Assalamualaikum. Aku Aliya berumur lewat 20-an. Aku nak share story pasal kisah hidup aku yang mungkin tak pernah aku suarakan pada sesiapa kecuali adik perempuan aku sahaja.
Mana tahu ada yang mengalami benda yang sama macam aku ni, aku harap korang boleh ambil benda2 positif ye daripada apa aku ceritakan ni ye. Insya Allah.
Semasa umur aku 3 tahun, ibu aku meninggal. Waktu tu adik aku baru dilahirkan 2 minggu (adik kembar ). Ayah aku dah pun menjadi duda anak 3 selepas 3 tahun berkahwin.
Aku dibesarkan oleh atuk kemudiannya. Adik2 aku pula dibesarkan oleh pak sedara & mak sedara which is adik beradik arwah ibu. Masa tu ayah aku pun seorang polis yang bekerja shift. Sape nak tengokkan and jaga kami kan.
Atuk sebelah arwah ibu aku amik keputusan paling terbaik masa tuh untuk jaga aku. Kemudian adik2 aku pula oleh pak sedara & mak sedara. Aku tak faham apa apa. Aku kecik lagi. Aku ikut jelah ketentuan yang orang tua dah buat.
Sampai aku macam umur lebih kurang 7 tahun, atuk aku selalu bercerita aku ada adik. Ibu aku meninggal. Aku ada ayah. Tapi aku tak pernah nampak mereka ni. Aku dibesarkan bersama atuk & nenek sampai umur aku 10 tahun. Nenek aku sayang betul kat aku. Katanya atuk & nenek aku nak jaga aku sebagai pengganti arwah ibu.
Bila makin besar, aku mulai berfikir kenapa aku tak sama macam orang lain. Masa tu baru darjah 3. Org lain mak ayah dtg sekolah amik report. Kenapa kau hanya ada atuk & nenek? Aku sedih. Kenapa aku takde ibu? Kenapa aku ada ayah tapi ayah tak tengok aku? Katanya aku ada adik beradik kenapa mereka tak tinggal dengan aku?
Persoalan2 ni mulai bermain kat kepala aku. Yela budak sekolah rendah. Apa ke mereka mahu kan. Hanya perhatian & kasih sayang. Baru pandai berfikir itu ini. Selain daripada main je kan di alam kanak2.
Ayah aku dah kahwin lain. Ayah ada anak lain bersama ibu tiri. 4 orang anak2 mereka. Ayah siap ada kembar lagi bersama ibu tiri. Katanya ayah aku tak tengok aku & adik beradik sebab atuk tak suka ayah. Atuk pun tak percayakan ayah mampu jaga kami 3 beradik dengan ibu tiri.
Macam tu lah ceritanya. Tak pernah dengar yang baik tentang ayah. Semua yang tak baik je disogokkan dalam kepala ni. Tak kisah lah. Aku pun malas nak amik tahu masa tu. Atuk & nenek nak jaga pun dah bersyukur kan daripada dibiarka terkontang kanting masuk rumah anak2 yatim ke apa.
Masa pun berlalu, aku bersyukur sebenarnya aku ada pak cik yang sangat sangat supportive. Daripada kecik aku ni dididik lengkap lah serba serbi. Dari segi akademik jangan cakap lah, apa je yang boleh jadikan aku manusia pandai & berguna semuanya atuk sediakan. Begitu juga dengan pak cik aku.
Alhamdulillah syukur Allah kurniakan aku berbagai kelebihan. Aku pelajar pandai daripada sekolah tadika sampailah ke menara gading. Always perform.
Adalah sekali dua aku tak dpt skor fullmarks atau straight A. Aku ada rupa sikit. Alhamdulillah ilmu agama ada didada. Aku tak baik mana. Tapi atuk aku sentiasa didik aku dengan agama. Walaupun kecik2 degil, tapi bila dah besar itulah penyuluh hidup aku.
Walaupun aku takde mak ayah, tapi serba serbi lengkap daripada segi lain2. Nenek aku meninggal pada usia aku 10 tahun. Bermula lah episod hidup aku yang mencabar.
Sekali lagi aku nak mention, aku bukan tak bersyukur cuma aku nak bagitahu dalam story aku apa perasaan seorang budak yang berada the same spot macam aku. Mungkin selama ni orang tak pernah tahu. Aku share kan. Mana tahu korang ada anak buah sama nasib macam aku, ini ada cerita tipikal perasaan orang yang alaminya untuk korang memahami.
Selepas nenek aku meninggal, mak cik aku yang dah berkahwin anak 3 diamanahkan oleh arwah nenek untuk menjaga aku pula. Aku hidup lah bersama mak cik & keluarganya bersama sama atuk aku. Sebab mak cik aku sorang je anak perempuan yang tinggal. Yang lelain semua lelaki anak2 atuk aku.
Aku redha & aku happy ada kawan dalam rumah (sepupu2). Tapi aku tak pernah ada adik beradik, jadi aku agak selfish untuk berkongsi apa apa dulu. Sepupu2 aku ni plk tak sama macam aku. Aku jenis belajar, mereka tak suka belajar.
Aku jenis cermat, mereka jenis yang suka rosakkan barang. Aku stress. Paling aku sedih sebenarnya ialah aku mengharapkan orang ajar aku macam mne hidup beradik ni, tapi mak cik aku ni mungkinlah kan takde ilmu parenting macam zaman sekarang, aku selalu kena herdik & perli.
Aku budak. Aku tak faham. Aku tak tahu. Aku perlukan didikan & kasih sayang. Diajar dan dibimbing. Tapi aku terpaksa belajar in a hard way.
Aku tak cakap mak cik aku jahat ke apa. Cuma mungkin aku terlalu kecik untuk hadap proses “ADAPTATION” dengan environment baru. Aku syukur ada mak cik aku sudi terima aku untuk dijaga. Cuma mungkin aku terlalu berharap untuk mak cik aku anggap aku ni anaknya mungkin. Aku selalu berakhir dengan kecewa.
Budak nakkan perhatian. Mereka perlukan kawan dan pendengar masa mereka membesar. Mak cik aku bukanlah begitu. Dia hanya menjalankan tugas dia untuk bagi aku makan minum, pendidikan, jaga pakaian aku. Yes itu sahaja. Nak lebih2 memang takde lah. Aku faham itu je dia mampu.
Mak cik aku ni memang jenis pemikiran kampung sikit. Tak terbuka. Susah nak bawa berbincang. Semuanya nampak tak betul. Sedih. Tapi aku sayang dia macam mak aku sendiri.
Aku masih tak boleh terima kenapa mak cik aku tak boleh anggap aku anak dia. Kenapa ye macam ada gap? Kenapa anak2 dia, dia boleh layan macam tu. Kenapa dengan aku tidak? Biasalah budak kecik. Tak matang lagi. Aku cuba kuat.
Apa aku buat ialah aku selalu jadi pelajar cemerlang. Banyak anugerah2 aku dapat. Tak pernah satu pun atuk & mak cik aku berminat nak datang tengok aku ambil anugerah.
Takde sekelumit pun macam ada perasaan bangga “budak kecik” yang dia jaga ni adalah pelajar cemerlang. Sedangkan anak dia cuma dapat anugerah kedatangan penuh pun sanggup datang dalam keadaan sarat mengandung. Hmmmmm aku macam baru sedar masa tu, posisi aku.
Kacau mental tumbesaran aku weh. Pak cik (Adik kandung arwah ibu) aku selalu cakap kat aku yang aku kena belajar sungguh2, sebab hanya pendidikan yang mampu ubah nasib aku. Aku takde mak ayah. Harta pun takde. Jadi, belajar betul2 supaya aku dapat hidup berdikari and senang dikemudian hari.
Aku tak faham ayat tuh. Yelah budak umur 7 tahun dicakapkan macam tuh apa dia faham. Tapi aku buat je. Now, baru aku tahu apa masud pak cik aku tu yang aku ni takde apa apa & siapa siapa.
Sampai umur aku 15 tahun, aku mulai memberontak jiwa remaja. Mak cik aku yang tak pernah faham dunia remaja. Asyik marah je. Asyik belajar belajar belajar. Aku pun naik stress. Tengok kawan kawan seronok je. Mak ayah bawa jalan jalan. Yang aku kena tinggal bila mak cik aku bawa berjalan anak2 dia. Hmmm. Nak menrungut kata aku tak bersyukur. Entahlah. Aku redha jela.
Paling aku sedih kan ada sekali tu, sedara suami mak cik aku ni datang rumah, boleh plk cakap aku ni “anak angkat” yang dibela. Eh bukan ke lebih mudah cakap aku ni anak buah yang kau jaga sebab maknya dah meninggal? Jauhnya rasa ikatan tuh walaupun duduk serumah. Rumah tu rasa bagaikan bukan rumah sendiri. Hanya menumpang.
Aku selalu rasa tak sabar nak besar and keluar rumah. Sebab aku tak tahan dengan cara mereka berfikir tentang dunia. Mcm kolot. Tak sama macam aku pikir. Ataupun pakcik (adik arwah ibu) berfikir. Aku tak boleh grow macam aku nak jadi. Aku tahan je.
Mak cik aku ni orang susah. Aku sedar tu. Jadi aku tak pernah lah minta benda bukan2 selain benda untuk belajar je. Aku hidup ni pun atas ikhsan atuk aku support segalanya.
Mak cik aku sangat berkira apa apa yang pakai duit dia tapi kalau untuk anak dia takpe. Untuk aku tak boleh. Aku sedar aku sape. Aku tak banyak cakap la. Cuma makan hati banyak. Kemuncaknya bila masa aku 15 tahun tuh, aku demam panas.
Mak cik aku ni bagi panadol je. Itu pun tengok aku kat pintu bilik je. Aku sedih sebenarnya. Apa lah salah kalau tak mampu bawa aku pegi klinik, picitkanlah kepala aku ni atau urutkan badan aku ke apa. Takde semua tu. Jangan diharapkan lebih2 tu. Aku baik demam 3 hari lepas tu.
Seminggu kemudian, anak dia pula demam. Terus amik kereta suruh bawa pegi klinik. Berkorek duit tabung pun takpe yang penting anak dia baik demam. Terus ada selera makan. Ubat yang terbaik diberikan. Aku kan rasa sangat sangat hiba masa tu. Ohhh macam ni rupanya apa yang mak cik aku rasa tentang aku.
Mulai daripada hari tu, aku tarbiyah diri aku. Aku cakap dengan diri aku untuk sedar diri aku ni anak sape. Kenapa aku dibesarkan macam ni. Kenapa mak cik aku layan aku macam ni. Aku mulai matang dalam berfikir. Allah dah anugerahkan orang untuk jaga aku pun dah bersyukur lah. Tak perlulah selalu expect lebih2.
Aku fikir aku selalu rasa sedih & kecewa sebab aku expect more dan aku tak pernah redha yang mak cik aku itu hanya mak cik dan selamanya Mak Cik bukan “IBU”. Aku tarbiyah motivasi diri sendiri. Sejak daripada aku sedar diri & terima qada qadar diusia 15 tahun. Aku jadi makin kuat. Makin kuat dan makin matang.
Bohong takde rasa sedih untuk rasa belonged. Nak kan orang panggil kita anak dia. Nak rasa panggil seseorang tu ibu atau ayah. Tak pernah berlaku lagi dlm hidup aku. Jadi sebab aku dibesarkan macam tuh. Aku sangat sangat appreciate orang tua yang menyantuni aku macam anak. Even mak cik aku macam tuh.
Atuk aku pulak dengan pemikiran orang tuanya sahaja tak pernah selami apa remaja hari ni rasa & berfikir. Fuhhhh mencabar. Memang cukup mencabar. Apa aku boleh buat ialah bertenang, bersyukur dan bersabar. Amik positif part yang negatif aku buang jauh2.
Bila aku dapat sekolah asrama ckup lah aku gembira. Sebab dah boleh keluar daripada rumah. Terus masuk diploma. Terus dapat sambing degree. Aku memang takde masa kat rumah dalam tempoh lama cuma sebulan dua sahaja. Aku happy kat luar. Nasib lah aku ada bekalan agama sikit. Pandailah aku jaga diri. Terima kasih pada atuk & makcik aku yang bekalkan aku nasihat & ilmu agama yang cukup.
Nak list kan benda yang buat aku terasa cukup banyak, tapi aku pilih untuk redha dan teruskan kedepan. Dah besar2 aku dah tak hamak kasih sayang. Aku belajar untuk sayangi diri sendiri malah bila aku nampk budak kecik anak yatim, nak je aku peluk and bagi nasihat2 yang berguna sebab aku dah tempuh fasa “aku nak rasa belonged” tuh.
Antara benda yang aku touching dlu, baju raya aku tak sama takpe. Yang penting dorang semua sama. Even tak cakap pun dengan aku nk color apa. Kalau aku nak sama, aku yang kena terhegeh hegeh. Lepas tu, kalau kenduri kat rumah aku takde takpe. Tak payah la call aku suh balik. Sebab katanya kalau call aku pun apa aku boleh buat bukan nak balik pun.
Uishhh terasanya aku dengan mak cik aku ni. Anak dia kalau tak balik masa kenduri macam kucing hilang anak. Yela kan anak dia. Aku ni sape pulak kan. Padahal kalau call bgtahu aku seminggu awal, aku boleh arrange jadual and balik. Aku pun nak juga merasa ada sedara. Hmmm ntah lah.
Sejak daripada tu, aku lebih rela cuti sem keje je. Tak payah balik. Balik pun 2-3 hari je. Bukan ada orang kisah pun. Kalau pasal aku ni kan mesti kecoh satu family besar. Aku malu. Macam seolah anak ni takde air muka.
Contoh kalau aku nak pakai motor nak pegi intern sebab public transport kat sini memang teruk, macam apa weh dia punye kecoh macam aku minta banglo RM1juta. Kalau tak mampu, aku siap cakap aku pinjam duit atuk. Aku keje, aku bayar nnt. Susah kan takde mak bapak. Mcm cousin2 aku mudah je.
Kawan2 aku minta je. Mmg tahu kepentinan transport macam motor tuh bila nak pegi intern atau keje. Mak cik aku masa anak dia nak intern, tak payah cakap nak motor. Dah pikirkan dah, terus beli cash. Anak dia nak kahwin terus keluar cash RM12k support wedding. Anak lelaki tuh. Siap carikan rumah sewa lagi untuk menyewa anak dia lepas kahwin.
Aku???? HAHAHAHAHAHAHA. Pandai pandai lah nak hidup cari duit demi sesuap nasi. Tak dengki pun. Itu kan anak dia. Kalau aku berada di tempat mak cik aku pun aku akan buat benda yang sama. Cuma aku kesian kat diri sendiri je. Takpe Allah kan ada. Dia yang beri jalan hidup aku cemni. Pasti ada hikmahnya. Belajar bersyukur. Aku tenang bila aku redha.
Sampai dah besar, dah keje. Macam biasa bila kita susah, orang benci. Dikata, dikeji, dihina. Walaupun sedara mara sendiri. Walaupun serumah. Cuba masa kita senang, wowwwww menakjubkan ye layanannya. Benarlah “HARTA” boleh beli jiwa manusia. Aku dah rasa. Aku dah alami. Apa aku dapat daripada cara aku membesar ni macam2.
Antaranya, santuni anak yatim dengan mendengar bukan judgemental. Pentingnya anak anak ada kepercayaan dan kawan dirumah supaya dia tak mencari kawan yang salah kat luar, perhatian seperti terima kasih, minta maaf & ucap bahasa kasih sayang buat hati anak kecil tersentuh dan occupied.
Walaupun bukan mak sendiri, dia belajar kasih sayang yang betul. Not in a hard way. Barulah hati tak keras budak tuh. Belajar bersyukur. Belajar redha. Belajar bergantung dengan Tuhan.
Nikmat rasa belong pada manusia takkan kekal lama tapi rasa belong pada Allah ni rasa feeling tu menakjubkan. Aku belajar in a hard way. Takde sape ajar aku.
Aku start rasa appreciate setiap kasih sayang orang bagi. Lagi2 mak ayah kawan2 aku yang baik dengan aku. Apatah lagi sahabat2 yang baik yang sentiasa ada waktu aku susah senang. Aku mulai appreciate every single things. Baru aku rasa nikmatnya rasa beling walaupun kecik daripada atuk dan mak cik. Merekalah guru. Merekalah ibubapa aku.
Dalam relationship pun aku tak mudah. Aku kena tipu. Dipergunakan. Walaupun aku tak desperate and berhati hati. Allah uji lagi untuk matang. Kadang2 aku rasa susah sgt ke orang nak sayang aku? Kenapa Allah tak bagi manusia yang betul2 nak jaga aku dan sayang aku? Tapi aku percaya sbb Allah sayang aku dan nak beri yang terbaiklah aku minta aku bersabar dan bersangka baik dgnNya.
Alhamdulillah. Aku gembira walaupun takde sape nak buat aku rasa belong. Tapi aku tetap rasa aku belong pada diri aku sendiri. Aku jenis berdikari dan pandai bawa diri. Allah juga tempat aku belong dan kembali.
Aku jadi lebih menghargai orang. Hormat orang. Jaga tutur kata. Sayang orang dengan betul. Maafkan orang. Sebab aku faham bila mereka tak dpt semua tu macam mne perasaannya.
Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk segala nikmat diberi dari segi kewangan, pekerjaan, rupa paras, pendidikan, agama, akhlak & secebis kasih sayang sedara mara. Syukur sangat2. Ayuh kita bangkit daripada mengeluh benda yang kita takde kepada membesarkan rasa syukur nikmat yang kita ada.
Barulah Allah gembira memberi nikmat tanpa henti pada kita. Itulah yang aku dapat. Moga bermanfaat cerita aku ni. Maafkan kesilapan berbicara aku. Juga cara aku berpikir masa kecik2 dlu. Aku dah sedar dah.
Doakan yang baik baik ye buat aku. Mari santuni anak anak yatim yang ada keliling kita dengan kasih sayang.
Assalamualaikum. Thank you sudi baca.
– Aliya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit