Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin yang siarkan cerita aku kali ini. Ini bukan kali pertama aku menulis dalam ruangan IIUM Confession.
Pernah ingat lagi cerita aku pernah menumpang di rumah mak angkat aku yang kurang bersih?? Yang ada anak buka gerai nasi lemak sambal power di selatan tanah air?? Tak pun yang banyak complain aku guna perkatan “pon” bukan “pun”. Hehehe. Akulah Teratai kalau semua ingat lagi.
Tapi kali ni bukan mereka yang aku nak ceritakan.
Sedih. Kehilangan. Sunyi yang aku rasakan sekarang. Maaf. Aku tak pernah rasa kehilangan. Dan alhamdulillah aku masih ada mak abah, mak dan ayah mertua. Mereka semua masih sihat alhamdulillah. Doakan mereka terus sihat yer.
Kehilangan kali ini kehilangan orang yang betul2 jauh hubungannya dengan aku. Iaitu atok (nenek perempuan suami). Yer dia satu2nya atok yang ada setelah atok lelaki meninggal dunia. Masa tu suami aku masih kecil lagi.
Alhamdulillah. Perkahwinan dengan suami sudah menganjak tahun ke 14. Di usia pertenghaan 30an. Anak sulungku sudah berusia 13 tahun. Di usia tahun yang ke 3 waktu itu.
Selepas suami dapat kerja lebih baik. Suami bawa aku dan anak2 kami berhijrah ke sebuah negeri. Masa tu kami memang tiada rumah lagi. Anak2 kecil.
Dan negeri yang kami akan duduki ini dekat dengan atok. Selepas kematian suami atok behijrah ke satu pondok orang2 tua untuk belajar ilmu agama.
Dan rezeki kami atok mempelawa kami duduk bersama dengan dia dengan syarat mesti menghadiri aktiviti pondok sekurangnya sekali sehari solat berjamaah di surau pondok tersebut. Dan suami bersetuju. Alhamdulillah. Allah mudahkan penghijrahan kali pertama kami.
Di situlah bermulanya aku sebagai cucu menantu mengambil tugas seharian memasak, mengemas yang dahulunya atok buat sendiri.
Pengalaman duduk di rumah mak angkat dulu alhamdulillah buat aku tidak kekok. Kawan2 atok jadi kawan2 aku. Bayangkan hari2 bergaul dengan nenek2.
Nenek2 dari merata negeri datang ke pondok menuntut ilmu. Memang aku rasa seronok sangat. Tiap hari dengar aktiviti disurau memandangkan jarak rumah atok dengan surau berapa langkah sahaja. Tenang je rasa…
Bila ada rezeki lebih atok suka suruh aku masak untuk bagi kawan2 dia sekali. Padahal waktu tu aku bukan power masak sangat pun. Kejap2 telefon mak tanya resepi.
Rezeki jugalah semua masakan menjadi. Hahaha. Sedekah atok memang power. Alunan mengaji al-quran atok pun padu. Puasa sunat isnin khamis memang aktiviti dia. Kalah aku yang muda.
Pertuturannya yang lembut kadang2 aku memang tak rasa aku cucu menantu. Kawan2 atok pun tak percaya aku cucu menantu atok kalau tengok kami. Kemana atok nak pergi,memang aku akan bawa. Makanan apa yang atok suka. Yang tak suka pun aku dah khatam. Hihihi.
Bukan senang yer sebenarnya. Tapi aku anggap tu semua learning proses. Syukur. Atok ajak sekali duduk dengan dia. Kalau kita syukur Allah tambah lagi rezeki kita. Aku pegang kata2 tu sampai hari ini. Jangan lupa bersyukur.
Memandangkan anak dan cucu lain duduk berjauhan. Mereka jarang datang melawat atok. Kalau atok rindu anak or cucu dia. Akulah yang bawak atok pergi ke rumah mereka.
Mungkin sebab aku dah duduk dengan atok. Rumah atok pun cuma ada 2 bilik mungkin yang lain tak selesa nak berlama2 di rumah atok. Memang aku bagi laluan pada yang lain kalau mereka datang. Tak pun mereka bawa atok balik ke rumah mereka.
Kemuncaknya bila pkp berlaku. Oleh kerana anak2 semua tak boleh datang rumah atok. Atok terpaksa balik kampung. Memandangkan atok pun semakin uzur dan kerap tak sihat.
Pakcik dan makcik susah nak datang melawat. Aku paham. Lagi pun atok dah lama belajar di pondok. Bermacam2 kitab dia dah habis belajar. Aku dan suami cari rumah lain sebab bagi laluan rumah atok diwakafkan ke orang tua yang nak belajar di pondok.
Sejak dari itu.. Sebulan sekali je aku dapat jumpa atok. Bila balik kampung. Rumah atok sebelah depan dan rumah mak mertua sebelah belakang.
Bila atok nampak kereta kami je. Setiap pagi selepas kami sampai dikampung atok mesti datang rumah… dengan jalan bertongkat dan bertudung labuh macam mini telekung perlahan2 dia berjalan ke rumah mak mertua. Allahuakhbar. Atokk!!! Kuat nya atok nak jumpa kami.
Suami cakap juga kalau atok tak perlu ke belakang jumpa kami. Nanti kami ke rumah atok. Tapi atok hanya tersenyum. Mak mertua pun cakap tak perlulah mak ke belakang, nanti penat jalan. Yer jawapanya saja suka2 jalan lepas sarapan.
Mak hanya diam. Kadang2 lepas subuh kami bantai tidur sebab sampai kampung dah awal pagi. Bangun2 mak mertua cakap atok datang tadi,tengok awak tidur, dia balik.
Lepas siap masak or tolong mak mertua biasanya aku akan menyusul ke rumah atok. Anak2 jangan cakaplah. Kalau dipanggil tak menyahut tak ada tempat lain ke rumah buyutlah mereka.
Pakcik makcik sediakan atok sorang bibik indon sebagai peneman memandangkan atok tak nak duduk rumah anak lama2.
Kemuncaknya bila raya cina hari tu. Aku alahan teruk. Suami ajak balik kampung. Pada mulanya aku rasa malas nak ke mana2. Tapi lepas suami memujuk, aku ikut balik. Di kampung aku memang tak larat nak buat apa2.
Untuk pertama kalinya atok tak ada datang pagi2 macam kebiasannya bila kami balik kampung. Aku yang tak fikir apa2 masa tu lega sebab alahan kali ni aku jadi suka baring dalam bilik. Tak suka bercakap. Lebih suka menyendiri.
Dalam tengahari bibik datang. Dia cakap atok kena gatal2 dan kurang sihat. Minta dibawa ke klinik. Kebiasannya akulah yang akan sibuk2 kalau atok minta tolong. Tapi kali ni aku pilih untuk duduk dirumah. Keadaan badanku terlalu lemah.
Selepas suami hantar atok ke klinik. Suami cerita atok tanya aku mana. Suami cakap aku mabuk alahan. Atok diam sahaja. Ralatnya ya Allah. Balik kali terakhir tu aku tak jumpa atok langsung .Aku tak pergi rumah dia pun. Sedihnya.
2 minggu kemudian anak aku no 2 menjalani operation buang tonsil. Dalam keadaan masih ada alahan aku terpaksa jaga sebab anak aku yang kecil nak dengan ayahnya dirumah. Tapi masa tu alahan aku dah tak seteruk minggu2 sebelumnya.
Malam ke 2 aku dihospital. Terima panggilan dari suami pukul 12.20 tengah malam. Aku yang dalam keadaan mamai cuba menangkat panggilan. Kelu. Terkedu.
Segar biji mata bila dengar perkataan “Ma, atok dah tak ada. Atok dah meninggal. Atok baru mengehebuskan nafasnya pukul 11 lebih tadi.” air mata jatuh deras bagaikan air sungai.
Allahuakhbar dugaan apa ini. Aku tanya suami “atok mana ni pa?” “atok papalah, ma. Papa nak balik kampung malam ni juga takut esok pagi tak sempat. Orang kerja. Jammed nanti. ”
Atok!!! Maaf. Maaf. Ampunn tok. Balik hari tu tak jumpa atok. Terkilan sangat. Atok pergi waktu aku lagi dihospital. Aku rasa akulah cucu menantu paling tak guna. Atok pergi tanpa aku melihat wajah dan ciuman kali terakhir untuk atok seperti selalunya kalau kita jumpa.
Kini yang tinggal hanyalah memori bersama atok. Walaupun hanya cucu menantu. Terima kasih untuk rasa kasih sayang ini. Menumpang kasih macam atok sendiri. Tak terbalas segala kebaikan atok…
Halalkan segalanya yer tokk… Semoga atok ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh. Diterangkan kuburannya seperti taman2 syurga. Aamiin..
Hilang sudah senyumn dan gelak tawanya. Perginya dalam keadaan tenang dan sempat solat isya di usia 88 tahun. Dalam perjalanan ke hospital atok pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Atokk!! Apalah ertinya puasa dan lebaran kali ini tanpa atok. Al-fatihah.
Orang di sekeliling kita adalah hadiah dari Allah. Hargailah, sebab dengan kehilangan baru kita kenal erti penyesalan.
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit