Aku tak kisah kalau kawan aku nak kawan dengan sesiapa sebab setiap orang punya hak untuk berkawan. Benda ni terjadi aku dah sedar lama dan bukan aku je yang perasan keadaan ni tapi kawan kawan yang lain pun sama. Aku cuba untuk bersangka baik tapi tekaan aku dan kawan kawan tepat. Ada yang tak kena antara A dan B. Hubungan A dan B menjadi lebih rapat bermula dari pertengahan tahun lepas. Dari mata orang luar hubungan mereka nampak normal tapi bagi kami yang dah mengetahui ia adalah sesuatu yang tidak normal. Bukan aku dan kawan yang lain menasihati A tapi bila di nasihatkan katanya itu bukanlah cara terbaik.
Bagi aku cara dan pendekatan yang aku buat dah cukup lembut sebab bukan direct dari aku. Oh, sebelum aku terlupa mesti semua orang pelik apa la yang aku bebel dari tadi. Sebenarnya B sukakan A. Dan ia sangat tidak normal. Mana taknya kaum sejenis. Aku faham setiap manusia ada sejarah silam dan mungkin disebabkan B punya sejarah silam maka masalah ini mungkin berpunca daripada sejarah silam. Berbalik pada pendekatan. Aku dan kawan kawan dah banyak kali nasihatkan supaya tolak secara baik namun tegas. Tapi A kata terlalu kasar dan tak sewajarnya dia buat sedemikian. Aku rasa pelik. Bukan aku suruh dia putuskan silaturahim. Aku hanya katakan menolak secara lembut tetapi tegas. Tapi sayang kata kata aku di tolak mentah mentah. Bila aku berikan cadangan lain untuk berikan sesi kaunseling atau sesi berkongsi masalah agak masalah ini ada jalan penyelesaian. Aku dikatakan penyibuk dan tidak memahami.
Bila aku bagi ayat "nabi tak mengaku umat yang bercinta sejenis" dia rasa aku persendakan dia. Habis tu nak aku buat apa lagi? Aku tahu A cuba dan aku nampak A mencuba tapi A terlalu bagi muka sampai B rasa semua ini tak salah. Jadi nak aku katakan apa lagi? Nak aku nasihatkan apa lagi? Aku tak nak putuskan silaturahim tapi aku sendiri dah tak sanggup. Macam mana aku nak berdepan dengan situasi ni? Bila aku mula menjauh kau tanya aku dah jijik ke nak berkawan. Tak. Aku tak pernah rasa jijik dengan manusia yang suka sama jenis tapi aku cuma sedih sebab aku tak mampu nak bantu kawan aku sendiri. Aku tak mampu nak betulkan kesilapan kawan aku sendiri.
Aku cuma nak bantu. Aku tahu B tak suka bila kawan lain tahu perangai sebenar dia. Sebab itu aku masih jaga aib dia dan tak buka cerita ni dekat sesiapa dan aku tak pernah tegur secara direct sebab aku tahu benda ni akan membuat dia rasa malu. Tapi aku lebih malu sebab aku tak mampu nak bantu. Walaupun aku tak tolong secara direct tapi aku nak jadi backbone. Betul kata C setiap manusia tahap kesedaran mereka berbeza. Kau mungkin fikir secara terbuka tapi orang lain? Setiap orang punya kesedaran yang berlainan. Aku akan terus berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Aku akan terus berdoa agar dia akan kembali ke fitrah asalnya. Sebab aku sayang kawan kawan aku. Sekarang ni aku dah pasrah. Bukan aku tak nak ambil tahu tapi sikap mereka berdua buat aku rasa penat.
– Anomynous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku bg satu komen
Sila iqamah 7 kali kat telinga kawan awak tu. Huhu