Aku Dah Macam Ada 2 Anak

Anak laki aku sorang umur 2 tahun setengah. Petah bercakap, sangat aktif, bijak. Alhamdulillah. 

Sorang lagi mak dia umur 30 dah, tapi macam perangai budak 3 4 tahun. 

Hari2 bergaduh dengan anak. Aku tak tau nak buat macam mana lagi dah. 

Aku selalu rasa bini aku sangat tak matang padahal kerja lecturer. 

Macam semalam, dia buka laptop letak atas meja. Lepas tu dia baring kat sofa tengok tv. 

Anak bukan jenis duduk diam. Umur macam ni dia suka explore banyak benda. Kita yang dewasa la kena alert sentiasa. Tapi bini jenis tak perhati anak. 

Anak pergi buat apa tak tau la dekat laptop dia. Lepas dia datang bagi keypad huruf k dekat mak dia. 

Entah macam mana dia tanggal pun tak tahu. Melenting la mak dia. Jerit panggil aku suruh marah anak. 

Anak dengan muka tak bersalah cuma jawab adik pegang ja. Dengan pelat2 dia la. Lepas tu mak dia bebel2 pun dia buat bodo ja pergi sambung main. 

Aku marah la bini aku.. Nasib anak bawak huruf k.. Cuba kalau dia ambik benda2 tajam ke, main kat suis ke, kan bahaya.. Anak dah la suka panjat2. 

Aku kata awak kena la perhati anak. Dia jawab dia bukan buta sangat. Dia tau ja anak dekat situ. Dia pun sedar ja kalau anak jalan jauh.. 

Habis tu kenapa tak tengok ja kalau dia pergi main kat laptop.

Alih2 aku yang kena marah dengan bini tanpa aku sedar apa salah aku pulak. Padahal dia tu yang salah. Tak pandai jaga anak. 

Aku kalau balik rumah, sekejap ja boleh dengar dah suara bini menjerit2 panggil aku. 

Abah tengok adik ni. Abah marah adik. Abah bawak rotan tu abah. Setiap masa nak suruh aku tengok anak. 

Kalau anak diam2 minum susu, tengok kartun, dia pulak pergi kacau anak. Pergi gomol budak tu sampai budak pun geram dengan dia. 

Budak kan suka buat apa kita buat. Dia main dengan anak suka gigit2. Bila anak gigit balik, dia marah2 pulak.

Tapi setiap masa anak akan menangis bila main dengan dia. Bini macam suka main kasar. 

Masa anak baby, hari2 sayang anak. Kejap2 pegang anak. Belai lembut2.. Bila anak dah besar sikit, setiap masa gaduh. Kadang2 berebut barang. 

Dah macam aku ada 2 anak pulak sekarang ni. Kadang2 dia sengaja bagi anak mengamuk. 

Dia akan peluk2 aku cakap abah mama punya ja. Bukan adik punya. Anak bila tak boleh menang, dia akan menangis, mengamuk. 

Bini aku macam suka pulak tengok anak menangis. Dia akan gelak2 sambil tunjuk ibu jari sambil cakap best2. Bukan nak pujuk ke apa. 

Lepas tu aku la akan pujuk anak.. Aku sebenarnya stress bila anak menagis2. Aku tak boleh budak menangis2. Aku tak suka bising2. 

Aku balik kerja penat2, aku nak berehat.. Nak relax2. Nak tenang2. Tapi setiap kali balik hari2 ni drama ni ja la. 

Banyak kali dah aku tegur sikap isteri. Tapi dia seolah2 tak ambil peduli pun. 

Kadang2 balik aku terus naik bilik. Malas nak peduli sapa2. Tapi macam tu la, kejap lagi boleh dengar dia jerit pangil aku suruh tengok anak. 

Aku pernah cakap kat dia, aku ni stress banyak benda kat tempat kerja. Aku balik nak relax2. Jangan la buat aku serabut. 

Dia cuma balas ingat saya tak stress ke. Saya lagi banyak benda stress cuma saya tak tunjuk ja. Lepas tu dia tanya bila masa dia buat aku serabut. 

Aku kata jangan la cari pasal dengan anak.. Tu dah banyak membantu aku relax. 

Dia kata kalau dia tak cari pasal pun, anak yang suka cari pasal dengan dia. So macam mana? Dia pulak tanya aku. 

Entah la. Anak sorang ja pun dah macam ni. Ni dia dok pasang angan2 nak anak perempuan pulak. Kadang2 sebut nak anak kembar pulak. 

Pantang tengok anak orang dalam reel, semua dia berangan nak anak macam tu.. Tapi jaganya tak pun. 

Tadi aku cakap kat dia, nak hantar anak ke taska la. Lepas tu nak daftar untuk dia sekali. Baru aman sikit hidup aku. Korang dua bergaduh dalam taska tak pe, cikgu boleh rotan. 

Sekali dia bagi jelingan maut kat aku pulak. Dia kata kat sana pun saya akan call awak suruh datang. 

Jangan ingat nak bersenang2 sorang diri. Its never happen dia kata.. Aihhh.. 

– Fauzan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. kelakar tapi salah tu. bukan tugas isteri nak jaga anak. tak boleh laa nak balik keje terus dok atas dalam bilik. tugas jaga anak tugas suami.

  2. when a wife act like a child infront of u its mean a lot .. if one day that childish gone u will miss it forever .

  3. Aku yang ‘hitam’

    Aku dilahirkan dari ibubapa yang berkulit cerah lagi2 bapaku yang berkulit kuning langsat. Entah macam mana aku ini berkulit ‘gelap’. Orang selalu ingat yang aku ini orang India. Orang India akan bercakap Tamil denganku tapi aku tak faham apa2 pun yang mereka bercakap.
    Kerana kulit gelap jugalah aku kadang2 dipinggirkan. Kalau di sekolah, ada Guru yang tak pandang aku pun. Susahnya untukku nak ambil hati Guru. Itu ketika bersekolah. Ketika bekerja pula, jika ada apa2 acara aku sering dipinggirkan seolah olah aku ini tidak wujud. Di kalangan adik beradik pun sama juga. Semasa adik aku berkahwin hanya kakak aku yang dipilih untuk membawa hantaran. Dia dipilih untuk berjalan di depan, aku diletakkan last sekali, ya lah siapalah yang suka tengok orang hitam kan?
    Begitu juga ketika kakak aku menerima menantu. Nama aku tidak ada dalam list jadual ‘kerja’ mereka. Kakakku itu hanya inginkan kakaknya yang putih itu dgn anak2 & menantu2 nya sekali untuk merenjis Pengantin. Aku ini seperti tidak wujud walaupun aku ini Makcik kpd Pengantin. Bahkan di surau pun aku menerima layanan yang tidak adil. Aku dikatakan sebagai ‘orang luar’ dan tidak boleh bersuara apa2 pun.
    Walaupun sepanjang hidupku ini aku dipinggirkan kerana kulitku yang hitam ini tapi aku masih lagi tak boleh terima dan berjauh hati dengan sikap pilih kasih orang2 di sekelilingku.
    Bila aku berbaju kurung, dikatakan tak padan dengan kulit. Bukannya colour baju yang dipersoal tapi fesyen nya. Tak faham aku!
    Dengan kulit gelapku ini, susah sangat untuk ku mendapat boyfriend apa lagi husband. Tapi ada je aku tengok orang yang lagi gelap dariku mendapat suami, handsome pulak tu! Entahlah..dunia ini memang tak adil!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *