Harapan An4k Yang Dihancurkan

Hi semua pembaca IIUM Confession. Ini pertama kali aku menulis di page ini. Terima kasih admin kerana siarkan cerita aku.

Aku Mia, berumur 20an, dari Johor. Cerita yang nak aku sampaikan ini adalah kerana aku ingin meminta sedikit nasihat daripada semua pembaca.

Biarlah aku ringkaskan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan berada pada zahirnya namun aku dibesarkan dalam keadaan penuh kekurangan.

Kami selalu catu makan sebagai contoh, kalau makan lauk sedap seperti udang seorang limit 3 ekor.

Aku seronok sebab makanan begitu hanya ada di bulan puasa bagi keluarga kami (ayah sangat strict bab makan). Kekadang, aku sangat excited bila ramadhan. Sebab jumpa makanan sedap.

Namun, aku selalu dikecewakan oleh sikap ayah yang kadang kala sangat berkira bab makanan dengan anak.

Kami adik beradik ramai dan aku anak bongsu dari 5 adik beradik.

Kalau makan luar masa kecil-kecil, aku insan kecil yang polos ini selalu nak order nasi goreng udang (aku sangat suka udang sebab hanya bulan ramadhan dapat makan udang).

Jadi setiap kali order tu, lepas balik makan ayah selalu marah-marah cakap selalu order mahal kenapa tak order nasi goreng ayam je.

Aku sebagai budak sekolah rendah time tu, aku speechless and sangat sedih.

Tapi, innocent dan tak faham bahasanya aku, setiap kali keluar makan yang sebulan @ 2 bulan sekali tu, aku tak serik order menu sama.

Kena marah sebab makanan itu perkara biasa bagi aku even aku bila otw balik kerumah tu ayah aku marah sebelum masuk kete sebab order makanan mahal.

Aku juga beberapa kali kena jerkah depan orang ramai sebab dekat kedai makanan berlauk sebab aku ambil lauk udang.

Depan orang ramai, kena jerkah. Sedih. Sangat sedih. Tapi ye la masa tu budak lagi.

Fast forward. Diantara adik-beradik kami, aku satu-satunya anak yang cemerlang akademik. Boleh dikatakan result aku maintain je sampai la SPM.

Ayah janji, lepas SPM dia nak bawa bercuti ke Cameron Highland. Aku tak pernah sampai sana.

Tapi apabila tibanya masa, semuanya senyap tanpa khabar berita. Aku cuba faham namun aku kecewa sebab dia dah berjanji.

Oh ya, aku dah tak suka makan udang sebab rasa macam makan udang tu satu kesalahan.

Fast forward, aku dapat sambung degree. At first ayah janji dia akan afford semua belanja study aku. Tapi dia cakap pinjam PTPTN nanti habis belajar dia akan bayar.

Naif aku dulu sebab tak mintak apa-apa biasiswa. Then dia janji lagi, habis degree dia nak reward aku pergi umrah.

And yes. Dia tak bawak. Dengan alasan mama tak sihat nak pergi. Jadi aku survey semua lah pasal pergi umrah sorang sebab ada member aku dia ni mutawif.

Jadi, aku rasa tak risau pergi sorang-sorang. Tapi ya, ayah tak bagi. Then dia janji pulak dia nak ganti hadiah lain which is belikan aku kereta cash duit dia. Aku tak seronok tapi bila kawan baik aku pujuk, aku seronok.

Bermulalah episod menunggu kereta.. Aku start keje part time untuk beli accessories kereta (masa ni belum grad).

Semangat sangat sebab first car kan? Lagipun ni hadiah titik peluh aku belajar. Tapi bila masuk bulan ketujuh menunggu, ayah buat step back. Tak nak beli kereta.

Aku banyak kali dengar ayah tengking mama bila mama cuba cakap pasal ni.

Mama cerita mama dah bagi duit dia sendiri kat ayah untuk tampung belanja beli kereta tu and ayah dah ambil duit tu dengan alasan nanti senang time nak beli tu ambil duit dia semua. Tapi sekarang?

Aku rasa ditipu. Rasa hilang tempat bergantung. Rasa orang yang aku patut percaya, aku tak boleh percaya. Aku benci dilahirkan. Aku rasa aku ini beban. Begitu mudah aku diperkotak katikkan..

Sekarang aku rasa aku sebatang kara walhal aku ada ayah.. Dia buat macam benda ni takde apa-apa tapi aku rasa kecewa.

Kenapa berjanji kalau taknak tunaikan? Kenapa menipu?

Doakan aku dapat kerja yang sepatutnya aku dapat, biar aku boleh pergi dan tak bebankan dia lagi.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *