Assalamualaikum semua, disini aku ingin bercerita dan meluahkan apa yang terjadi pada aku since februari,
Cuma aku tak boleh perkenalkan secara ringkas siapa aku sebab takut ada diantara mereka yang mengenali aku.
Semuanya berpunca dari niat ingin membantu suami, kami tak cukup duit untuk membayar sewa rumah dan kereta hampir ditarik.
Dan aku melayari facebook dan terjumpa satu iklan mengenai pinjaman berlesen. Dijanjikan wang dengan amaun yang memang aku memerlukan, namun aku diberi amaun yang sangat sangat sedikit tidak seperti dijanjikan.
Kami berurusan hanya melalui fon. Segala details aku sudah berikan kepada dia.
Dan aku terjumpa satu NGO dan mengatakan itu hanyalah taktik scammer, dan mereka tidak membenarkan aku untuk membuat bayaran seperti diminta, dan sehingga harini ini aku masih diganggu beliau, diugut, dimaki.
Report polis sudah dibuat namun polis cuma mengatakan ianya adalah salahku kerana tidak membayar hutang. Dan aku tak merasa seperti dibantu oleh polis tersebut.
Cerita tak habis disitu, aku terpaksa membuat 1 lagi pinjaman, aku jumpa face to face dan sign surat yang diberikan.
Pada awalnya aku boleh membayar, namun lama kelamaan, aku ambil pinjaman lain, untuk cover pinjaman aku. Ianya umpama gali lubang tutup lubang.
Ada diantara mereka yang datang kerumah, menampal kertas, dan memalukan aku.
Sekarang, ada diantara mereka yang setuju untuk tiada lagi extend dan bagi aku jumlah untuk aku membayar setiap minggu sehingga selesai.
Dan sekarang. Aku pon sudah jem, kesian anak anak, duit habis bayar ahlong, nak beli makanan yang mereka minta pon aku tak mampu.
Nak beli air kotak atau jajan pon aku tak mampu, sampai mereka menangis melalak kena pukul dengan aku.
Nak beli takde duit, aku dah cakap dengan baik tapi budak budak bukan paham sangat keadaan kita.
Apa lagi yang aku boleh lakukan sekarang?
Aku nak bebas ahlong, tapi kewangan aku pun tak stabil. Bayar ahlong sehingga anak sendiri terabai, nak beli susu anak dah tak mampu lagi.
Jangan cakap kenapa tak minta tolong keluarga, kalau korang ada keluarga jenis toksik atau jenis yang kau, kau, aku, aku, korang akan paham kenapa aku tak minta tolong dari keluarga.
Cukuplah dihina keluarga sendiri.
Aku nak bebas ahlong, aku bukan minta simpati dekat sini, cuma aku minta doakan aku, supaya aku dapat bebas ahlong. Supaya Allah bagi aku rezeki yang melimpah ruah.
Nak raya pon aku tak seronok, bila bila masa sahaja aku akan diviralkan, lagilah teruk aku dihina sewaktu raya nanti.
Doakan aku terus kuat.
– Si pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga ‘hutang’ awk akn selesai secepat mngkin.. klaw awk nk mngadu tentang “Ah Long” ni, bole je ke persatuan pengguna yg terdekat, atau bhg. ‘Jenayah komersial’ PDRM.. kdg2 mrk tu ‘berlindung’ di sebalik sykt “pinjaman berlesen”, tp mngenakan bunga pinjaman yg tinggi, ada juga yg pegang kad bank gaji peminjam, pdhal itu salah di sisi undang2.. selalu lah berdoa agar diberi jln utk melangsaikan hutang yg ada dan jgn buat hutang lagi, krn ia akn tambah membebankan awak.. minta maaf bertanya, suami awak msih ada ke, klau boleh minta dia bantu sama, sbb awk kta dlu awk buat pinjaman pon sbb nk bantu dia kan, atau bincang dgn pihak AKPK utk tahu cara nk slesaikn hutang awk.. skrg ni bnyak sumber yg awk bole rujuk, cuba bwa bertenang & fokus betul2 utk slesaikn msalah awk.. yg lainnya serahkn kpd Allah utk menentukan, janji awk mmg brniat utk ‘bebas hutang’ selamanya.. Wallahua’lam
boleh contact PPIM untuk bantu selesaikan masalah dengan ahlong ni.