Hello pembaca semua, apa khabar semua. Aku harap korang sihat sihat je kat sana tu.
Aku tulis ni hanya sekadar mahu meluahkan perasaan. Tahun ni umur aku dah 27 tahun. Tapi aku tak rasa yang aku 27.
Sejujurnya aku rasa diri aku masih 18 ke 21 tahun je, kadang kadang aku rasa aku 10 tahun. Sebenarnya aku stuck kat masa lampau. Aku tak boleh nak moved on.
Bila aku tengok kawan kawan aku yang dah kahwin, pak cik makcik yang aku kenal dah makin tua, baru aku rasa, “Eh sebenarnya dah makin dewasa dah aku ni.“
Aku tak kerja lagi, aku masih belajar. Aku masuk belajar ijazah lambat, mungkin sebab diri aku yang dulu tak boleh moved on dari diri aku waktu kanak kanak.
Dulu waktu umur aku 18, aku tak seperti manusia umur 18, aku macam budak sekolah menengah, tak matang. Aku selalu rasa “kan bagus“ kalau aku matang waktu 18, kalau lah otak aku ni stabil mungkin dah lama aku Berjaya.
Tengok orang belajar oversea, budak masuk MRSM pun aku jealous, kenapa lah aku tak bijak waktu tu, kalau tak mungkin aku lagi berjaya, mungkin sekarang aku dah kerja.
Waktu kanak kanak aku selalu kena buli, kalau tak dibuli cikgu sekolah suka marah marah. Aku jugak seorang yang pelupa, tapi nasib baik start umur aku 25 perangai pelupa aku dah makin pulih.
Entahlah aku tak suka diri aku, aku tak suka nasib aku. Dah lah kena marah kat sekolah balik rumah pulak, aku kena marah dengan mak bapak.
Aku anak sulung, adik adik buat silap aku yang kena marah, Mak aku suka hantar aku pergi darussyifa katanya nak bagi aku ni jadi lembut hati, aku tak suka.
Perangai aku tak teruk pun, hanya sebab aku suka menjawab je, lepastu perawat tu start ruqyah kan aku, bila aku cakap sakit dia cakap ada benda duduk situ, lagi lah dia tekan kuat kuat.
Menyampah nye la aku dengan masa lalu. Aku selalu membayangkan kehidupan aku kalau aku tak lalui apa yang aku lalui dulu, mesti lagi bagus, mesti aku cepat matang, mesti aku boleh interact dengan manusia tanpa jadi pelik.
Tahun lepas aku dah start perasan, aku tak sihat. Kalau boleh nak jerit kuat kuat yang aku tak sihat. Aku cepat penat.
Pergi hospital check, tengok tengok aku ada problem dekat jantung, ah sudah, mungkin sebab aku selalu sedih sebab masa lampau aku lah kot tu.
Sekarang ni hari hari kena makan ubat jantung sehari dua kali. Aku kena makan ubat ni dulu, dan lepas ni kena buat prosedur kat jantung pulak.
Aku sakit bukan sebab saluran darah pun, penyakit aku ada problem dengan “conduction” sistem yang menggerakkan jantung tu.
Berbalik kepada kisah cikgu aku, aku kena marah teruk dengan cikgu hari hari. Sampai aku terlupa yang tahun aku kena marah hari hari masa 2007 tu dah 17 tahun yang lalu,
Aku tersedar lepas ada orang cakap dah 17 tahun lepas, kalau tak ada sapa sedarkan aku rasa macam baru semalam je aku kena.
Aku rasa lah kan otak aku tercedera dengan apa cikgu ni buat kat aku. Nak nak cikgu math, sebabkan dia aku jadi over achiever sikit. Tak nak ambil course “ asal ada degree” , aku amik yang hardcore pulak tu.
Sebab aku kalau boleh nak jadi lebih hebat dari cikgu yang ajar aku dulu.
Tapi ilmu dia tak turun kat aku pun dulu, aku pergi tuition kat luar , cikgu luar tu ikhlas ajar aku sebab tu aku senang faham apa dia ajar.
Aku slow learner dulu haha, cikgu math paling benci aku sebab aku kan tak pandai.
Aku harap semua anak sulung dalam family atau sesiapa yang slow learner macam aku ni teruskan berjuang!, jangan stress atau sedih sangat, nanti jadi macam aku. Tak pasal pasal sakit jantung.
Yela orang lain kan budak budak top 10 dalam kelas semua dah moved on, dah kahwin, dah ada anak semua, aku je masih tak maju, masih slow dan masih loser.
Aku masih tak moved on, selalu je nangis sorang sorang, bila dah sakit ni lagi lah aku down.
Tapi takpelah nak buat macam mana kan.
– TeddyBeruang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kita ni hidup..jangan tengok orang lain..tiap manusia ada jalan dia sendiri..jadi..ikot lah jalan kita..apa yg kita nampak belum tentu baik untuk kita..mungkin belum tentu baik apa yg kita nampak baik..jalan terus..ikot jalan phase sendiri..kena yakin..akan ada sinar dihujung jalan…yang penting..jangan mengalah..gambate kudasai..chiayok2…
Tak boleh sedih lama and harus bergerak ke depan.
Tak semua budak top10 masa hidup senang. Allah tak pernah cakap belajar top 10 kaya bahagia semua. Yakin dengan rezeki Allah. I never a top student. But I dapat far better dari kawan-kawan top student dapat.
Awk berjuang untuk diri awak..x kahwin xde anak, awak ada kebebasan dan kebahagiaan sendiri. Ye la ada anak bahagia dengan cara tu. Awak xde anak, awak ada bahagia cara awak. Ye lah bukan senang nak move on dr rasa sakit tu. semoga satu hari nanti, boleh lupakan memori x sihat tu.. xpe lambat, asalkan terus berjuang.. sayangi diri