Aku buntu

Aku anak kedua dari 7 beradik.. Yang sulong umur 23 dah kawin aku yang kedua 20 masih belajar di tahun akhir dan adik bawah aku 18 dah tunang. Yang lain sekolah rendah lagi. Keluarga aku tak xdela senang tp Alhamdulilah mak aku ajar kitorang cara idup susah dan sentiasa syukur.
Bapak aku kawin dua dah 9 tahun. Mak aku selalu minta cerai sebab dia tak boleh hidup bermadu masa first year bapa aku kawin aku darjah 6 UPSR dan abang aku PMR. Abang aku nie suka tunjuk yang dia rebel manakala aku jenis pendiam dan pendam. Time tu mak aku baru lepas bersalin mak aku jadi gila meroyan 2 kali sebelum beranak dan selepas beranak sebab takleh terima hakikat. Time tu plak nenek aku xcident jadi cacat kaki. Bapak aku bagitau keluarga sblah sana dia kawin sebab mak aku gila. 3 tahun berlalu lepas keluar psikiktri mak aku okay balik tapi takleh over pressure nanti sakit balik. Abah aku suka seksa jiwa mak aku. Kalau menipu tu dah jadi ruji hidup dia. Masa muda dulu atuk aku aka bapak pada bapak aku kawin 4. Nafkah cukup2 je tapi mak aku nie rajin dia buka kedai runcit dia jual kuih. Lately dia cakap dia dah tak mampu tahan sebab dia dapat tahu bapak aku tipu banyak sangat gaji beribu-beribu tapi selalu cakap takde duit dan siap beli kereta buat nama bini muda dia lagi.. Mak aku dah g makamah untuk permohonan cerai bulan 1 nie. Dia selalu citer dekat aku masalah dia.. Aku hanya mampu cakap Allah ada dan sabarlah.. Lately mak aku jadi macam dulu cakap sensorang dan nangis sepanjang masa.. Sebelum tu dia dah cerita yang dia mimpi ular hitam 2 kali berturut2.. Aku bawak mak aku pergi jumpa ustaz.. Ustaz cakap kena sihir pengasih.. Tak lain dan tak bukan orang dekat. Fmly aq syak bapak aku sebab lately mak aku mengamuk nak cerai.. Sekarang mak aku dah jadi mcm lembu cucuk idung.. Aku rasa kecewa gila dengan family aku tak macam orang lain.. Aku nak cerita dekat kawan aku takut buka aib keluarga aku..
Aku buntu.. Aku nak tanya bapak aku betul ke dia buat benda syirik tu tapi manusia mana mengaku salah kan. Bukan seorang je jumpa ustaz dah 3 kali still cakap sihir.. Sekarang aku pun sekali rasa nak gila stress dengan benda nie..

– IE

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *