Kakak Kah?

Assalamualaikum. Jika disiarkan.Terima kasih. Aku Suraya ( bukan nama sbnar ). 21 tahun. Ini cerita aku dan kakak aku. Kakak kandung. Kami ada ramai adik beradik. 8 orang. 4 perempuan 4 lelaki. Kakak anak sulung . Aku terkilan dengan sikap kakak. Banyak sikap dia yg buat kan kami adik beradik tak suka dengan dia. Dari kecil sampai sekarang sikap nya begini.

Disini aku list Kan sikap kakak.
1) suka mengungkit .Dia akan mengungkit jika barang2 atau makanan dibeli menggunakan duit nya. Contoh beli nasi lemak. Dia sorang makan 2 bungkus , kami yg lain mkn sebungkus. Tp bila semua dh makan dia ckp ” habis duit dia beli nasi lemak tadi “.

2) Kakak suka buat muka dan tunjuk bebal dia ( hentak2 barang) bila ibu mintak duit nak beli barang dapur. Pernah ibu mintak RM20 ja .kakak bagi Tp smbil marah dan bebal. Dalam bilik selepas ibu ke pasar ,kebetulan ada adik2 lain. Kakak tengah kira duit RM50 banyak. Adik2 cerita. Masa tu kakak ckp duit ni tak boleh guna .adik2 sedih. Ibu cuma mntak RM20 ja bukan banyak. Ibu tak kerja. Ibu dapat Bantuan dari Sesetengah kawan2 dan beberapa pihak Kerajaan.Ibu selalu ulang alik Hospital. Ibu ada mcm2 sakit. Umur ibu 40 lebih. Ibu kami ibu tunggal. Ayah dan ibu dah lama bercerai masa kami kecil.

3) Kakak suka kutuk Parents dan adik beradik dekat kwn2 dan boy friend dia. Kakak ckp pasal ibu ini lah itulah. Banyak kali .adik2 dengar dan sampai kan kepada ibu. Kakak cakap ibu suka minta duit dia. Sedangkan ibu bukan minta RM100 atau seribu. Cuma RM20/30 ja. Mcm2 lah cerita pasal buruk adik beradik dia, kakak cerita kat kawan2 dan bf dia .Takpun kakak ckp hal keluarga di Facebook. Kononnya adik beradik dengki dngn kerja dia.

4) Bila ada duit , kakak suka belanja kawan2 dia berbanding keluarga dia. Kakak Bisnes sendiri yg mana ada pasang surut .Masa susah kami lah bersamanya. Tp masa senang dia cari kwn2 dan BF dia.

5) Kakak selalu compare mak kwn2 dia dengan ibu. Kakak cakap mak kwn ni macam ni lah macam tu lah. Ibu cuma diam saja.

6) Masa ada antara adik2 sambung belajar kat tempat kakak , kakak jarang datang jenguk adik beradik dia. Sebulan cuma sekali dengan duit RM50. Itu ja .Sebagai students RM50 tak cukup untuk sebulan. Pernah kakak tak datang langsung selama 3 sem. Ada kawan adik2 yg baik hati pinjam kan duit , masak dan makan sama2. Tp kakak mnghilangkan diri. Update Facebook makan itu ini , pergi sana sini ada duit. Bila adik2 mintak duit kat kakak , kakak tengking cakap boyfriend dia yg tanggung kakak. Padahal semua tahu boyfriend dia tak kerja. Kakak yg tanggung boyfriend dia.

7) depan ibu kakak baik ja dengan adik beradik. Tp bila ibu tak dak kat rumah. Kakak marah2 , tengking2 adik2 dia. Seolah tak suka. Bila ibu ada dekat rumah. Kakak baik ja.

8) Bila ibu duk jauh dari kakak , ibu yg kena minta duit kat kakak. Kakak kalau nak bagi RM100 tu mcm mimpi. Pernah ibu p tunggu kat bank sebab kakak kata nak bagi RM100 kat ibu. Tapi setelah sepagi tunggu petang tu kakak bank in RM50. Kakak ckp dia x dak duit .sebagai ibu. Firasat Ibu tak pernah salah. Ibu tahu bila kakak ada duit atau tak. Untuk dapat kan duit dari kakak .sangat lah payah .kakak selalu kata tak dak duit .

9) Boyfriend kakak tak kerja .
Jadi kakak selalu tanggung makan minum duit minyak motor bf dia .Kalau hari pasar malam kakak akan belikan makanan untuk parents lelaki tu. Bila adik beradik tegur , kakak nafikannn.

10) kakak suka rendah2 kan adik2 yg lain .Seolah semua tak boleh lebih dari kakak. Adik2 selalu kecik hati Tp diam ja sbb nak jaga hati kakak. Dia slalu mengadu pada ibu kwn2 adik nih jahat adik nu ini lah itu lah.

11) Kakak ada duit , jadi dalam dia kata x dak duit .Dia boleh tunjuk tudung mahal yg dia beli , alat make up , baju2 dia. Dia boleh top up RM50 sekali gus. Dia boleh keluar makan dngn harga makan lebih RM10. Itu kakak. Kadang2 adik2 yg masih kecik dan masih belajar terasa hati bila kakak tayang barang2 baru dia .

12) Raya ?pernah ibu duk jauh dari kakak. Kakak langsung x balik jenguk ibu dalam 3 tahun itu. Raya pun x pernah raya sekali. Sbb kakak nak beraya dengan boyfriend dan keluarga bf dia..

13) kakak suka guna barang2 adik adik dia. Tak kisah lah tuala ka , selipar ka , alat make up ka , baju ka tudung ka. Apa2 saja yg kakak suka kakak pakai tanpa izin adik beradik.Bila adik beradik marah kakak ckp ” aku ada duit boleh beli lah ” .Sikap kakak ni dari dulu lagi. Geram kami adik beradik .Dia ada barang dia. Tapi guna jugak barang kami .Bila kami nak guna barang dia x boleh .

14) Kakak suka tipu Ibu .Dia cakap dia balik lambat sbb kerja .Tp sebenarnya tak. Dia dating bf dia.Ibu tak suka kakak naik motor , berkepit dngn bf dia. Sbb kakak dan bf dia x dak apa2 hubungan yg HALAI lagi. Bila orang cerita nmpkk kakak dan bf naik motor kat ibu. Kakak cakap ibu Jangan percaya cakap orang.

15) Barang2 hantaran semua kakak beli dan buat. Kakak cakap keluarga lelaki tu ayah dia nak urus semua benda . Keluarga diorang tak datang bincang apa2 pun dengan ibu .Kakak nak kahwin hujung tahun nih. Tp ibu tak tahu apa2 pasal hantaran , kendurii.

Kadang2 aku x faham knpa dngn kakak. Dia suka berlagak kaya walaupun kami tak kaya pun.

Apa cadangan dan pendapat netizen ?

– Suraya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *