Seriously?

Pernah menangis dekat rumah sebab tak boleh jawab soalan addmath. Nak tanya mak, mak belaja setakat sekolah rendah saja. Nak tanya abah, pun tak habis

Saya berumur 31 tahun ni, saya tertanya-tanya bagaimana rupanya murid-murid zaman sekarang ye. Saya bekerja di hospital, melihat ragam pesakit. Lain ragam pesakit di bandar dan kampong, apatah lagi sekarang musim covid.

Teringat masa zaman di sekolah. Saya bersekolah harian biasa, sebab dulu masa UPSR, A tak cukup untuk masuk MRSM/ Sekolah sains. Masa tingkatan 1, semua pesaing dan geng budak pandai dah masuk asrama, jadi tinggallah kami yang sedar keputusan diri.

Tapi kami gembira, kalau nak bising boleh pindah duduk belakang, tapi still suara dengar sampai depan. Kalau datang mood taubat, duduk depan balik, cuba focus apa cikgu ajar. Tapi tak lama, sebab lepas tu kawan hulur kuaci. Makan kuaci kena focus, kalau tak nanti cikgu dapat tahu.

Dulu cikgu rajin buat kelas tambahan. Kitaorang pun rajin pergi, sebab dapat lepak dengan kawan-kawan. Lagi-lagi kalau weekend, lepas tuisyen, member ajak naik motor pergi warung. Tapi takde lesen, so tolaklah motor beramai-ramai kalau jumpa pakcik polis.

Oh, paling aku ingat kelas yang paling tidak di sukai. Kelas addmath. Susahnya nak faham konsep, sesekali tanya budak cemerlang macam mana nak jawab soalan. Tapi kalau dah selalu, aku pun segan.

Ada cikgu dalam kelas tak nak tanya, bila ada homework baru terhegeh cari kawan. Bukan nak tiru, asalnya nak tanya tapi lama jugak nak faham akhirnya dia suruh tiru je.. huhu.

Pernah menangis kat rumah sebab tak boleh jawab soalan addmath. Nak tanya mak, mak belaja setakat sekolah rendah je. Nak tanya abah, pun tak habis belaja.

Panjangnya description, tapi nak cerita, cikgu yang ajar addmath ni sangalaht bersabar dengan kami. Apa yang dia ajar tu ibarat macam Socrates ajar budak tadika. Dia tahu kitaorang tak faham, dan akan ulang-ulang benda yang sama setiap hari.

Setiap minggu buat kelas tambahan walaupun dia ada gout, membengkak kat kaki, susah sangat nak jalan. Kami pergi je kelas tu sebab fikir, kalau tak faham pun at least dapat lah berkat sebab datang.

Dalam kelas selalunya tak pernah tak bising, kecuali bila pengetua lalu.

Bila aku start nak buat kerja sekolah, kawan-kawan kat tepi pulak dok bawa isu-isu dunia. Tentang student mana yang handsome la, gossip cikgu la, bawak majalah buah la. Tapi sesekali tu dorang akan bercerita tentang keluarga masing-masing.

Baru aku tau, kat sekolah je tempat bergembira. Balik rumah kerja dah bersusun, dengan kena jaga adik bongsu, tolong abah kat kedai makan. Ada yang kadang kantoi hisap rokok belakang bengkel.

Adalah sesekali aku gertak nak bagitau cikgu, tapi dorang tak hairan. Bukan dia seorang yang hisap. Takkan cikgu nak buang semua pelajar. Bukan dorang nak hisap, tapi mula-mula dulu kawan ajak, tapi lepas balik rumah pulak rokok merata. Iman tak kuat nak tahan.

Bila nak dapat result PMR, aku buat-buat tenang. 1 tahun aku pulun belajar sungguh-sungguh kat rumah. Entah mana datang semangat nak belajar sungguh-sungguh, mungkin sebab doa sungguh-sungguh cikgu-cikgu dan mak bapak yang nak aku berjaya.

Aku pulun kat rumah sebab kat sekolah tak boleh focus, bila keputusan pertengahan sebelum tu elok sikit, kawan-kawan aku akan ambil kesempatan kat kelas untuk tanya macam-macam soalan kerja rumah.

Sampai ada sorang kawan India ni, deseperate sampai ajak aku ajarkan dia kat rumah dia. Baru tahu mak bapak dia kerja menoreh, orang susah. Dia cuba jugak belajar dalam kelas, dia pergi semua kelas tambahan tapi bila exam, selalu result dia tak seperti yang dia impikan.

Nak tau aku dapat berapa PMR?

Alhamdulillah, aku pun terkejut. Sebab dapat 8A. Aku yakin bukan sebab kepandaian aku, tapi mungkin sebab tolong kawan-kawan.

Tingkatan 4 aku dapat tawaran ke Sekolah Sains, sekolah budak pandai. Tapi sayang nak tinggalkan kawan-kawan lama. Kawan yang ajar tentang betapa mencabarnya menjadi remaja dan nak buat yang terbaik.

Kalau di beri pilihan ada antara mereka yang nak keluar dari kepompong hidup keluarga yang susah. Tapi kepandaian yang Allah bagi bukan dalam bentuk peperiksaan. Allah bagi kita hidup di berbeza situasi untuk menguji siapakah yang labih baik amalnya.

Ramai dari orang yang berjaya lahir dari keluarga susah kerana kesusahan mengajar dia berusaha setiap masa. Dan ada yang berjaya juga daripada sekolah-sekolah yang hebat kerana Allah nak dia cepat berjaya supaya lebih berusaha tolong lebih ramai orang dengan kapasiti yang dia ada.

Janganlah mengecilkan usaha seseorang. Kerana adab tu lahir dari ketundukan kita kepada Allah.

Untuk adik ni… Semoga adik lebih tunduk pada Allah:

“Seriuslah 5A and boom macam ni. To be honest, 5A dekat sekolah aku dulu ialah result tercorot. Aku 8A pun tak naik pentas. Cos simple, 8A, 9A dekat SBP and MRSM benda biasa. Pelik betul 5A and suddenly boom”

Sebab tu awal-awal tadi aku tanya, bagaimana lah cikgu-cikgu hadapi budak zaman sekarang. Tak sampai 15 tahun dulu, paling kurang ajar kawan-kawan aku dulu pun masih hormat pada guru dan orang lain.

Dengan cikgu kat sekolah dulu macam lawan, tapi kawan baik sehingga sekarang. Tu budak sekolah biasa. Kalau ada budak-budak yang sekolah pandai tapi masih berfikir begini, apakah tahap adab yang mereka ada sekarang.

Remaja ialah generasi emas. Tanggungjawab bangunkan mereka bukan pada guru sahaja, ibu bapa, masyarakat dan sekarang ada 1 lagi umat : netizen.

Doktor sekarang sibuk melawan benda yang bahaya tapi tak nampak. Dan kehancuran generasi muda juga ialah 1 bahana yang sangat bahaya tapi tak nampak. Selamat berusaha semua.

Sincerely,

Seorang Doktor,

Doakan kami yang sedang berperang di medan kami.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit