kat muka bumi ini tanpa restu mereka. Tambahan lagi aku pelajar aerospace. Mmg ada payahnya( sedikit) utk aku bergerak dalam workshop. Ya. Aku berubah. Bukan sebab org tua aku. Mungkin.
Dulu aku didatangi budak tabligh, pak ustaz, dan boleh juga aku pendekkan semuanya menagih kasih sayang. Semua spesis yang aku labelkan sebagai ustaz segera. Hanya di dalam laman maya sahaja 'alim'. Tapi aku buat tak endah. Berlainan dengan sorang ni. Aku fikir dia lain. Tapi. Silap.
Aku berhubung dengan dia hampir 2 tahun setengah. Dia ckp dia akan tunggu aku habis study dan dia nak masuk meminang. Dia cakap dia sayang aku kerana Allah SWT. Tapi. Kita manusia. Kita cuma mampu merancang. Allah yang akan tentukan mana yg terbaik utk kita. Lepas aku buka niqab aku, dia pergi. Dia pergi dengan sangat pantas. Zuppp. Sangat pantas! Dia jumpa perempuan lain. Perempuan ni dia kenal waktu dia masih dengan aku. Spare part dia. Second option dia. Ya perempuan berniqab. Dia ckp dia jumpa perempuan yang lebih baik dari aku. Baik! Dari aku. Sekali lagi aku akur. Aku diam. Aku kenal perempuan tu. Perempuan tu kenal siapa aku dan hubungan aku dgn budak tabligh tu. Akhirnya dia kahwin dgn perempuan tu. Aku menangis tanpa org tahu bertapa sakitnya hati aku retak. Umi dan abah tahu. Dorang tahu retak hati aku sejak aku buka niqab, macam2 jadi kat aku.
Aku Bukan yang Dulu.
Bertahun dah berlalu. Aku yg sekarang. Lain. Sangat lain. Aku pandang rendah dengan org yang berpakaian seperti aku dulu. Aku benci lelaki2 tabligh. Mungkin ada penyakit dalam hati aku. Penyakit Meluat! Aku benci bila tengok perempuan berniqab post gambar kat fb,ig,wechat dgn niat nak tarik perhatian 'ustaz'. Aku benci tengok budak U aku yang berniqab, tapi jalan dengan boyfriend dorang kat kafe. Aku benci bila ada perempuan berniqab lalu tepi aku tapi bau dia semerbak wangi . Wangi yang extreme. Kenapa tak pandai jaga diri? Nanti kau jadi mcm aku! Aku benci tengok 'ustaz' post kata2 mutiara kata2 pujangga. Aku dah tak dapat nak husnudzon. Aku bukan yang dulu. Aku benci. Aku harap satu je. Tolong doakan aku. Sebab aku bukan lah yang dulu lagi. :( Asif.
Marliana-
– Marliana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Secantik perhiasan ialah wanita solehah.Takpe sis bukak niqab asalkan berpakaian menutup aurat.Pasal ustaz fb tu…memang ramai sebenarnya.ramai berpura baik untuk menagih kasih sebb tu lah sbagai prmpuan kita kena kuatkn dr drpd pjuk rayu lelaki macam tu.semoga sis bertabah.Allah tetap ada dan Dia Maha pengampun.
awk, perancangan Allah adalah yg terbaik.. Allah Maha Mengetahui apa yg sedang berlaku dan bakal berlaku.. awk cuba bersangka baik dan anggaplah ade sesuatu hikmah utk awk disebalik semua yg terjadi.. and jgk redha Allah terletak pd redha ibubapa.. wallahualam.. sy faham keadaan awk.. you are the special one..
Walau kini tanpa niqab, harap awak masih niqabkan hati awak. Tak salah awak rasa mcmtu sbb awak tak suka benda ni jd kt org lain jgk.
Moga Allah merahmati. Ramadhan Kareem
Ainil Nasir kerana nila setititk
nauzubillah ?
Hm sama course. Aerospace.
Sikap lelaki tabligh tu yg tak betul tp kerja nabi sentiasa betul. Jgn sbb sorang awak terus benci semua lelaki tabligh.
Lisz Marlianaa . Nama sama dgn akak la :)
Heeee. Kesian diaaa. Doakan dia ehh :)
Ameen :)
Semoga diberi ketabahan hati..ameen..
InsyaAllah ada jodoh yg terbaik utk confessor.. mungkin dh bukan jodoh..
Semoga marliana tabah..
Satu kumbg dah pergi hinggap ke bunga lain..jgn risau marliana..ad byk lagi kumbg yg baik insya Allah yg sesuai menjadi husben yg soleh..buat masa ni aim ja nk bhgiakan kedua ibu bapa, adeq beradeq n anak yatim tau org ssh..krna kalo dipikirkan pasal jodoh tu kdg2 hati kita yg sakit..biar lah berlalu krn dia(jdoh) akan dtg tnpa disedari..jom kita berdoa sama2 agar muslimah lebih cemerlang n x merosakkan imej org berniqab niyh..jnji sis menutup aurat dgn sempurna..
Gud luck sis..belajar eloq2..sis mst bijak dpt belajar aerospace..jgn sia2 masa kita pkir pasal laki tuhh..dia disana bhgia n sis pun boleh bhgia lebih baik dgn segulung ijazah..
#siskuatjgnnages
Akk pun x fhm dik. Berniqab tapi berdating dan berjln dgn bf rapat kemain. Howw? Takpe. Be yourself. Yg pnting tutup aurat dgn sempurna.
ak pon benci apa2 maksiat yg berlaku dpan mata…. tp tu dlu..dripada kita mmbenci xde guna…yer btul maksiat tu perlu kita benci… cam ak bila lihat couple tgh date… dlu ak benci, now ak ubah persepsi tu..bukan ak suka…tpberdoa dlm hati.. moga allah percepatkn pasangn tu kawen…dripad mngelakkn maksiat terus berlaku…huhu. mana thu kita doakan org lain..ad org lain yg turut doakn kita pla..
Sebaik baik pakaian adalah pakaian takwa. Tu je nak bagitau. K bai.
setuju.. sy suka jwapan sis ??
Sy lebih suka perempuan yg niqabkan hatiey dan malu terlebih dlu .. Berbanding niqabkan muka ..
Doa untuk saya .. Capai itu semua ..
Cik Nadia
K
Sis sedang melalui proses kematangan.. mcm2 sis akan lalui d dlm tempoh itu… sebagaimana kita tidak mahu org pndang kita perfect, kita pun jgn pndang org lain perfect, semestinya masing2 punye kelebihan n kekurangan, ttg ustaz tu… tentu dia adala terbaik utk isterinya tp bukan utk sis, xperlu sis membenci semua ustaz segera n tabligh… ataupun niqabis2 zaman skrg ni … mcm mana pun niat mereka ttp sekurg2nya mereka cuba utk menjadi baik… kekurangan itu sudah pastinya ada,apa kita nak harap pd mereka? Kesempurnaan? X mungkin sis… jika sis meluat pd mereka seolahnya sis tidak redha dgn apa yg Allah dah tentukan pd sis… Redhalah.. ada ketentuan yg lebih baik Allah tentukan utkmu…