Assalamualaikum..thanks admin kalau approve..
Tadi aku pegi klinik, sebab kaki aku sakit. Doktor check, takde apepun, kaki aku tu sakit sebab tulang aku macam tak larat nak tanggung BERAT aku ! Aku macam terkesima juga, sampai macam tu sekali! Berat aku 88kg, tinggi 162cm. Aku cek BMI, obese rupanya aku ni..serious aku tak sedar…
Family aku suruh aku kurangkan berat sebab doktor kata sakit tu akan jadi lebih teruk lepas ni kalau aku tak kurangkan. Mak aku risau sebab aku pegi kelas jalan kaki kot..and kulliyyah aku jauuhhh gilaaa dari mahallah..and aku duduk tingkat atas sekali..so banyak guna kaki kan..so takut aku tak larat.
okay..aku setuju nak kurangkan berat badan. Masalahnya, aku takde semangat satu sen pun nak kurus. Nak tau sebab apa? Sebab aku ni suka masak..buat desert la, makanan western la, semua aku suka. Jadi, bila dah suka masak, mestilah suka makan kan?Aku sangat susaaahhh nak halang diri aku dari makan..lagi lagi, mak aku suka masak sesedap. Kalau aku tak makan, mesti aku rasa nyesal,yelah bila lagi nak makan sesedap, nnt dah habes cuti sem, balik uia, hari hari makan bende sama. Muak aku tau! Bagi aku nila masa untuk aku makan makanan selain makanan kat kampus. Nanti dah balik sana, bukan selalu aku boleh balik rumah. Itulah salah satu sebab kenapa aku asyik nak makan je kat rumah ni.
Kedua, nafsu makan. Cemana eh nak kurangkan nafsu makan ni? asal nampak makanan je aku nak makan, walaupun dah kenyang, aku boleh je sumbat dalam perut ni. aku tengok sepupu aku makan sikit , katanya segenggam je, tadi aku try la amik nasi segenggam, pehh ni kalau aku makan tu je, sure lepas 5 minit aku makan komfem aku lapar balik. Sebabnya aku mudah sangat lapar, asyik nak melantak aja.
Seperti yang dah aku bagitau, berat aku 88kg, kalau aku nak bmi normal, aku kena dapatkan berat 65kg. Possible tak kalau aku nak dapat berat camtu dalam masa sebulan lebih ni? Apa yang aku kena buat eh?
So, korang, ce bagitau macammana nak mulakan misi nak bmi normal ni..aku takde motivasi langsung, kaki dah sakit pun aku masih lagi macam malas nak start misi ni. Mungkin sebab sebelum ni aku banyak kali try nak diet, tapi tak menjadi langsung! Ada satu masa tu, aku makan bijiran je, and epal, tahan 3 hari je,lepastu makan cam bese balik, sebab aku cepat LAPAR. Asyik nak lapar aje aku ni.
Lagi satu, supplement. Korang ada suggestion tak nak ambik supplement apa? untuk kurangkan berat badan?
Korang bagila suggestions apa apa pun kat aku, pengalaman korang ke apeke..sebab aku nak kurus macam dulu dulu balik..hmm
– si hitam manis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sis. Mulakan dengan minum air kosong at least 3 litres sehari. Untuk permulaan ni apa kata sis makan mcm biasa TETAPI kurangkan portion. Sebagai contoh sis sekali makan nasi 4 senduk. Cuba kurangkan kepada 2 atau 3 senduk. Sis takleh diet secara mendadak, crush diet tu. Nanti badan sis naik lagi teruk. Kalau rasa nk mengunyah cuba makan buah and buah yang paling bagus nak diet ialah epal hijau. Saya dulu berat lagi dpd sis, hihi insyaAllah saya yakin sis boleh buat. Kalau sis nk tanya apa2 meh la pm saya, saya cuba tolong sis ; )
Up up up sister atas ni dah berjaya dgn jayanya dan dia tak makan supplement apa pon
Saya kalau cuti sem pun suka masak :) minum air banyak2 dan kalau boleh biasakan puasa isnin khamis .
possible lah sy dulu berat 84kg tinggi 163, diet diet turun sampai 61kg
Dlu sy pn sme berat 90 tggi 163 je..
Ermm klu rse tak mampu sgt mulakn dgn kurangkn mknan & minuman bergula..
Amalkan minum green tea..
Ya Allah sama weh kita.. dah lah tinggi lebih kurang. Sy kurang sikit jer dr awak. Sy pun suka makan. Lagi2 makanan western dan dessert manis2 tu. Sy pun suka baking. Dah bake kenalah test sendiri kan. Bilanya lah nk kuros
Kalau sis masih tercari2 semangat sis, apa kata sis start follow org2 yg dh kurus? Kalau saya, saya akan follow coach jom kurus untuk dapatkan nasihat and tips yang berguna. Sincr sis pun suka masak, apa kata google menu2 yg sihat tak pun ganti bahan2 masakan sis dengan something yg lebih berkhasiat. For example, if sis nak buat waffle sis gantikan tepung dengan dark chocolate. And for nasi putih ganti kan dengan beras perang. Hihi
jom join saya berdiet.~saya pun mcm awak juga confessor.. jom sama2 kurus.berat saya lebih kurang awak masa mula2 diet tp sy rendah sikit la.hehe.now dah turun 10kg.dan ada lg 20 kg nak buang..kalau minat pm sy ea.
https://m.facebook.com/FATburnerMEGAJOHOR/
Cer buat diet atkin sis. Mana la tahu diet tu sesuai dgn sis :)
Intan Syafinaz adik..baca nih…
I used to love eating so muchhh, and that is also one of my challenge in getting shape. But from my personal experience, workout has help me a lot in reducing my desire towards foods. I dont crave towards cake or other desserts like i used too anymore!
So i suggest u start work out as soon as possible, the easy workout u can do is jogging. I become more motivated doing work out when i went to gym, there everyone is struggling and working hard, so it can push u too.
Lemme tell u one thing, the beginning is very hard, u may cried because u feel that ur body is too heavy and feel pain when u working out. But pls, hold on dont give up. It will passed, i promise u, i have been in that situation and get over it, n i really want u to pass that too! Be patience, take ur time.
U DON’T NEED personal trainer or maybe a consultant from any product, unless u have lots of money u may wanna find one. Everything can be learned through google and youtube. All the best!
Blh jew gi naik tangga 10 tingkat turun naik2 insyallah blh turum nyer. Mkn tu kwl jew jgn x mkn langsung.
Kau makan banyak, badan makin besar, kau kena makan lagi banyak. So kau kene set mindset nak kurus betul2 ah. Aku 162 cm gak, tapi berat aku 60kg je. Tak malu kat aku ke? hahaha. Cara dia senang je, buang gula dari air dan makanan. Dan tukar separuh nasi kepada oat (old fashion rolled oat yang tawar tu, bukan instant okay) ke. Sebab oat lambat hadam, so kenyang lebih lama berbanding makan nasi. Kemudian buat weight lifting, seharusnya 10kali angkat letak weight yang sama berat dengan berat badan.
mkn ckit, klu x kenyang lg, minum air byk2 smpai kenyang.
Maaf jika komen saya ni buat awak tersinggung..saya terkejut awak x sedar awak obes sebab berat saya 59kg, tinggi 160+, saya dah rasa saya gemuk sebab berdiri depan cermin nampak tembam dan dalam gambar nampak pendek..tapi BMI saya masih dalam kategori normal..sis, jom kita mulakan diet..kesian kat awak..saya rasa kalau berat awak cecah 55kg pun dah okeh sebab ketinggian awak 160+ kan..awak kena kembalikan semangat awak..fightinggg..jom kita diet untuk sihat dan untuk senang beribadat, bukan untuk melawa semata2..jom, sis..