aku cinta dia

Aku nk cerita kisah aku mcm ni. Aku pernah ada ex, tp hubungan aku dia putus tgh jalan. Sbb ape? Sbb ex aku layan ramai lelaki. Aku mmg tak sangka.sbb dia si niqabis. Alim warak lemah lembut. Aku dan dia mmg da janji nk kahwin selepas aku grad nanti.tp jd mcm ni. Aq nk move on lama gila. Sakit wei dia buat aku mcm tu. Aku punya la jaga diri aku dkt sini, dia boleh layan ramai lelaki kt luar sana.

Tapi aku rasa bersyukur juga, sbb aku tau dari awl.allah nak tunjuk kat aku.Mungkin dia tak baik untuk aku. Dia pun mengaku dia dah suka lelaki lain. Mungkin juga sebab aku dgn dia berhubungan jarak jauh.lelaki yg dia suka tu dekat dgn dia, aku tak tahu la dia buat apa belakang aku dengan lelaki tu sepanjang aku kat sini.

Dalam pada aku move on tu, aku ada contact seorang budak perempuan kelas aku, masa tu ad hal nak tanya dia. Dia seorang yang pendiam, lemah lembut, pakai tudung labuh.tp bkn niqabis la. Dia jenis tak bercakap dgn lelaki, nampak la dia jaga ikhtilat.aku wasap dia hari tu pun ada hal penting.

Lama tu aku suka cara dia, dia wasap aku tak ada pun gelak hahahahah kahkahkah kihkihkih dan letak apa2 emoticon.mmg profesional. Dia sekelas dengan aku dari aku sem 1 lagi..aku tau sifat dia mcm mana dengan budak kelas.memang bagus la dia ni.tapi satu je dia ni pemalu sangat.

Lama kelamaan aku jadi suka dia. Tertarik dengan sifat dia. Aku pun wasap kawan dia, tanya dia dah berpunya belum. Kawan dia tu cakap dia tak ada sesiapa pun, jenis dia tak couple.dia betul2 menjaga. Aku apa lagi dgr berita tu aku suka la.so aku takut aku terlambat aku terlepas dia aku suruh kawan dia tu bagitau aku suka dia.

Selepas tu dia sendiri wasap aku dia cakap dia kena mintak petunjuk istikharah dulu, dan dia suruh bagi masa.

Selepas tu dua bulan lebih baru dia bagi jawapan. Lama wei, tapi aku tak kisah.aku dah suka sgt kat dia. Selama dua bulan tu aku ada juga wasap dia tanya khabar, tanya pelajaran macam mana.tp dia tak pernah balas.

Dia bagi jawapan dia cakap dia terima aku. Aku gila tak suka?melompat2 aku.perkara aku nanti2kan.dan dia cakap dia boleh tunggu aku, sebab aku ada cakap nk kawin selepas grad.

Selepas tu aku wasap, tau tak ape dia bls? Aku ingat lagi ayat dia lebih kurang mcm ni. " kita tak perlu berhubung ckp perkara bukan keperluan, saya dah terima awak, kita dah sama2 tahu perasaan masing2 so, kita sama2 la menjaga kerana Allah. Antara kita bukan kita aja tp ada awak saya dan Allah. Kita sama2 jaga ikhtilat. Saya percaya awk, awak percaya saya. Itu sudah cukup. Selagi belum tiba masanya kita kekal dulu mcm ni "

Selepas dia cakap macam tu aku bkn makin tak suka dia, tapi aku makin sayang gila2 kat dia. Nampak la kat situ dia betul2 menjaga ikhtilat. Ye aku kenal dia dari sem 1, Dia jenis xbergaul dengan lelaki, mmg tak pernah nampak la dia cakap dengan lelaki. Aku apa lagi, aku memang bertuah la dpt dia, dari situ aku tau dia jenis menjaga dan aku jadi percaya kat dia. Sebab dia tak layan aku, dan pasti dgn lelaki lain pun dia tak layan. Tak macam ex aku tu, ex aku dia layan aku dan semestinya dia layan jgk lelaki lain. Simple right?

Tapi masalah aku sekarang ini ialah aku rasa aku nak kawin cepat2 dengan dia. Ada juga terfikir di otak aku ni org baik mcm dia tu dikebas org. Mmg la dia ckp dia tunggu aku, tapi aku takut benda macam2 boleh jadi.lagi2 aku tau ramai org minat dia dan kawan dia pun ada cakap ada orang pernah masuk mintak dia, tapi dia tolak.

So apa pendapat warga iium confession ni?Patutkah aku kawin masa belajar ni? Tp aku fikir jgk aku tak mampu lagi. Tp aku takut hilang dia, aku sayang sgt kat dia.orang sebaik dia aku tak nak terlepas. Lagi2 aku dgn dia dah sama2 suka.

– bro dilema

CREATE A POST

2 Comments

  1. Kawin je,insyaallah rezeki untuk kau akan terbuka,kakak aku pun kahwin masa belajar,dia belajar kat institut perguruan,suami dia belajae kat jorden,and they really happy,bercinta selepas nikah weh,dengki aku jadinye,haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *