Rumahtangga Toksik

Assalamualaikum semua. Aku Bunga dan aku berumur awal 30an. Aku sudah berkahwin dengan seorang duda bercerai hidup.

Usia perkahwinan kami sudah tiga tahun lebih dan masih belum mempunyai anak. Dan dalam tempoh tiga tahun ni juga kami dah dua kali bercerai.

Kat sini korang fahamlah keadaan rumah tangga kami macam mana. Suami aku ada ambil ice dan aku tahu semua nie selepas kami berkahwin.

Dia mengaku sendiri dan masa tu aku memang nak undur diri tapi dia menangis2 supaya bagi dia peluang. Jadi aku pun bagi peluang.

Tapi itulah benda tu bukan senang2 nak berhenti sebab dah berapa kali kantoi dengan aku dan setiap kali kantoi mesti berdrama punyalah dan aku jadi kesian.

Sebab kesian nie lah dua kali brcerai pun aku masih bersetuju untuk rujuk dengan harapan dia akan berubah.

Aku punya kesian nie lama2 memakan diri aku sendiri.

Aku banyak menangis, pendam perasaan sebab dia nie jenis suka maki2 dan menuduh aku dengan perkara2 yang tak masuk akal contoh brscandal dan ambil ‘barang’ macam dia.

Lama2 aku hilang sabar dan aku jadi makin biadap dan hilang hormat kat dia. Kalau dia maki aku, aku akan maki dia balik jadi bila kami gaduh memang teruk sangat.

Kami punya teruk bergaduh tu sampai aku keluar rumah bawa diri.

Dia pujuk dan aku balik semula. Gaduh besar lagi dan aku keluar rumah dan dia pujuk lagi dan benda nie berulang2 kali berlaku. Sampai aku jadi muak dan menyampah.

Aku merasakan rumah tangga aku nie terlalu toxic.

Sekarang nie aku sudah sampai di tahap kau buatlah apa kau nak buat.

Apa2 jadi nanti aku tak nak masuk campur dah sebab itu urusan kau, aku ada kerja dan duit sendiri.

Aku masih boleh hidup kalau kau hilang kerja nanti. Tapi itulah kau jangan salahkan aku kalau aku tinggalkan kau.

Sekian.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Hi Sis, manusia ni susah nak berubah. Kalau dah 2 kali peluang diberi pun tak berubah, itu dinamakan amik kesempatan.

    • Loh sudah terang lg bersuluh, dia mmg akan mati dng ice dia tu. Awak tunggu apa lg ek, pelik aku. Cerai jer, mulakan dari awal. Cinta awak tu tak bole bagi korang kenyang. 1st wife dia cabut sebb dia bijak. Awak jer bodo

  2. Assalam nak pak cik tegur jangan kecil hati ya

    Banyak sudah confession isteri derita terkahwin jantan musibat

    Belajarlah nak

    Jangan ulang kebodohan diri

    Jangan seksa diri ada zuriat dari keturunan jantan musibat

    Masa muda sudah ada pergantungan sama dadah

    Masa tua susahkan anak isteri

    Cukup kasihan pak cik baca kisah derita wanita pak cik juga ada cucu perempuan

    Moga bila cucu pak cik sudah besar rajinlah membaca pengalaman dan kisah benar masyarakat dan ambil pengajaran

    Jangan jadi kilang zuriat biak keturunan jantan dayus bacul dari muda sampai tua mulut mudah keji orang luar

    Jika sebelum kahwin dah nampak si jantan jahat mulut tentang orang percayalah dah kahwin lebih menderita terpaksa taat

    Sampai bila mahu seksa diri wahai wanita?

    Mahal kan diri mu jangan ada keturunan dari jantan mulut keji orang tengking stranger dan dibenci jiran jiran dalam diam.

    Pak cik berjiran ada golongan lelaki keji dayus begini mulut jahat dan berpura pura.

    Nak dilayan acah golongan atasan tapi keturunan marhaen duduk Seksyen15 Bangi ja. Dengan jiran jiran yang sanggup bebal layan jantan tak dayus mulut acah speaking English I you tak sedar diri muka sang kancil dia puji. Dengan jiran yang tak mahu buang masa layan toksik jantan dayus mulut bapok tua walau sudah beristeri bercucu tuh dia sombong teramat.

    Pengajarannya nak. Selamatkan diri sebelum terlambat. Takut jadi murung terkahwin jantan tua dayus mulut bapok nak yes saja. Jika no auto isteri di maki.. Orang luar pun bulan puasa Ramadan yang suci ini di maki nya kami jiran jiran yang bijak jauhkan diri sahaja. Selamat dan tenang hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *