Aku Bukanlah Untukmu

Hai. Nama aku anis, berusia 27 tahun. Aku tak pandai mengarang cerita, jadi aku harap korang dapat bersabar dengan penceritaan aku ini.

Aku ada kekasih, namanya nizam. Sebaya aku. Kami dah bersama selama 6 tahun. Aku lulusan sarjana muda Chemical Engineering, graduated in 2015 dan dia mengambil bidang perundangan, insyaAllah tahun ini tahun terakhir dia.

Aku duduk bersama keluarga di shah alam dan dia belajar di universiti terkemuka di ibu kota. Jarak kami tak begitu jauh kan? Tapi jarang sangat dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama, lagi-lagi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Masa awal2 bercinta dulu, kami berjauhan. Jadi kami biasanya akan call setiap hari, skype setiap malam (konon study sama2), dan msg sepanjang hari. Lepas aku dan dia sambung pelajaran ke peringkat degree, kami kerap berjumpa kerana masing2 di bhgian pantai barat Malaysia. Boleh dikatakan sebulan dlm 2-3 kali kami berjumpa.

Tetapi, makin lama makin jarang dapat aku berjumpa dengannya. Dia makin sibuk kerana dia aktif berpersatuan di universiti dan aktiviti luar kampus. Aku tak pernah menghalang kerana aku tahu, dia bukan membuat perkara yang sia-sia. Namun, masa untuk kami menjadi terhad. Tiada lagi panggilan telefon sebelum tidur, tiada lagi msg sepanjang hari apatah lagi skype atau video call.

Jiwa aku mulai kacau. Biasalah, tak dapat perhatian dari seseorang yang aku sayang. Aku cuba untuk merajuk tapi gagal haha. Kalau aku merajuk, aku tak kan dipujuk kerana nanti dia pula yang merajuk sebab katanya aku tak memahami situasi dia. Tapi aku masih lagi mencuba untuk merajuk. Dan setelah banyak kali aku mencuba, akhirnya aku mengalah. Ayat yang dia ungkapkan pada aku ketika itu buat aku sungguh terasa. Dia memarahi aku kerana tak pernah memahami kerja2 dia dan dia berkali2 menyebut apa yang dia buat semua ini adalah untuk kami.

Aku terdiam.

Aku hadam betul2 kata2 dia. Lalu aku buat keputusan untuk jadi lebih memahami akan tugas dia dan tak menyusahkan dia dengan perangai merajuk aku.

Dulu, kalau dlm tempoh 12 jam aku tak dengar khabar dari dia, aku akan terus call atau msg dia berulang kali sehingga dia balas. Dan kemudian, biasanya aku akan dimarah dan dia akan merajuk Tapi sekarang, aku biarkan sahaja. Seharian tak msg aku pun, aku tak cari dia. Telefon pun jarang2 sekali. Seminggu sekali pun tak ada. Jumpa apatah lagi. Aku akan balas msg dia hanya bila dia msg aku. Kalau dia tak balas msg aku, aku tak akan msg lagi sehinggalah dia msg aku semula. Samalah juga situasinya kalau telefon atau nak berjumpa. Aku takkan mulakan dulu. Walaupun kadang2 hati aku sedih, aku pendamkan dan terus melayan msg dia seperti biasa.

Kadang2, bila aku perlukan dia, aku teringin sangat untuk telefon dia. Tapi aku rasa macam malu. Malu & takut aku menganggu dia buat kerja. Jadi aku pendam kan saja. Aku dah jarang cerita masalah aku pada dia. Rasa macam hilang kawan baik. Feels so alone n lonely. Nak cerita kisah2 yang seronok pun aku segan. Takut dia taknak layan. Biasanya dia telefon aku untuk cerita perihal hari dia dan perbualan kami di telefon biasanya tak lebih 5-10minit. Lepas dia habis bercerita, dia akan mula menguap dan kata nak tidur. Tak kan aku nak paksa dia untuk korbankan tidur nya semata2 utk berborak dengan aku?

Kalau berjumpa pun sama. Dulu, boleh lah habis kan seharian masa bersama. Pergi jalan2, tengok wayang, makan2, pergi tasik dsb. Tapi sekarang, kami jumpa tak kan lebih dari 3 jam. 30min pertama, cari tempt makan. 60min lagi dihabiskan di kedai makan. Kalau aku bernasib baik, dia akan fokus pada aku, kalau sebaliknya, fokus dia pada handphone. 30-60min kemudian dia habiskan untuk tidur dalam kereta. Baki 30min lagi untuk balik. Kejadian ini sering berlaku sampai timbul perasaan malas nak berjumpa dia.

Lama kelamaan, aku perasan perubahan pada diri aku. Aku tak seceria dulu, selalu menangis, makin diam dan kuat makan. Aku sedar yang aku makan untuk sembunyikan sedih. Aku tak nak menangis depan kelurga aku, jadi bila aku makan aku akan lupa benda2 yang menganggu pemikiran aku. Aku biarkan perkara ini berlanjutan.. sehinggalah berat aku naik mendadak. Berat aku naik sebanyak 20kg sejak dari awal perkenalan aku dgn dia. Tabiat baru aku ini meranapkan keyakinan diri aku. Aku rasa jijik melihat diriku di hadapan cermin. Dan aku kerap overthinking dengan setiap perkara. Aku jadi insecure dan depress.

Setelah tamat degree, kawan2 aku berpusu pusu mencari kerja. Aku pula masih takut2 dan overthinking. Macam mana interview, nak pakai apa pergi interview, bagaimana kalau aku memperbodohkan diri sendiri depan interviewers dsb. Jadi aku decide untuk buat kerja online. Aku jadi droshipper dan memulakan perniagaan makanan aku sendiri. Tapi, nizam tak suka aku kerja begini. Dia selalu paksa aku untuk mencari kerja, dan kalau kami berjumpa, itulah topik yang dia selalu bincangkan. Aku jadi rimas dan down. Aku pernah cerita pada dia tentang sikap overthinking aku ini. Tapi dia tak percaya dan mengatakan aku banyak alasan dan seringkali dia tunjukkan yang dia kecewa dengan aku. Aku rasa sungguh kecewa. Aku menangis setiap kali aku bersendirian, aku akui aku lemah, aku gagal menjadi kuat dan hebat seperti dia. Aku sering membandingkan diri aku dengan wanita2 hebat di sekeliling dia. Wanita2 inj tak seperti aku. Mereka hebat, mereka berani, mereka lantang menyuarakan pendapat dan idea mereka, mereka beauty with a brain! Aku? Tak ada langsung persamaan dengan mereka.

Sejak tiga bulan lalu, aku sering katakan pada diriku yang aku tak kan pernah layak untuk dia. Bukan aku yang dia mahu. Kawan2 aku sendiri mengatakan pada aku yang kami berdua ini “total opposite”. Ya, untuk pasangan lain, total opposite tapi saling melengkapi. Aku tak rasa aku dan dia begitu. Aku rasa chemistry antara kami pun dah tiada. Aku rasa dia x fikir aku cantik dan interesting seperti dulu. Dan aku sedar aku bukan keutamaan dia.

Aku pernah cuba untuk minta putus sebelum ini tetapi kemudian aku batalkan kerana aku tak nak menganggu emosi dia ketika dia sedang belajar. Dan sekarang peperiksaan dia pun sudah tamat. Aku sedang berkira2, bila patut aku katakan hasrat aku yang aku mahu berpisah. Aku tak mahu dia mensia2kan masanya dengan aku. Kerana aku tahu ada yang lebih layak untuk dia. Aku tak mahu dia dengan aku. Kalau aku ditempat dia, aku sendiri tak mahu berkahwin dgn org seperti aku. Akan menjadi satu beban yang menyusahkan.

He is a really great guy. Dia lelaki teramat hebat. Dia bekerja secara sambilan untuk menampung yuran belajar. Dia memperjuangkan hak pelajar di kampus sendiri dan sering melakukan kerja2 amal. Dia juga membimbing rakan2 nya untuk sedia membantu pelajar2 di kampus yang mempunyai masalah. Rakan2 nya sgt mengasihi dia. Sanggup berhujan panas bersama2. Pensyarah2 dia juga sangat senang dengan sikapnya yang baik itu. Mana mungkin orang seperti aku layak untuk orang seperti dia? Aku sedar diri dan aku tak mahu menyusahkan dia lagi.

Izinkan aku undur diri untuk beri ruang kepada bidadari yang layak untukmu, Nizam. Aku bukanlah untukmu.

– Anis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *